Sepesan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sepesan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Artropoda
Kelas: Insecta
Order: Orthoptera
Suborder: Ensifera
Superfamili: Stenopelmatoidea
Famili: Gryllacrididae
Blanchard, 1845
Subfamili

Gryllacridinae
Lezininae

Sepesan atau pesan-pesan adalah sejenis serangga seperti cengkerik yang tidak melompat dalam famili Gryllacrididae dan dapat ditemui di seluruh dunia. Sepesan sebenarnya tidak berbisa walaupun mungkin gigitannya menyakitkan. Famili ini dahulunya dimaksudkan dengan meluas dan memasukkan beberapa famili sekarang ini, seperti Stenopelmatidae ("cengkerik Jerusalem") dan Rhaphidophoridae ("cengkerik unta"),[1] sekarang dianggap berasingan. Mengikut definisi sekarang, famili ini mengandungi dua subfamili, dengan majoriti besarnya (melebihi 90 genus mengandungi lebih daripada 600 spesies) dalam subfamili Gryllacridinae.[2] Subfamili lain, Lezininae, mengandungi hanya satu genus dengan 12 spesies yang dikenalpasti.[3][4] Sepesan biasanya tidak bersayap dan nokturnal (aktif pada waktu malam), berehat semasa siang di tempat perlindungan diperbuat daripada daun yang telah dilipat dan sebahagiannya diliputi sutera.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Desutter-Grandcolas, L. (2003). "Phylogeny and the evolution of acoustic communication in extant Ensifera (Insecta, Orthoptera)". Zoologica Scripta 32: 525–561. 
  2. "Orthoptera Species File- Gryllacrididae". 
  3. "Orthoptera Species File - Lezininae". 
  4. Legendre, F., Robillard, T., Song H., Whiting, M. F. and Desutter-Grandcolas, L. (2010). "One hundred years of instability in ensiferan relationships". Systematic Entomology 35: 475–488. doi:10.1111/j.1365-3113.2009.00519.x. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]