Seni bela diri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seni pertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.

Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Brunei.

Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang ada pada masa ini memudahkan perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya tetapi telah berkembang keseluruh dunia.

Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong. Di antara jenis-jenis seni bela diri yang popular adalah seperti berikut :-

  1. Silat
  2. Taekwondo
  3. Judo
  4. Karate
  5. Wushu
  6. Kendo
  7. Aikido
  8. Kalaripayat
  9. Silambam
  10. Kung fu
  11. Tomoi
  12. Capoeira

Lihat juga[sunting | sunting sumber]