Separa sedar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tafakur berkumpulan di Sri Lanka. Semasa tafakur, minda mencapai keadaan separa sedar.

Istilah separa sedar digunakan dalam pelbagai konteks yang berbeza dan tidak memiliki satu takrif tunggal atau yang tepat. Akibat alasan ini, kebergunaannya sebagai satu konsep yang bermakna amat terbatas dan justera, penggunaannya cenderung dielakkan oleh ahli akademik dan ahli sains.

Bagaimanapun, dalam pertuturan sehari-hari serta karya popular, istilah ini kerap ditemui dan dipergunakan untuk merujuk kepada apa yang dikatakan 'lapisan' atau 'tahap' proses pemikiran (dan/atau persepsi) yang terletak 'di bawah' kesedaran — sekali lagi, kebergantungan anggapan ini terhadap model 'psikologi rakyat' tak formal yang masih kabur bererti bahawa sifat lapisan tersebut yang tepat tidak dinyatakan secara eksplisit atau hanya memiliki kualiti ad hoc.

Pada waktu yang lain, rujukan terhadap 'separa sedar' sebagai satu perantaraan diberi berbagai-bagai keupayaan dan kuasa yang melewati apa yang dimiliki oleh kesedaran. 'Separa sedar' dikatakan dapat mengingat, mengesan, dan menentukan perkara di luar jangkauan atau kawalan minda sedar. Gagasan 'separa sedar' sebagai suatu perantaraan yang berkuasa telah membenarkan istilah itu ditonjolkan dalam kepustakaan Zaman Baharu dan kepustakaan usaha diri, dengan penyelidikan atau pengawalan apa yang dikatakan pengetahuan atau kuasanya dilihatkan sebagai bermanfaat. 'Separa sedar' juga dikatakan mengandungi sesetengah naluri, dorongan, keinginan, dan pemikiran yang primitif yang telah dinafikan, suatu pengaruh daripada tradisi psikoanalisis. Pierre Janet, ahli psikologi Perancis, memperlihatkan 'separa sedar' sebagai aktif dalam saranan hipnosis serta juga sebagai sebahagian psike (jiwa) yang gagasan dapat disimpan menerusi proses yang melibatkan 'pemisahan' minda dan penyekatan medan kesedaran.

'Separa sedar' dan Psikoanalisis[sunting | sunting sumber]

Walaupun khalayak biasanya menganggap ungkapan 'separa sedar' sebagai sepatah istilah psikoanalisis, ini tidak benar. Sigmund Freud mengutuk perkataan itu dengan nyatanya sejauh 1915 lagi: "Kita juga betul dalam menolak istilah 'separa kesedaran' kerana [istilah itu] salah bahkan menipu".[1] Di dalam terbitan-terbitannya yang kemudian, bantahan Freud dijelaskan:

"Jika seseorang bercakap tentang separa sedar, saya tidak mengerti sama ada dia semata-mata bermaksud istilah itu daripada segi topografi — untuk merujuk kepada sesuatu yang terletak di dalam minda di bawah kesedaran — atau secara kualitatif — unutk merujuk kepada kesedaran yang lain, iaitu suatu kesedaran subpermukaan. Dia mungkin tidak jelas juga tentang apa yang dicakapnya. Antitesis yang paling dapat dipercayai adalah antara sedar dan bawah sedar".[2]

Justera, sebagaimana dengan penjelasan Charles Rycroft, ungkapan 'separa sedar' sebagai satu istilah "tidak pernah digunakan dalam karya psikoanalisis".[3] Dan dalam kata-kata Peter Gay, penggunaan ungkapan 'separa sedar' sebagai ganti untuk istilah 'bawah sedar' merupakan "satu kesilapan yang biasa dan nyata"; [4] sudah tentu, "apabila [istilah itu] dipergunakan untuk menyatakan sesuatu yang berkenaan dengan teori Freud, ia merupakan bukti bahawa penulis itu tidak pernah membaca karya Freud".[5]

Istilah Freud sendiri untuk bermaksud proses pemikiran yang berlaku di luar kesedaran ialah das Unbewusste (diterjemahkan oleh penterjemahnya sebagai 'bawah sedar') dan das Vorbewusste ('prasedar'); justera, penggunaan tak formal istilah 'separa sedar' dalam konteks tersebut mengakibatkan kekeliruan kerana ia gagal menjelaskan apa (jika antara kedua-kedua itu!) yang dimaksudkan. Perbezaan ini adalah penting kerana mengikut ungkapan Freud, 'bawah sedar' ialah bawah sedar 'dinamik', dengan 'prasedar' hanya bersifat huraian, dan justera itu, kandungan bawah sedar memerlukan teknik penyelidikan yang khusus untuk melakukan pemeriksaan teliti, manakala sesuatu dalam prasedar tidak tertekan dan dapat dipulihkan kepada kesedaran menerusi penghalaan perhatian yang mudah. Penggunaan istilah 'separa sedar' dan 'separa kesedaran' pseudo-Freud yang salah mempunyai padanan yang tepat dalam perkataan Unterbewusst dan Unterbewusstsein bahasa Jerman.

'Zaman Baharu' dan Modaliti 'Pinggir' yang menyasarkan 'Separa Sedar'[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebilangan kaedah yang digunakan untuk mencuba mempengaruhi minda 'separa sedar' secara langsung, dengan kaedah-kaedah yang terutama termasuk:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sigmund Freud,'The Unconscious' (1915)
  2. ^ Sigmund Freud, The Question of Lay Analysis (Vienna 1926; English translation 1927)
  3. ^ Charles Rycroft, A Critical Dictionary of Psychoanalysis (London, 2nd Ed, 1995), p.175
  4. ^ Peter Gay, Freud: A Life For Our Time (London 2006), p.453
  5. ^ Peter Gay (ed.), A Freud Reader (London, 1995), p.576

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Disiplin rentas topik

Pautan luar[sunting | sunting sumber]