12 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari September 12)
| << | September 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXIII | ||||||
12 September merupakan hari ke-255 (hari ke-256 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 110 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Tanjung Verde.
Peristiwa [sunting]
- 1683 - Perang Turki Agung: Tentera Poland yang diketuai John III Sobieski bergabung dengan tentera Habsburg untuk menewaskan tentera Empayar Uthmaniyyah dalam Pertempuran Vienna.
- 1848 - Switzerland menjadi sebuah negara persekutuan dengan penerimaan perlembagaan baharu.
- 1933 - Leó Szilárd mendapat idea tentang tindak balas rantai nuklear semasa sedang menunggu lampu merah di Southampton Row di Bloomsbury, London.
- 1942 - Peristiwa Laconia: Sebuah U-bot menenggelamkan kapal RMS Laconia dengan sebutir torpedo berhampiran pesisir pantai Afrika Barat dan cuba untuk menyelamatkan penumpangnya, yang termasuk 80 orang awam, 160 askar Poland, 268 askar British dan 1800 tawanan perang Itali.
- 1977 - Aktivis anti-aparteid Afrika Selatan Steve Biko (gambar) terbunuh semasa dalam tahanan polis.
- 1992 - Pemimpin pertubuhan gerila Maois Peru Shining Path Abimael Guzmán ditangkap di Lima.
- 2007 - Bekas Presiden Filipina Joseph Estrada disabitkan menggelapkan wang dan dihukum reclusión perpetua.
- 2007 - Gempa bumi terjadi di Bengkulu dengan kekuatan 8.4 pada skala Richter.
- 2011 - Loji Kuasa Nuklear Bushehr, kemudahan kuasa nuklear awam pertama di Timur Tengah, mula beroperasi di Iran.
- 2011 - Letupan dan kebakaran talian paip minyak di Nairobi, Kenya mengorbankan 100 orang.
Kelahiran [sunting]
- 1986 - Emmy Rossum, pelakon Amerika Syarikat
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||