Senarai watak dalam siri Detektif Conan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kebanyakan watak-watak seperti mereka muncul dalam anime.Bahagian belakang dari kiri ke kanan: Kazuha Toyama, Heiji Hattori, Sonoko Suzuki, Ran Mouri, Kogoro Mouri, Eri Kisaki, Hiroshi Agasa. Bahagian depan dari kiri ke kanan: Genta Kojima, Mitsuhiko Tsuburaya, Conan Edogawa, Ai Haibara, Ayumi Yoshida

.

Siri Detektif Conan memaparkan watak-watak ciptaan Gosho Aoyama. Aliran utama cerita ini berlatar belakang tempat di Jepun, dengan penggunaan nama-nama tempat sebenar seperti Tokyo dan Osaka, tetapi juga menggunakan nama tempat rekaan seperti Bandar Beika. Siri ini telah berlangsung sejak 1994, dengan jumlah episod anime sebanyak 720 yang dibahagikan kepada 22 musim dan jumlah bab manga sebanyak 861 yang dibahagikan kepada 81 jilid.

Siri ini berkisah tentang seorang detektif Sekolah Menengah Tinggi, Shinichi Kudo, yang pretasinya sedang meningkat kerana membantu polis menyelesaikan pelbagai kes. Suatu hari ketika menyelidik 2 orang mencurigakan, yang kemudian diketahui sebagai Gin dan Vodka, dia dilihat oleh Gin, Gin pun memukulnya, lalu dipaksa meminum sebiji ubat jenis racun buatan organisasinya. Setelah itu, dia bangun dan mencari dirinya telah menjadi seorang anak kecil. Menyedari bahawa dua orang tersebut akan menyelidikinya, Shinichi menggunakan nama pena Conan Edogawa untuk identiti barunya. Dia kemudian tinggal bersama teman sejak masa kecilnya, Ran Mouri dan ayahnya Kogoro Mouri.

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Nama Gambar Pelakon Suara Latar, Nama Sebenar dan Penerangan
Shinichi ShinKudo.jpeg
EdoConan.png
Suara latar: Kappei Yamaguchi (Shinichi) / Minami Takayama (Conan / Shinichi zaman kanak-kanak)
Shinichi Kudo (工藤 新一 Kudō Shin'ichi?)
Merupakan detektif sekolah menengah tinggi yang terkenal berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernama Conan Edogawa (江戸川 コナン Edogawa Konan?) akibat terminum sejenis ubat menyebabkan badannya mengecil sehingga bersaiz budak sekolah rendah.
Ran RanMouri.png Suara latar: Wakana Yamazaki
Ran Mouri (毛利 蘭 Mōri Ran?)
Dia merupakan kawan karib Shinichi dan Sonoko semenjak kecil lagi. Ran merupakan juara karate peringkat Kawasan Kantō. Dia tinggal bersama bapanya Kogoro Mouri.
Kogoro KogoroMouri.png Suara latar: Akira Kamiya (Episod 1~548), Rikiya Koyama (Episod 553~kini)
Kogoro Mouri (毛利 小五郎 Mōri Kogorō?)
Dia merupakan bapa kepada Ran dan suami kepada Eri Kisaki. Dia merupakan detektif persendirian yang cuai. Akibat sikap yang buruk, isterinya tinggal berasingan denganya.

Detektif Muda[sunting | sunting sumber]

Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

Nama Gambar Pelakon Suara Latar, Nama Sebenar dan Penerangan
Profesor Agasa HiroshiAgasa.png Suara latar: Kenichi Ogata
Hiroshi Agasa (阿笠 博士 Agasa Hiroshi?)
Profesor Agasa (阿笠博士 Agasa Hakase?) merupakan profesor yang tinggal bersebelahan rumah keluarga Kudo. Kebanyakan peralatan ciptaanya tak seberapa tetapi ada peralatan yang boleh membantu Conan menyelesaikan pelbagai masalah. Dia sebagai penjaga Detektif Muda sering membawa mereka berkhemah dan melancong ke mana sahaja.
Haibara AiHaibara.png Suara latar: Megumi Hayashibara
Ai Haibara (灰原哀 Haibara Ai?)
Nama sebenarnya ialah Shiho Miyano (宫野 志保 Miyano Shiho?). Beliau pada asalnya merupakan seorang saintis utama dalam Organisasi Hitam bernama Sherry. Badannya telah mengecil apabila dia cuba melepaskan diri. Ramai rakannya anggapan sikapnya sering dingin.
Eri EriK.png Suara latar: Gara Takashima
Eri Kisaki (妃 英理 Kisaki Eri?)
Dia merupakan isteri kepada Kogoro dan mak kepada Ran. Dia tinggalkan suaminya kerana enggan tengok perangai suaminya yang buruk. Dia adalah seorang peguam bela yang hebat.
Sonoko SonokoS.png Suara latar: Naoko Matsui
Sonoko Suzuki (鈴木 園子 Suzuki Sonoko?)
Dia merupakan kawan karib Ran. Walaupun dia merupakan anak kaya, dia berlagak seperti orang biasa. Apabila Kogoro tiada bersama Conan, dia sering dipengsankan dengan pistol bius kepunyaan Conan untuk menyelesaikan kes.
Heiji HeijiH.jpg Suara latar: Ryo Horikawa
Heiji Hattori (服部 平次 Hattori Heiji?)
Dia merupakan detektif sekolah menengah tinggi sebelah barat Jepun. Kemahiran deduksi sama hebat dengan Shinichi. Kulitnya hitam, ibu bapanya berkulit putih. Dia berksta kulitnya ikut atuknya yang berkulit hitam. Dia merupakan kawan karib kepada Kazuha. Dia mahir dalam kendo.
Kazuha KazuhaT.jpg Suara latar: Yuko Miyamura
Kazuha Toyama (遠山 和葉 Tōyama Kazuha?)
Dia merupakan kawan karib kepada Heiji. Dia merupakan anak ketua balai polis cawangan Osaka. Dia seorang ahli Aikido.
Yusaku YusakuK.png Suara latar: Hideyuki Tanaka
Yusaku Kudo (工藤 優作 Kudō Yūsaku?)
Dia merupakan suami kepada Yukiko dan bapa kepada Shinichi. Dia bersama isterinya tinggal bersam di Amerika. Dia seorang novelis yang terkenal. Antara karya terhebatnya iaitu Night Baron.
Yukiko YukikoK.png Suara latar: Sumi Shimamoto
Yukiko Kudo (工藤 有希子 Kudō Yukiko?)
Dia merupakan isteri kepada Yusaku dan mak kepada Shinichi. Dia merupakan bekas pelakon terkenal di Jepun. Dia kerap menyamar di mana-mana sahaja seperti rakannya lamanya Sharon Vineyard (Vermouth).
Subaru SubaruO.jpg Suara latar: Ryotaro Okiayu
Subaru Okiya (沖矢 昴 Okiya Subaru?)
Dia merupakan siswa PhD kejuruteraan yang terpaksa tinggal di rumah Shinichi kerana rumah sewanya telah dijilat api. Sebenarnya beliau merupakan Akai Shuichi. Tujuannya iaitu mengawasi Ai Haibara daripada Organisasi Hitam.
Sera SeraM.jpg Suara latar: Noriko Hidaka
Masumi Sera (世良 真純 Sera Masumi?)
Seorang Detektif Sekolah Menegah Tinggi baru dipindahkan ke Sekolah Menengah Tinggi Teitan juga sekelas bersama Ran dan Sonoko. Ia merupakan adik perempuan kepada Shuichi Akai. Dia mahir dalam seni pertahankan diri dalam Jeet Kune Do.
Jirokichi JirokichiS.png Suara latar: Ichiro Nagai
Jirokichi Suzuki (鈴木 次郎吉 Suzuki Jirokichi?)
Merupakan pak cik kepada Sonoko. Cita-citanya akan menangkap Kaitou Kid tetapi sering gagal.
Kaitou Kid KaitouKiddo.jpg Suara latar: Kappei Yamaguchi
Kaitou Kid (怪盗キッド Kaitō Kiddo?)
Dia merupakan seorang pencuri yang licik dan pandai membuat silap mata.

Pegawai polis[sunting | sunting sumber]

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Inspektor Megure InsMegure.jpg Juzo Megure (目暮 十三 Megure Jūzō?)
Inspektor Megure (目暮 警部 Megure Keibu?)Dia merupakan seorang inspektor polis dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia sering memakai topinya ke mana sahaja untuk tujuan menyorok kesan parutnya.
Pegawai Takagi WaTakagi.jpg Wataru Takagi (高木 ワタル Takagi Wataru?)
Dia merupakan seorang anggota pegawai polis berpangkat sarjan dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah bekerja dibawah Inspektor Megure. Dia merupakan teman lelaki Miwako Sato juga rakan sekerjanya.
Pegawai Sato MiSato.jpg Miwako Sato (佐藤 美和子 Satō Miwako?)
Dia merupakan seorang anggota pegawai polis berpangkat penolong inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah bekerja dibawah Inspektor Megure. Kadang kalanya sikapnya sangat garang dan serius apabila sedang mengintip. Dia merupakan teman wanita Wataru Takagi juga rakan sekerjanya.
Pegawai Chiba ChibaC.jpg Chiba (千葉 Chiba?)
Dia merupakan seorang anggota pegawai polis dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah bekerja dibawah Inspektor Megure.
Inspektor Shiratori NinShira.jpg Ninzaburo Shiratori (高木 ワタル Shiratori Ninzaburo?)
Dia merupakan seorang anggota pegawai polis berpangkat inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia merupakan teman lelaki kepada Cikgu Kobayashi.
Superitenden Matsumoto SupMatsu.jpg Kiyonaga Matsumoto (松本 清長 Matsumoto Kiyonaga?)
Pegawai berpangkat superitenden dan orang atasan Inspektor Megure. Mukanya yang garang serta parut atas mata kirinya menyebabkannya kelihatan sukar untuk didampingi. Parutnya disebabkan oleh pembunuh bersiri yang menggunakan pedang samurai ketika membuat siasatan.
Pegawai Yumi YumiC.jpg Yumi Miyamoto (宮本 由美 Miyamoto Yumi?)
Seorang pegawai polis dalam bahagian lalu lintas dan kawan baik Sato. Dia sering menggalakkan perkembangan hubungan Sato dan Takagi. Dia telah mula rapat dengan anggota baru yang baru bernama Naeko Miike.
Pegawai Naeko NaekoC.jpg Naeko Miike (三池 苗子 Miike Naeko?)
Seorang polis bahagian lalu lintas yang baru berpindah ke Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah jatuh hati dengan seorang anggota polis juga rakan sekolah rendah bernama Chiba.
Inspektor Nakamori InsNaka.jpg Ginzo Nakamori (中森 銀三 Nakamori Ginzō?)
Dia telah telah berurusan untuk menangkap Kid yang sejak dia mula-mula menyertai pasukan polis, tidak tahu bahawa dia telah telah berurusan dengan yang Kaitou Kid yang asal bernama Toichi Kuroba dan Kaitou Kid yang baru dan licik, anak Toichi, Kaito Kuroba adalah kawan rapat semenjak kecil iaitu Aoko merupakan anak perempuannya.
Inspektor Yuminaga Inspektor Yuminaga (弓長警部 Yuminaga Keibu?)
Seorang polis berpangkat Inspektor dalam bahagain kebakaran dan bekas orang atasan Kogoro Mouri.
Superitenden Chaki Shintaro Chaki (茶木 慎太郎 Chaki Shintarō?)
Dia merupakann ketua Bahagian 2 (Operasi menangkap Kaitou Kid) Ibu Pejabat Polis Tokyo dan orang atasan kepada Ginzo Nakamori.
Heizo Hattoriheizo.jpg Heizo Hattori (服部 平蔵 Hattori Heizō?)
Bapa kepada Heiji Hattori. Dia merupakan ketua polis dari Ibu Pejabat Polis Osaka.
Inspektor Toyama InsToyama.jpg Ginshiro Toyama (遠山 銀司郎 Tōyama Ginshirō?)
Bapa kepada Kazuha. Dia merupakan Ketua Detektif dari Ibu Pejabat Daerah Osaka Polis.
Inspektor Otaki InsOtaki.jpg Goro Otaki (大滝 悟郎 Ōtaki Gorō?)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Osaka, juga kawan rapat Heiji dan Heizo.
Inspektor Yokomizo InsYokomizo1.jpg Sango Yokomizo ((横溝 参悟 Yokomizo Sango?)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shizuoka, yang dikenali untuk personaliti yang ceria dan kadang-kadang memadang serius dalam kes.
Inspektor Jugo InsYokomizo2.jpg Jugo Yokomizo (横溝 重悟 Yokomizo Juugo?)
Kembar kepada Sango Yokomizo. Dia merupakan seorang inspektor Ibu Pejabat Polis Daerah Kanagawa. Personalitinya sangat seram, menakutkan, pemarah dan tidak suka kepada sesiapa kacau dalam kes.
Pegawai Yamamura InsYamamura.jpg Misao Yamamura (山村 ミサオ Yamamura Misao?)
Dia merupakan seorang Pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gunma. Dia seorang pegawai polis yang sanagt lembab. Kini, dia telah dinaikkan pangkat sebagai seorang "Inspektor".
Inspektor Yamato Kansuke Yamato (大和 敢助 Yamato Kansuke?)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano. Parut disebelah mata kiriya dan kaki kirinya lumpuh dijadikan dia sebagai orang kurang upaya disebabkan kemalangan melibatkan salji runtuh semasa menjalankan siasatan tetapi dia tetap tidak patah semangat menjadi seorang anggota polis.
Pagawai Uehara Yui Uehara
Bekas rakan sekerja Kansuke Yamato sebelum berhenti menjdai aggota polis. Kini dia mula semula berkhidmat sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano.
Inspektor Morofushi Taka'aki Morofushi (諸伏 高明 Morofushi Taka'aki?)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano. Dia merupakan kawan dan pesaing Kansuke Yamato sejak kecil lagi.

FBI[sunting | sunting sumber]

Nama Gambar Penerangan
James Black JamesB.jpg Dia merupakan ketua FBI untuk operasi menangkap Kumpulan Organisasi Hitam.
Shuichi Akai AkaiS.png Dia merupakan seorang ejen FBI yang licik. Kini dia menyamar sebagai seorang mahasiswa iaitu Subaru Okiya. Dia pernah menyamar sebagai anggota Organisasi Hitam.
Jodie Starling JodieS.jpg Dia merupakan seorang ejen FBI. Dia pernah menjadi seorang guru bahasa inggeris di sekolah Ran.
Andre Camel AndreC.jpg Dia merupakan seorang ejen FBI yang bertubuh besar.

Organisasi Hitam[sunting | sunting sumber]

Organisasi Hitam (黒の組織 Kuro no Soshiki?)

Nama Kod Gambar Penerangan
Anokata Dia merupakan ketua dalam organisasi hitam.
Gin GinC.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam berpangkat tinggi. Dia mempunyai stamina yang tinggi. Dia telah meracunkan Shinichi menggunakan ubat APTX 4869 sehingga badan Shinichi seorang kanak-kanak
Vodka VodkaC.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam dan pengikut Gin.
Vermouth VerC.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam berpangkat tinggi. Nama sebenarnya iaitu Sharon Vineyard. Dia juga rakan kepada mak Shinichi.
Bourbon TooruA.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam yang licik. Nama sebenarnya iaitu Tooru Amuro. Dia membenci Shuichi Akai dan sebab-sebab tertentu tidak diketahui. Matlamat Bourbon sebenar iaitu membunuh Sherry (Ai Haibara), Mencari tempat persembunyian Akai Shuichi dan identiti sebenar Conan Edogawa.
Chianti Dia merupakan anggota organisasi hitam. Dia pakar menembak sehingga 550 ela.
Korn Dia merupakan anggota organisasi hitam. Dia pakar menembak sehingga 550 ela.

Lain-lain watak[sunting | sunting sumber]

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Yoko Yoko Okino (沖野 ヨーコ Okino Yōko?)
Dia merupakan artis juga diminati Kogoro Mouri.
Akagi Hideo Akagi (赤木 英雄 Akagi Hideo?)
Seorang pemain bola sepak dalam pasukan Tokyo Spirits.
Azusa Azusa Enomoto (榎本 梓 Enomoto Azusa?)
Seorang pekerja kedai kopi Poirot ditingkat bawah Agensi Detektif Mouri.
Eisuke Eisuke Hondo (本堂 瑛祐 Hondō Eisuke?)
Bekas rakan sekelas Ran dan Sonoko, yang Conan mendapati mencurigakan. Dia kemudiannya mendapati untuk mencari kakaknya, Hidemi dan mahu mengikut jejak langkah bapa dan kakaknya untuk menjadi ejen CIA.
Kyogoku Makoto Kyogoku (京極 真 Kyōgoku Makoto?)
Teman lelaki kepada Sonoko. Beliau merupakan ahli karate tahap profesional. Beliau sering menewaskan musuhnya dengan mudah dan tidah mudah putus asa.
Doktor Araide Tomoaki Araide (新出 智明 Araide Tomoaki?)
Seorang doktor. Dia pernah menjadi jurulatih bola jaring di sekolah Ran. Wajahnya pernah digunakan oleh Vermouth untuk menyelidik Haibara.
Hakuba Saguru Hakuba' (白馬 探 Hakuba Saguru?)
Seorang detektif sekolah menengah tinggi. Sebelum pindah ke London, dia sering memburu Kaitou Kid.
Shizuka Shizuka Hattori' (服部 静華 Hattori Shizuka?)
Mak kepada Heiji dan isteri Heizo.
Genji Genji Kojima' (小嶋 元次 Kojima Genji?)
Ayah kepada Genta.
Midori Midori Megure' (目暮 みどり Megure Midori?)
Isteri Inspektor Megure.
Misae Misae Yamamura' (山村 ミサエ Yamamura Misae?)
Nenek kepada Pegawai Yamamura.