Serangan Dataran Tiananmen 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan kereta di Dataran Tiananmen 2013
Kereta merempuh di luar Pintu Tiananmen di Dataran Tiananmen
Lokasi Beijing, China
Tarikh 28 Oktober 2013
Jenis serangan Serangan kereta (disyaki suicide bombing)[1]
Kematian 5[1]
Kecederaan 38[1]

Pada 28 Oktober 2013, sebuah kereta terhempas di Dataran Tiananmen, Beijing, dalam kejadian yang disifatkan oleh polis sebagai serangan berani mati oleh pengganas.[2] Lima orang maut dalam kejadian tersebut: tiga orang di dalam kereta berkenaan dan dua orang lagi berdekatan, seorang dari Filipina dan seorang lagi dari wilayah Guangdong di China. 38 orang lain tercedera.

Pihak polis tempatan menyifatkan hal ini sebagai "kejadian besar"[2] dan serangan pengganas yang sulung dalam sejarah mutakhir Beijing.[3]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Sebuah kenderaan 4x4 merempuh orang ramai lalu meletup hingga terbakar berdekatan potret Mao Zedong di Dataran Tiananmen.[2] Tiga orang di dalam kereta tersebut terbunuh bersama dengan dua orang pelawat di dataran tersebut. Tiga puluh lapan orang turut tercedera dalam kejadian ini.[2] Para saksi di tempat kejadian mengaku bahawa kereta yang terlibat itu ada membunyikan hon kepada orang ramai.

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Pihak polis tempatan kemudiannya mengeluarkan pemberitahuan kepada hotel-hotel di Beijing untuk merisik maklumat tentang dua orang dari Kawasan Berautonomi Uighur Xinjiang.[2] Pemberitahuan tersebut menerangkan sebuah kenderaan dengan empat plat nombor Xinjiang.[2] Polis turut menyeru para pihak hotel agar berwaspada dengan penginap yang "mencurigakan".[4]

Pemberitahuan Polis tersebut juga meminta pihak-pihak hotel agar melaporkan semua tetamu yang telah berdaftar sejak 1 Oktober serta kereta-kereta yang dipandu oleh mereka.[5] Permintaan itu dikeluarkan "demi mengelakkan para suspek dan kenderaan mereka daripada melanjutkan jenayah".[5]

Suspek-suspek bernama Uighur, sebuah suku minoriti Muslim yang berasal dari Xinjiang di mana berlangsungnya persengketaan.[2] Salah seorang daripada mereka adalah dari pekan Lukun di Daerah Shanshan, iaitu tempat berlakunya serangan yang meragut 30 nyawa pada bulan Jun.

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan jurukamera dari BBC ditahan reman buat sementara oleh polis setelah merakam kejadian ini, and sementara gambar-gambar foto tentang kejadian ini pada media sosial China segera dihapuskan dan komen-komennya ditapis.[2] Liputan oleh media negara China telah banyak meredamkan kejadian ini dengan hanya menyiarkan laporan ringkas.[6] Walaupun terdapat butiran pada media bahasa Inggeris, namun terbitan bahasa Cina tidak mengaitkan kejadian ini dengan Xinjiang.[4] Para pengguna Internet China telah juga mengepos semula dan menyebarkan gambar-gambar kejadian itu.[5]

Pihak berkuasa China berdiam diri tentang kejadian ini, yang disifatkan oleh majalah TIME bahawa "pihak kerajaan setakat ini telah mampu mengekang berita tersebut, malah hanya terdapat sedikit hebohan umum tentang kes berkenaan."[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Kang, Benjamin. "China suspects Tiananmen crash a suicide attack- sources". Reuters. Diperoleh pada 2013-10-30. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 "Tiananmen crash: China police 'seek Xinjiang suspects'". BBC News Online. 29 October 2013. Diperoleh pada 29 October 2013. 
  3. "China police call Tiananmen Gate suicide attack an act of terrorism, arrest 5 suspects". Washington Post. Associated Press. 31 October 2013. Diarkibkan daripada asal pada 31 October 2013. Diperoleh pada 31 October 2013. 
  4. 4.0 4.1 "China names Tiananmen Square car crash 'suspects'". Times of India. 29 October 2013. Diperoleh pada 29 October 2013. 
  5. 5.0 5.1 5.2 5.3 "Beijing Looks for Uighur Link After Tiananmen Fireball". TIME magazine. 29 October 2013. Diperoleh pada 29 October 2013. 
  6. "China police hunt Beijing explosion suspects". Al Jazeera. 29 October 2013. Diperoleh pada 29 October 2013.