Seniman Bujang Lapok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seniman Bujang Lapok
Pengarah P. Ramlee
Pengarang Lakon layar:
Sinematografi Hitam-putih
Mula ditayang 6 Julai 1961
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Filem Seniman Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 6 Julai 1961. Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna oleh Shaw Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions. Masih mengekalkan muka lama termasuk teraju utamanya, filem ini telah pun mengandingkan P.Ramlee dan Saloma. Filem ini adalah siri keempat "Bujang Lapok" tetapi kali terakhir memaparkan P. Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar sebagai Trio Utama dalam filem. Walaubagaimanapun filem ini bukan sambungan dari siri Bujang Lapok yang terdahulu.

Filem Seniman Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 6 Julai 1961.


Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang bujang Ramlee, Aziz dan Sudin yang mendiami kawasan perumahan yang sesak. Tanpa pekerjaan dan mata pencarian, mereka mencuba nasib mereka sebagai pelakon filem.

Pengurus studio telah berjanji untuk memberikan peluang kepada mereka untuk berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat lakonan mereka dalam ’screen test’. Ternyata telatah dan bakat lakonan mereka telah menarik perhatian pengurus studio tersebut.

Adakah kemasyhuran yang akan dikecapi mereka sebagai bintang filem akan mengubah nasib mereka?

Cerita[sunting | sunting sumber]

Kisah kali ini memaparkan Bujang Lapok yang menganggur berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka tinggal di dalam satu rumah yang besar dan dihuni bersama beberapa kelamin beraneka bangsa dan ragam.

Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Merekapun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.

Di sana Manager Che Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Director Ahmad Nesfu untuk discreen test.

Sakit jiwa, itulah yang dirasai oleh Director apabila menjalankan proses screen test. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Di bawah sinaran bulan purnama diganti dengan di bawah sinaran lampu minyak tanah. Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog sendiri. Macam-macam karenah Bujang Lapok.

Namun begitu Manager amat berpuas hati walaupun Director seperti tidak bersetuju. Apa pun Bujang Lapok kini sudah bergelar 'Seniman'.

Ramlee dan Salmah bercengkerama di taman. Berkasih sambil bergurau senda. Setelah itu, Ramlee pulang ke rumah. Di rumah Sudin dan Aziz sedang giat menghafal dialog untuk esok.

Suasana aman dan tenteram tidak pernah dialami di rumah yang penuh sesak itu. Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan perhatian. Kalau si suami dan 2 orang isterinya tidak berkelahi dengan suara yang kuat, maka bunyi tiupan trompet yang sumbang dari satu bilik yang lain. Jerit pekik, bunyi motosikal, bunyi radio dan banyak lagi.

Esoknya mereka berlakon. Oleh kerena karenah mereka yang memeningkan kepala Director itu telah menyebabkan Director sendiri pengsan. Apalah nasib mereka menjadi seniman. Mereka menjalani kerja dan kehidupan seperti biasa.

Ada satu lagi masalah besar. Ramlee cintakan Salmah dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi Ramlee tidak mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh ibunya untuk berkahwin denga Shariff Dol, seorang samseng yang kaya dan berpengaruh.

Sedar akan saingannya yang hebat, Ramlee berusaha untuk meraih Salmah. Ramlee dan Shariff Dol berjumpa satu lawan satu. Itupun Ramlee pengsan dibelasah teruk.

Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu Salmah mengetahui hal yang sebenar. Shariff Dol bilang, jangan menyesal Salmah. Berita ini disambut gembira oleh Ramlee.

Sebagai rakan sebilik Ramlee, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya. Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja daripada Manager Kemat Hassan.

Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan. Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang. Mereka terperanjat apabila mendapati bahawa rumah mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula? Adakah ia dinyalakan orang? Terfikir oleh Salmah ia perbuatan Shariff Dol. Mereka berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah Shariff Dol.

Di rumah Shariff Dol, Ramlee telah membelasah Shariff secukup-cukupnya sehingga Shariff menyerah kalah. Tindakan Ramlee ini berikutan penemuan dompet Shariff Dol berhampiran rumah mereka. Shariff ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.

Sesudah itu, Salmah membawa berita gembira buat Ramlee. Mereka boleh berkahwin kerana duit yang disangkakan terbakar sebenarnya telah selamat disimpan oleh ibunya di Pejabat Pos. [1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • P. Ramlee sebagai Ramli
  • S. Shamsuddin sebagai Sudin
  • Datuk Aziz Sattar sebagai Ajis
  • Saloma sebagai Cik Salmah
  • Shariff Dol sebagai Sharif Dol
  • Ahmad Nisfu sebagai Tuan Director Ahmad Nisfu
  • H.M. Busra
  • M. Rafee
  • Mariam Baharom
  • Nyong Ismail
  • S. Kadarisman
  • Hashimah Yon
  • Kemat Hassan
  • S. Sudarmaji
  • A. Rahim
  • Ali Fiji
  • Ahmad C
  • Ahmad Mahmud
  • M. Zain
  • Kuswadinata
  • Annie Jasmin

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

  • Menceceh Bujang Lapok (P. Ramlee, S. Shamsuddin & Aziz Sattar)
  • Gelora (P. Ramlee & Saloma)
  • Embun Menitik (Saloma)
  • Senandung Kasih (P. Ramlee & Saloma)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]