Senarai novel grafik Kijiya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kijiya ialah sebuah komik hitam putih bergenre aksi dan fantasi karya Zint. Komik ini telah mula disirikan pada pertengahan tahun 2008 di dalam majalah dwi-mingguan Utopia dan sedang berjalan.

Komik bersiri ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang bergelar ahli sihir menentang makhluk yang digelar "Pelesit" untuk melindungi manusia. Kijiya adalah watak utama Komik ini.

Senarai Novel grafik[sunting | sunting sumber]

Sehingga November 2013, 11 novel grafik Kijiya telah dikeluarkan oleh ArtSquare terbitan Gaia Unggul Resourse. Judul novel grafik selepas yang pertama ditambah dengan perkataan Perancis yang membawa maksud nombor novel grafik tersebut. "Kijiya Deux" bermaksud "Kijiya Dua", "Kijiya Trois" bermaksud "Kijiya Tiga" dan seterusnya. Novel yang kelima dan seterusnya tidak mengikut tradisi ini.

Kijiya Kijiya Deux Kijiya Trois
Tarikh penerbitan Januari 2009
Format Hitam putih
Bilangan halaman 168
ISBN ISBN 9789833882946
Tarikh penerbitan April 2009
Format Hitam putih
Bilangan halaman 172
ISBN ISBN 9789675288210
Tarikh penerbitan Mac 2010
Format Hitam putih
Bilangan halaman 168
ISBN ISBN 9789675288821
Kijiya Quatre Kijiya 5 Kijiya 6
Tarikh penerbitan Ogos 2010
Format Hitam putih
Bilangan halaman 160
ISBN ISBN 9789673850006
Tarikh penerbitan Februari 2011
Format Hitam putih
Bilangan halaman 160
ISBN ISBN 9789673850204
Tarikh penerbitan Jun 2011
Format Hitam putih
Bilangan halaman 160
ISBN ISBN 9789673850341

Barang jualan[sunting | sunting sumber]

Pihak Art Square telah menghasilkan baju bertemakan siri Kijiya ini. Baju tersebut dihasilkan dalam tiga jenis dan warna tunggal iaitu kelabu.

Kumpulan Art Square telah mengeluarkan buku nota Kijiya sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]