Sepang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Sepang
Transkripsi lain
 • Jawiسڤڠ
 • Cina Tradisional雪邦縣
 • Cina Ringkas雪邦县
 • Tamilசிப்பாங்
Lokasi Daerah Sepang di Selangor
Lokasi Daerah Sepang di Selangor
Map
Sepang is located in Bumi
Sepang
Sepang (Bumi)
Koordinat: 2°45′N 101°40′E / 2.750°N 101.667°E / 2.750; 101.667Koordinat: 2°45′N 101°40′E / 2.750°N 101.667°E / 2.750; 101.667
Negara Malaysia
Negeri Selangor
PusatSalak Tinggi
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Sepang
Kerajaan
 • Pegawai daerahKhairi Azali bin Ibrahim[1]
 • Orang Besar DaerahTengku Jamaluddin Tengku Mahmud Shah[2]
Keluasan
 • Jumlah599.66 km2 (231.53 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah325,244
 • Kepadatan540/km2 (1,400/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
43xxx, 47xxx, 62xxx, 63xxx, 64xxx
Kod panggilan+6-03-8
Nombor plat kenderaanB

Sepang merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini terletak di bahagian selatan negeri Selangor bersempadan dengan daerah Petaling di utara, Hulu Langat dan Negeri Sembilan di timur, Kuala Langat di barat dan Selat Melaka di selatan. Daerah ini berkeluasan 600 kilometer persegi

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Sepang dipercayai berasal daripada nama sejenis pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Sepang pada asalnya sebahagian daripada daerah Kuala Langat (mukim Labu dan Sepang) dan daerah Hulu Langat (mukim Dengkil). Pada 1 Januari 1975, mukim-mukim tersebut telah digabungkan dan secara rasminya membentuk daerah baharu iaitu daerah Sepang.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang dan dibahagikan kepada tiga mukim, lima bandar dan 10 pekan:[5]

Bandar dan pekan[sunting | sunting sumber]

  1. Bandar Sepang
  2. Bandar Baru Bangi
  3. Bandar Baru Salak Tinggi
  4. Bandar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang
  5. Bandar Sungai Merab
  6. Pekan Dengkil
  7. Pekan Salak
  8. Pekan Sungai Pelek
  9. Pekan Batu 1 Sepang
  10. Pekan Bukit Bisa
  11. Pekan Bukit Prang
  12. Pekan Dato' Bakar Baginda
  13. Pekan Baru Salak Tinggi
  14. Pekan Sungai Merab
  15. Pekan Tanjung Mas

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Sepang ialah seramai 325,244 orang dengan kepadatan penduduk 590 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 68 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Sebanyak 10 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[6]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 116:100. Terdapat 127,628 tempat kediaman dengan sebanyak 99,778 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai tiga orang dalam sebuah rumah. Lebih 233 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 83 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lapan ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 201,683
Cina 58,160
India 30,468
Lain-lain 2,892
Bukan warganegara N/A 32,041
Agama Jumlah %
Islam 221,158 68
Buddha 52,919 16.3
Hindu 31,214 9.6
Kristian 10,544 3.2
Lain-lain 4,612 1.4
Tidak beragama 2,933 0.9
Tidak diketahui 1,864 0.6

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Sejajar dengan pembangunan di daerah ini, laluan masuk ke Sepang telah bertambah, di antaranya South Klang Valley Expressway (SKVE), Elite Expressway, Putrajaya dan Urban Motor Way yang menghala ke Daerah Sepang telah siap atau akan dibina. Di samping itu, terdapat juga laluan keretapi Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di Kuala Lumpur ke KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya.

Daerah Sepang juga terhubung dengan kawasan lain di sekitar Lembah Klang melalui sistem pengangkutan transit MRT Laluan Putrajaya dengan tiga perhentian iaitu 16 Sierra  PY38 , Cyberjaya Utara  PY39 , dan Cyberjaya City Centre  PY40 .

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Di sekitar daerah Sepang, terdapat 22 masjid, 51 surau, 26 kuil, 13 tokong dan empat gereja bagi keperluan ibadat masyarakat setempat. Bagi keperluan perubatan, terdapat dua buah hospital kerajaan iaitu Hospital Cyberjaya dan Hospital Sultan Idris Shah Serdang, empat klinik kesihatan dan sembilan klinik desa. Terdapat juga tujuh balai polis dan empat balai bomba sekitar daerah.[7][8]

Bagi keperluan pendidikan, terdapat 59 buah sekolah yang terdiri daripada 48 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah serta 29 institusi pengajian tinggi. Antara institusi pengajian tinggi yang terdapat di daerah Sepang ialah Universiti Multimedia (kampus Cyberjaya), University of Cyberjaya, LimKokWing University of Creative Technology, Xiamen University Malaysia, Universiti Teknologi MARA (kampus Dengkil), dan Universiti Malaya (Centre for Continuing Education, UMCced).

Politik[sunting | sunting sumber]

Pihak Berkuasa Tempatan[sunting | sunting sumber]

Kawasan di bawah daerah Sepang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSEPANG).

Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Negeri (ADN)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Carta Organisasi Jabatan". www.selangor.gov.my.
  2. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Pejabat Orang Besar Daerah Sepang". www.selangor.gov.my.
  3. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Data Keluasan". www2.selangor.gov.my.
  4. ^ a b "Sejarah Sepang - Majlis Perbandaran Sepang". www.mpsepang.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.
  5. ^ "KOD DAN NAMA SEMPADAN PENTADBIRAN TANAH SELANGOR" (PDF).
  6. ^ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  7. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Data Pendidikan". www.selangor.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.
  8. ^ "Portal Rasmi PDT Sepang Data Kemudahan". www.selangor.gov.my. Dicapai pada 2023-02-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]