Keting (anatomi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sendi keting)
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambarajah menunjukkan kedudukan hok.

Sendi keting, hok atau gambrel adalah sendi di antara tulang tarsus dan tibia bagi mamalia berkaki empat yang berjari mahupun bertelapuk, misalnya kuda, kucing, atau anjing. Sendi ini boleh mencakupi persendian antara tulang tarsus dan fibula di sesetengah spesies (seperti kucing), sementara dalam spesies-spesies lain, fibula itu telah banyak dikecutkan dan hanya terdapat sebagai tinggalan vestij yang berlakur dengan bahagian distal tibia (seperti kuda). Dari segi anatomi, ianya seumpama dengan buku lali kaki manusia. Sedangkan sendi yang seumpamanya terdapat pada haiwan-haiwan berkaki empat yang lain, namun istilah "hok" terhad kepada mamalia, terutama sekali spesies jinak.