Penderia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sensor)

Penderia merupakan sejenis pemindah. Penderia petunjuk lansung seperti termometer merkuri, boleh dibaca oleh manusia. Penderia lain seperti termogandingan hanya menghasilkan output voltan atau elektrik lain yang perlu ditafsirkan oleh alat lain (seperti komputer). Kebanyakan penderia adalah elektrik atau elektronik, namun ada juga penderia jenis lain. Bagi mencapai kejituan mutlak, pententukuran harus digunakan.

Penderia digunakan dalam alat-alat kegunaan harian seperti butang penaik peka sentuh atau lampu yang digelap atau diterang dengan menyentuh tapaknya. Aplikasi penderia termasuk dalam pembinaan automobil, mesin, aeroangkasa, perubatan, industri dan robotik.

Kesensitifan penderia menunjuk beberapa banyak output penderia itu berubah apabila kuantiti yang diukur berubah. Sebagai contoh, kalau merkuri dalam dalam termometer bergerak 1 cm apabila suhu berubah 1 °, kesensitifannya ialah 1 cm/1°. Penderia yang mengukur perubahan yang sangat kecil mesti mempunyai kesensitifan yang tinggi.

Kemajuan dalam teknologi membolehkan lebih banyak penderia dihasilkan pada skala mikroskop seperti teknologi MEMS. Kebanyakan penderia mikroskop mencapai kepantasan dan kesensitifan yang lebih tinggi berbanding dengan penderia makroskop.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Penderia boleh dikelaskan berdasarkan jenis pertukaran tenaga yang dikesan olehnya.

Terma[sunting | sunting sumber]

Elektromagnet[sunting | sunting sumber]

Mekanik[sunting | sunting sumber]

Kimia[sunting | sunting sumber]

Sinaran optik[sunting | sunting sumber]

Sinaran pengion[sunting | sunting sumber]

Akustik[sunting | sunting sumber]

  • Sinaran optik
  • Sinaran pengion
  • Akustik

Tatasusunan kawasan[sunting | sunting sumber]

Tatasusunan memanjang (jarang, terbataskan bagi keluaran tinggi) Satu kawasan penderia tatasusunan membaca satah seluruh imej serentak, manakala satu penderia tatasusunan memanjang bertindak sebagaimana sebuah pengimbas flatbed. Oleh kerana teknologi ini mendahului tatasusunan kawasan, ia didapati lebih awal, dalam kamera profesional berharga tinggi. Dengan kehadiran tatasusunan kawasan, kamera digital pengguna terdapat dalam harga lebih rendah. (Contoh melampau adalah Ritz Dakota Digital.)


Pautan luar[sunting | sunting sumber]