Senarai rujukan Naruto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beberapa buah buku suplemen untuk siri Naruto telah dikeluarkan. Sebuah buku seni bertajuk "The Art of Naruto: Uzumaki (Jepun: NARUTO―ナルト― 岸本斉史画集 UZUMAKI)" mengandungi ilustrasi manga daripada Bahagian I dan telah dikeluarkan di kedua-dua negara Jepun dan Amerika [1] [2]. Untuk manga Bahagian II, sebuah buku interaktif bertajuk "PAINT JUMP: Art of Naruto" telah diterbitkan oleh Shueisha pada 4 April, 2008 [3]. Buku seni terbaru yang telah diterbitkan pada 3 Julai, 2009 dengan judul bertajuk "Naruto" [4].

Beberapa siri buku panduan bagi Bahagian I juga telah diterbitkan dengan tajuk "First Official Data Book (Jepun: 秘伝·臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK,, Hepburn: Hiden: Rin no Sho Character Official Data Book)" [5] dan "Second Official Data Book (Jepun: 秘伝·闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK,, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Official Data Book)" [6] dan hanya diterbitkan di Jepun sahaja. Buku data ketiga yang bertajuk "Character Official Data Book Hiden Sha no Sho (Jepun: 秘伝・者の書 ― キャラクターオフィシャルデータBOOK,, Hepburn: Hiden: Sha no Sho - Kyarakutā ofisharu dēta book)" pula telah diterbitkan pada 4 September, 2008 merupakan buku data watak yang kebanyakannya terdapat di dalam Bahagian II siri manga [7]. Buku ini mengandungi profil watak-watak, panduan Jutsu dan juga draf yang dilakukan oleh Masashi Kishimoto.

Untuk siri anime, beberapa naskhah buku panduan turut seperti "Naruto: Anime Profiles" telah diterbitkan. Buku ini mengandungi informasi mengenai penghasilan produksi episod-episod di dalam anime dan penerangan mengenai olahan setiap watak [8]. Pada 4 Oktober, 2002 pula; sebuah manga buku peminat telah diterbitkan bertajuk "Secret: Writtings from the Warriors Official Fanbook (Jepun: 秘伝・兵の書 ― オフィシャルファンBOOK,, Hepburn: Hiden: Hei no Sho - Ofisharu fan book)" [9]. Sebuah lagi buku peminat telah diterbitkan untuk memperingati ulangtahun ke-10 siri ini. Ia turut mengandungi ilustrasi Naruto Uzumaki daripada pelukis manga lain, sebuah novel, cerita manga pendek "one-shot" oleh Kishimoto bertajuk Karakuri dan satu temubual di antara Kishimoto dan Yoshiro Togashi [10].

Buku Data[sunting | sunting sumber]

Buku Peminat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Art of Naruto: Uzumaki oleh Viz Media yang diterbitkan pada 26 April, 2008.
  2. ^ NARUTO―ナルト― 岸本斉史画集 UZUMAKI oleh Shueisha yang diterbitkan pada 2 Julai, 2009.
  3. ^ PAINT JUMP Art of NARUTO (Japanese) oleh Shueisha yang diterbitkan pada 24 April, 2008.
  4. ^ NARUTO-ナルト-イラスト集 NARUTO oleh Shueisha yang diterbitkan pada 2 Julai, 2009
  5. ^ NARUTO―ナルト― [秘伝・臨の書 (Japanese) oleh Shueisha yang diterbitkan pada 3 Mei, 2008
  6. ^ NARUTO―ナルト― [秘伝・闘の書 (Japanese) oleh Shueisha yang diterbitkan pada 3 Mei, 2008
  7. ^ NARUTO―ナルト― [秘伝・者の書 (Japanese) oleh Shueisha yang diterbitkan pada 21 November, 2008
  8. ^ Viz Media - products. Naruto: Anime Profiles oleh Viz Media yang diterbitkan pada 26 April, 2008
  9. ^ NARUTO―ナルト―[秘伝・兵の書 (Japanese) oleh Shueisha yang diterbitkan pada 8 September, 2009
  10. ^ NARUTO-ナルト-秘伝・皆の書オフィシャルプレミアムファ (Japanese) oleh Amazon.com yang diterbitkan pada 4 Disember, 2008