Senarai watak Hayate no Gotoku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut merupakan senarai watak anime Hayate no Gotoku.

Keluarga Ayasaki[sunting | sunting sumber]

Hayate Ayasaki (Jepun: 綾崎 ハヤテ)
suara anime: Ryoko Shiraishi

  • Umur: 16-17
  • Tinggi: 168cm
  • Berat: 57kg
  • Jenis Darah: A
  • Tarikh Lahir: 11 November
Hayate merupakan pembantu peribadi di dalam keluarga Sanzenin. Hayate telah bekerja sejak berumur 9 tahun lagi untuk membantu ibapanya yang mempunyai tabiat yang sangat buruk. Dia sering bertukar-tukar kerja apabila majikannya mengetahui dia tidak cukup umur untuk bekerja. Pengalaman kerjanya itu sangat bermakna kerana hampir keseluruhan kerja dapat dilakukan olehnya. Ayah Hayate tidak mahu berkerja dan ibunya pula sentiasa berjudi manakala adiknya tidak dinamakan dan tidak dikenali.Pada hari ibubapanya muflis, mereka meninggalkan hayate dan menjualnya kepada yakuza bagi menyelesaikan hutang yang ditanggung. Dengan tidak berfikir panjang, Hayate berkomplot untuk menculik seseorang bagi mendapatkan wang tebusan. Dia bertemu seorang budak perempuan iaitu Nagi Sanzenin dan memberitahu bahawa dia akan menculiknya. Namun, Nagi telah tersalah faham dengan kata-kata Hayate itu kerana Nagi beranggapan Hayate mahu meluahkan perasaan cinta terhadapanya.
Perwatakkan Hayate dalam cerita sering menampilkannya seorang yang miskin, buruk dan mempunyai nasib yang teruk.Dia telah melalui banyak kesukaran dalam hidupnya terutamatanya sewaktu di dalam jagaan ibubapanya sehingga memikirkan dirinya tidak disukai oleh orang di sekelilingnya kecuali kanak-kanak. Dia tidak terfikir kanak-kanak boleh menjadi kawannya termasuklah Nagi.Dia sangat terhutang budi dengan Nagi kerana memberinya kerja. Dia tidak mengetahui bahawa Nagi menyimpan perasaan terhadapnya. Dia sering mengeluarkan kata-kata yang membuatkan Nagi berfikir Hayate menyukainya dan salah faham itu berterusan hingga kini. Sebagai pembantu peribadi, Hayate boleh melakukan semua jenis kerja rumah. Dia juga mempunyai kebolehan untuk menghalang semua jenis serangan yang datang, termasuklah serangan dari pembantu peribadi keluarga lain dan menyebabkan dia digelar "Pembantu Peribadi Pertempuran". Dia pernah menunjukkan kemahirannya dalam menggunakan senajata api dan kekuatan fizikalnya mengatasi kekuatan manusia normal yang lain. Hayate juga berjaya mencipta teknik istimewa yang dipanggil Hayate no Gotoku. Hayate melihat Nagi sebagai kanak-kanak, tetapi telah jatuh hati kepada sifat kematangan Maria.
Walaupun sering menampilkan seorang yang miskin dan buruk, Hayate juga muncul dalam keadaan yang terlalu feminin. Dia mempunyai muka seperti perempuan dan pandai membuat kerja-kerja rumah seperti memasak dan membersih, di mana kerja ini sering dilakukan oleh orang perempuan. Dia sangat sederhana dan sensitif. Ini faktor yang membuat dia kelihatan lebih feminin dari biasa.
Walaupun mempunyai kemahiran yang luas,empati dirinya sangat sedikit.Ini berlaku di mana dia sering menyakiti hati orang lain kerana dia tidak memahami perasaan orang lain terhadapnya.Dengan kata lain,dia sering bertindak balas tidak tentu hala dan malu secara tiba-tiba dengan pemintaan yang sangat mudah. Ini kerana personaltinya yang sangat baik menyebabkan kekacauan kepada orang lain.
Pada masa ini terdapat sejumlah 11 orang yang sedang jatuh cinta dengan Hayate yang kebanyakanya dia tidak tahu perasaan mereka yang sebenar. Mereka ialah: Hinagiku, Ayumu, Ruka, Izumi, Isumi, Maria, Nagi, Sakuya, Athena, Konoha dan Kotetsu(Homoseksual). Walau bagaimanapun, Hayate hanya menunjukkan minat pada Hinagiku, Ayumu, Maria, Nagi, Athena, dan Ruka.
Encik and Puan Ayasaki (Jepun: 綾崎 瞬(ハヤテの父)と (ハヤテの母), Hepburn: ibubapa Hayate)
suara anime Shun Ayasaki: Kenji Hamada
suara anime Mrs. Ayasaki: Kazusa Murai
Ibu bapa Hayate, yang kelihatan hanya di dalam imbasannya seperti bayang-bayang yang tidak dikenali dengan perkataan "Ibu" dan "Bapa" di wajah mereka. Bapa Hayate tidak mahu bekerja manakala ibunya pulang sering berjudi sehingga mereka muflis. Mereka meninggalkan Hayate kepada Yakuza untuk menjual organ-organnya bagi membayar semula hutang sebanyak ¥156,804,000. Selepas itu, Wataru dan Hayate mengetahui bahawa Encik Shun Ayasaki ialah ahli di kedai video Wataru dan berhutang sebanyak ¥1,500,000 . Apabila Sakuya Aizawa bertanya kepada Hayate bahawa adakah dia mahu tinggal bersama ibubapanya jika mereka telah berubah, Hayate menjawab bahawa walau apa pun yang mereka buat, itu tidak akan berlaku dan tiada lagi peluang yang kedua.
Ikusa Ayasaki (Jepun: (綾崎 イクサ))
Ikusa hanya pernah muncul dalam manga
Ikusa ialah abang Hayate. Dia memiliki kepribadian yang sangat baik. Kali terakhir Hayate bertemu beliau ialah 10 tahun sebelum siri ini ketika dia masih remaja dan Hayate masih kecil. Dalam imbas kembali, Ikusa ditunjukkan mengucapkan selamat tinggal kepada seorang wanita dalam selendang yang menyerupai Yukariko Sanzenin(arwah ibu Nagi). Hayate meminjamkan dia King's Jewel dan berkata bahawa Santa Claus (Mikado Sanzenin) memberinya. Ikusa telah pergi menyelamatkan Athena dari "Royal Garden" setelah dia dan Hayate bertengkar. Dia membuat janji kepada Athena bahawa dia akan bertemu Hayate lagi. Tetapi selepas itu dia hilang ingatan dan kini menjadi pemilik Hotel Asuki Resort yang kaya raya. Beliau juga mempunyai tanda lahir yang berbentuk salib di dahinya yang hampir sama dengan salib putih di dahi Shiranui dan Linn. Hal ini menunjukkan bahawa dia adalah sangat kuat, kemampuan olahraga yang sangat baik; kekuatan beliau juga berada di tahap yang sama dengan Himegami. Ikusa suka membantu orang yang memerlukan bantuan dan ingin untuk bertemu kembali dengan adiknya Hayate.

Keluarga Sanzen'in[sunting | sunting sumber]

Nagi Sanzen'in (Jepun: 三千院 ナギ, Hepburn: Sanzen'in Nagi)
suara anime: Rie Kugimiya

  • Umur: 13-14
  • Tinggi: 137cm
  • Berat: 35kg
  • Jenis Darah: AB
  • Tarikh Lahir: 3 Desember
Sanzen'in Nagi ialah satu-satunya pewaris bagi keluarga sanzen'in. Dia mempunyai hobi tahap otaku dengan manga, anime, permainan video, dan melukis manganya sendiri. Dia bijak dalam penyimpanan duit dan suka belajar. Dia telah jatuh hati kepada Hayate dan telah berlaku salah faham kerana merasakan Hayate menyintainya sejak pertama kali berjumpa. Disebabkan ini hanyalah salah faham, dia merasakan Hayate tidak berminat terhadapnya.Kadang-Kadang, dia cuba menarik perhatian Hayate dalam pelbagai cara. Dia tidak pernah merahsiakan bahawa dia menyukai Hayate. Nagi takut berada dalam keadaan yang gelap. Satu-satu keluarganya yang masih hidup ialah datuknya dan Nagi tidak menyukainya. Dia menganggap Maria seperti ibu atau kakaknya, dan memberi amaran kepada Hayate supaya tidak sesekali menyentuh Maria dalam apa jua keadaan atau dia tidak akan memaafkannya. Nagi tidak mempunyai pengalaman dalam memasak. Dia sering kali meletakkan bahan-bahan yang salah ketika memasak. Dia mempunyai binatang peliharaan bernama Tama di mana dia menganggap Tama sebagai kucing.
Nagi menghabiskan keseluruhan masa kecilnya tinggal di luar Jepun. Disebabkan keluarganya ialah orang berada, dia menjadi sasaran kepada kumpulan mafia dan organisasi gelap yang lain. Nagi tidak suka diburu, jadi dia menghabiskan masanya di dalam rumah bermain permainan video dan menonton TV dan perlahan-lahan menjadi hikikomori. Hayate, Maria dan Klaus bimbang akan Nagi kerana dia suka bermain permainan itu hingga lewat malam dan sering ponteng kelas. Jadi, mereka menggalakkan dia untuk keluar rumah atau menjemput tetamu-tetamu untuk sebuah parti. Dia mula pergi ke sekolah dengan lebih kerap setelah hayate dipindahkan ke sekolahnya. Nagi melangkau grednya ke tahun pertama sekolah tinggi untuk bersama di dalam kelas Hayate.
Nagi bermaksud "tidak berangin, tenang" dan maksudnya berlawanan dengan Hayate iaitu "tiupan angin kencang".
Maria (Jepun: マリア, Hepburn: Maria)
suara anime: Rie Tanaka

  • Umur: 17
  • Tinggi: 158cm
  • Berat: 42kg
  • Jenis Darah: O
  • Tarikh Lahir: Tidak diketahui, 24 Disember (ketika dia dijumpai)
Maria merupakan pebantu rumah peribadi kepada Nagi dan menjadi tutor di rumahnya, Maria juga satu - satunya yang memahami hubungan diantara Hayate dan Nagi.

Keluarga Katsura[sunting | sunting sumber]

Hinagiku Katsura (Jepun: 桂 ヒナギク, Hepburn: Katsura Hinagiku)
suara anime : Shizuka Itō

  • Umur: 15-17
  • Tinggi: 161cm
  • Berat: 45kg
  • Jenis Darah: O
  • Tarikh Lahir: 3 Mac
Katsura Hinagiku ialah presiden majlis pelajar semasa dan juga presiden kepada kelab kendo di akademi Hakuō iaitu sekolah Nagi, Isumi and akhirnya Hayate Hadiri. Dia berumur 15 tahun dan hebat dalam bermain pedang atau khususnya, kendo. Dia pertama kali bertemu dengan Hayate ketika Hayate sesat berada di kampus Hakuō yang besar dan akhirnya Hayate menyelamatkannya. Hinagiku telah menyelamatkan anak burung yang jatuh dari sarangnya. Hinagiku takut akan tempat tinggi. Tanpa disedari, dia telah berada dia atas pokok dan tidak berani untuk turun. Hayate telah menolong Hinagiku turun dari pokok dan berjanji akan menolong Hinagiku jika dia memanggilnya. Sebagai penghargaan kerana membantunya, dia mengajak Hayate ke tingkat paling atas Menara Jam, di mana hanya para elit majlis pelajar semasa sahaja yang dibenarkan berada di situ. Dia membenarkan Hayate memanggilnya dengan nama pertama dan juga mula menyukai Hayate dan tertarik kepada personalitinya. Keluarganya tidak menunjukkan tanda-tanda kekayaan berbanding dengan keluarga lain contohnya keluarga Sanzenin.
Walaubagaimanapun, Hinagiku juga mempunyai pengalaman silam yang hampir sama dengan Hayate iaitu dia dan kakaknya telah ditinggalkan oleh ibu bapa kandung mereka. Ibu bapa mereka meninggalkan hutang sebanyak 80 juta yen kepada mereka tidak lama sebelum hari jadi Hinagiku yang keenam. Ekoran ini, kakaknya, Yukiji, berjaya membayar hutang dan mereka berdua tinggal bersama keluarga Katsura. Encik Katsura ialah cikgu kepada Yukiji ketika berada disekolah asas. Pada hari jadinya yang ke-16, Hagiku menyedari bahawa dia telah menyukai Hayate apabila dia akhirnya dapat melihat pemandangan yang cantik ketika berada di tingkat atas menara jam pada waktu malam dengan pertolongan Hayate. Dia takut akan perasaannya itu. Ini kerana Hinagiku berfikir bahawa dia akan ditinggalkan oleh Hayate sepertimana yang telah dilakukan oleh ibu bapanya jika dia jatuh cinta dengannya. Dia amat menyukai perasaannya ketika melihat pemandangan di tingkat atas menara jam walaupun dia takut akan tempat tinggi. Apabila Hayate bertanya kepadanya bahawa adakah dia berasa takut lagi, dia menjawab perasaan takut itu bukan satu perasaan yang teruk, di mana, mungkin disebabkan oleh perasaannya yang takut akan tinggi seperti perasaan takut apabila ditinggalkan. Banyak masalah yang dihadapi oleh Hinagiku. Ketika Nishizawa dan Hayate menginap di rumah Hinagiku, dia telah berjanji kepada Nishizawa bahawa dia akan membantu merapatkan hubungannya dengan Hayate. Dia merasakan seperti telah mengkhianati perasaannya sendiri kerana dia juga menyukai Hayate. Dia cuba menolong untuk merapatkan hubungan Nishizawa dengan Hayate, namun dia mendapati dirinya berasa sedih jika dia melakukannya. Walaupun Nagi merasakan Hayate menyukai Hinagiku, namun Hayate menafikannya dengan mengatakan bahawa Hinagiku tidak mungkin suka kepadanya, dan ini lebih melukakan Hinagiku.
Kadang-kadang Hinagiku dikatakan bersifat kelakian oleh budak perempuan lain di dalam siri ini.Pada Hari Valantine, Hinagiku banyak menerima coklat daripada peminat-peminat perempuan. Miki berpendapat ini kerana Hinagiku dilihat adalah lebih Hebat daripada lelaki. Keatletikannya, daya saing, dan kedudukan kepimpinan, semua juga berkemungkinan menyumbang kepada pandangan ini. Ia juga menyamai pandangan Hayate terhadapnya. Jalur rambut yang selalu dipakainya ialah hadiah pemberian daripada ibu bapa kandungnya.