Senario The Movie: Episode 1
| Senario The Movie - Episod 1 | |
|---|---|
Poster promosi Senario The Movie - Episod 1. |
|
| Pengarah | Ahmad Idham |
| Penerbit | David Teo |
| Pengarang | Zulkiflee Md. Said |
| Pengisah | Ahmad Idham |
| Lakonan | Mazlan Pet Pet Azlee Senario Wahid Senario |
| Muzik | Brian Ng (Kang) |
| Pengedar | MIG Production Sdn Bhd |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Malaysia[1] |
Senario The Movie: Episode 1 ialah sebuah filem komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 1 Oktober 2008. Filem ini mengisahkan cerita anggota Kumpulan Senario sebelum mereka terkenal.[2]
Jalan cerita [sunting]
Filem ini mengisahkan pengembaraan 3 sahabat untuk mencapai cita-cita menjadi bintang. Mazlan, Azlee dan Wahid datang dari kampung dan negeri yang berbeza. Tujuan mereka hanya satu iaitu menghadiri uji bakat di Kuala Lumpur dan menjadi pelawak terkenal tanah air. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka hadapi untuk mencapai impian tersebut.
Paling mengharukan apabila tibanya mereka di Kuala Lumpur, mereka telah ditangkap pihak polis kerana wajah mereka serupa dengan wajah kumpulan perompak bersiri yang menjadi buruan pihak polis.
Mereka amat bimbang kerana uji bakat semakin hampir sedangkan mereka masih lagi di lokap. Persiapan persembahan masih lagi belum dilakukan.
Apabila mereka dibebaskan, bermacam-macam lagi halangan menanti seperti tidak membenarkan mereka menghadiri uji bakat tersebut. Tetapi, berkat kesabaran dan ketabahan mereka mengejar cita-cita, mereka berjaya sampai ke tempat uji bakat.
Lakonan [sunting]
- Lan Pet Pet - Lan (Pelakon Utama)
- Azlee Senario - Azlee (Pelakon Utama)
- Wahid Senario - Wahid (Pelakon Utama)
- Fauziah Nawi - (Artis Jemputan)
- Zaibo - (Artis Jemputan)
- Shamsul Ghau Ghau - (Artis Jemputan)
- Illya Buang - (Artis Jemputan)
- Ropie- (Artis Jemputan)
- Zul Huzaimy - (Artis Jemputan)
- Julia Hana - (Artis Jemputan)
- Osman Kering - (Artis Jemputan)
- Eizlan Yusof - (Artis Jemputan)
- Zaidi Omar - (Artis Jemputan)