Serangan Mumbai 26 November 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serangan Pengganas di Mumbai 2008
Serangan Pengganas di Mumbai 2008
Locations of the attacks
Lokasi Mumbai, India
Tarikh 26 November 2008, 21:20[1] – 29 November 2008 (IST, UTC +5:30)
Jenis serangan Pengeboman, tembak-menembak, krisis tebusan[2]
Senjata RDX, AK-47, Type 56 dan bom tangan[3]
Kematian 188[4]
Cedera 294[5]
Pelaku Lashkar-e-Taiba[6][7]

Serangan Mumbai November 2008 ialah satu siri serangan pengganas teratur yang berlaku di Mumbai, iaitu pusat kewangan dan bandar raya terbesar di India. Serangan bermula pada 26 November 2008 dan berakhir pada 29 November 2008 apabila pasukan keselamatan India melancarkan Operasi Black Tornado untuk mengawal semula semua tempat kejadian.[8] Sekurang-kurangnya 188 orang[4] terbunuh menakala sekurang-kurangnya 293 lagi cedera dalam kejadian.[9]

Lapan serangan berlaku di kawasan Mumbai Selatan, iaitu Stesen Keretapi Chhatrapati Shivaji Terminus,[10] Hotel Oberoi Trident,[10] Hotel Taj Mahal Palace & Tower,[10] Leopold Cafe,[10] Hospital Cama,[10] Rumah Nariman milik Yahudi Ortodoks,[11] Metro Cinema,[12] dan sebatang lorong di belakang bangunan Times of India di belakang Kolej St. Xavier.[10] Letupan juga terjadi di limbungan Mazagaon di kawasan pelabuhan Mumbai. Insiden kesepuluh merupakan letupan teksi di Vile Parle berhampiran lapangan terbang, tetapi sebarang kena-mengena dengan sembilan serangan lain adalah tidak jelas.[13]

Pada awal pagi 28 November, kesemua tempat kejadian kecuali Taj Mahal Palace ditawan oleh polis dan pasukan keselamatan. Tindakan yang diambil Pengawal Keselamatan Negara pada 29 November menamatkan kejadian Taj Mahal Palace, sekaligus menamatkan segala pertempuran.[14]

Mula-mulanya, sebuah pertubuhan yang bergelar Deccan Mujahideen mengaku bertanggungjawab.[15] Tidak lama kemudian, Mohammad Ajmal Amir Kasab,[16] iaitu satu-satunya pengganas yang ditawan hidup-hidup, mendedahkan identiti penyerang sebagai ahli-ahli Lashkar-e-Taiba, iaitu pertubuhan militan di Pakistan yang diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh India, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan lain-lain lagi.[17] Satu perbicaraan mahkamah pada 6 Mei 2010 menjatuhkan hukuman mati terhadap Ajmal Kasab atas lima dakwaan.

Serangan-serangan tersebut dikecam masyarakat dunia.[18]

Atribusi[sunting | sunting sumber]

Kerjasama dengan Pakistan[sunting | sunting sumber]

Pakistan pada awalnya menafikan rakyatnya bertanggungjawab terhadap serangan ini, sebaliknya menyalahkan dalang dari Bangladesh dan penjenayah India,[19] suatu dakwaan yang dinafikan India,[20] dan menyatakan mereka memerlukan maklumat daripada India dahulu, mengenai beberapa pengeboman lain.[21] Pihak berkuasa Pakistan akhirnya bersetuju pada 7 Januari 2009 yang para penyerang itu orang Pakistan,[22][23] dan membuka kes terhadap tiga rakyat Pakistan.[24]

Kerajaan India memberikan bukti kepada Pakistan dan kerajaan lain, dalam bentuk rekod soal siasat, senjata dan rakaman perbualan semasa serangan.[6] Sebagai tambahan, pegawai kerajaan India menyatakan yang serangan ini amat canggih dan para penyerang mesti mendapat bantuan daripada "agensi" Pakistani, suatu tuduhan yang dinafikan Pakistan.[25][23]

Pada Oktober 2010, satu laporan India dikeluarkan, meringkaskan risikan yang diperolehi daripada soal siasat India terhadap David Headley.[26] Ia mendakwa yang agensi perisikan Pakistan (ISI) tekah memberikan sokongan untuk serangan tersebut dengan menyediakan dana untuk misi peninjauan di Mumbai.[27] Laporan ini turut memuatkan dakwaan Headley bahawa ketua komander tentera Lashkar-e-Taiba Zaki-ur-Rahman Lakhvi, mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pengarah ISI.[nyatakan menurut siapa?][26] Dia mengatakan yang "setiap tindakan besar LeT dilakukan dengan koordinasi rapat ISI."[27]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Sekurang-kurangnya 188 orang terbunuh[4], termasuk kira-kira 40 umat Islam dan warga-warga dari 10 negara.[28] Mangsa terkorban terdiri daripada 141 orang awam India, 17 anggota polis dan 30 warga asing, iaitu 4 warga Amerika, 4 warga Australia, 3 warga Jerman, 2 warga Israel-Amerika, 2 warga Israel, 2 orang Kanada, 2 warga Perancis, 1 warga Itali, 1 warga Britain, 1 warga belanda, 1 warga Jepun, 1 warga Jordan, 1 warga Malaysia, 1 warga Mauritius, 1 warga Mexico, 1 warga Singapura dan 1 warga Thailand.[29][30][31][32][33][34][35]

Selain itu, sembilan orang pengganas terbunuh sementara seorang lagi ditangkap.[36]

Kebanyakan mayat tebusan dan penyerang menampakkan kesan seksaan atau pencacatan.[37] Seorang pakar perubatan Mumbai yang mengkaji mayat-mayat tersebut berkata, "Nampaknya kebanyakan mereka yang terkorban telah diseksa" dan "Di kalangan semua mayat, mangsa Israellah yang paling banyak kesan seksaan."[37] Laporan yang sama mencatat bukti bahawa "kematian pengganas juga tidak kemas," memetik pakar tersebut: "Muka mereka [penyerang] sukar dikenal pasti lagi."[37] Laporan tersebut membuat kesimpulan bahawa angkatan komando India mengambil dasar menghapuskan musuh begitu sahaja setelah dianggap bahawa tiada lagi tebusan yang masih hidup.[37]

27 orang luar lain dari pelbagai negara tercedera dalam kejadian lalu dikejarkan ke Hospital Bombay. Sumber hospital menyatakan mereka terdiri dari warga Australia, AS, UK, Kanada, Jerman, Sepanyol, Norway, Finland, Oman, China, Jepun, Filipina dan Jordan.[34]

Andreas Liveras, seorang usahawan kapal layar yang memegang dua kerakyatan iaitu Cyprus Greek dan British, adalah antara mangsa yang terkorban[38]; begitu juga dengan penerbit TV Jerman Ralph Burkei, dan usahawan pakaian dalam wanita Perancis Loumia Hiridjee dan suaminya.[39][40] Pasangan suami isteri yang ditahan di Rumah Nariman, Rabai Gavriel Noach Holtzberg dan Rivka Holtzberg yang mengandung enam bulan, juga diseksa dan dibunuh.[41][42][43]

Menurut ketua menteri negeri Maharashtra, Vilasrao Deshmukh, 15 orang anggota polis dan dua orang komando NSG terkorban, termasuk pegawai berikut:[44][32]

Tiga orang pegawai Chhatrapati Shivaji Terminus turut terbunuh dalam kejadian.[46][47] Kerajaan Maharashtra mengumumkan pampasan sebanyak Rs. 5 lakh (kira-kira AS$10,000) kepada sanak-saudara mangsa yang terkorban dan Rs. 50,000 (kira-kira AS$1,000) kepada yang cedera parah.[48]

Mengikut lokasi[sunting | sunting sumber]

Lokasi Jenis pembunuhan Maut Terselamat
Pelabuhan Mumbai Tembak-menembak; tebusan. 4 tiada
Stesen kereta api Chhatrapati Shivaji Terminus (Victoria) Tembak-menembak; bom tangan. 58[49][50] tiada
Leopold Cafe, Colaba Tembak-menembak; letupan bom tangan.[51] 10[52] none
Taj Mahal Palace & Tower hotel Tembak-menembak;[53] enam letupan; kebakaran di tingkat bawah, pertama, dan atas; tebusan;[29] RDX ditemui berhampiran.[54] around 40
(1 commando)
kira-kira 250
Hotel Oberoi Trident Tembak-menembak; letupan; tebusan; kebakaran. 30[55] 143
Metro Cinema Tembak-menembak dari jip polis yang terampas.[56] kira-kira 10 tiada
Hospital Cama Tembak-menembak; tebusan.[57] 5 anggota polis[49] tiada
Rumah Nariman (Rumah Mumbai Chabad) Pengepungan; tembak-menembak; tebusan.[58] 7 (1 komando)[59][60] 9
Pinggiran Vile Parle, Mumbai Utara Letupan bom kereta.[61] 1[62] tiada
Lorong di belakang wisma Times of India Polis ditembak mati 9 orang polis tiada
Limbungan Mazagaon Letupan; bot berisi senjata dirampas.[63] tiada tiada

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nytimes-latest tidak disediakan
  2. "India terrorist attacks leave at least 101 dead in Mumbai". Los Angeles Times. 2008-11-27. Diperoleh pada 2008-11-28. 
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mumbaiattack-toi tidak disediakan
  4. 4.0 4.1 4.2 "US presses Pakistan over Mumbai". BBC News. 2008-12-03. Diperoleh pada 2008-12-03. 
  5. "125 dead, 327 injured in Mumbai attacks, says Union Home Ministry". The Hindu. 2008-11-27. Diperoleh pada 2008-11-29. 
  6. 6.0 6.1 Somini Sengupta (2009-01-06). "Dossier From India Gives New Details of Mumbai Attacks". The New York Times. Diperoleh pada 2009-02-14. 
  7. Maseeh Rahman (2008-11-27). "Mumbai terror attacks: Who could be behind them?". The Guardian (London). Diperoleh pada 2008-11-29. 
  8. Singh, Tejinder (2008-12-01). "Lashkar-E-Taiba`s audacious siege of Mumbai". New Europe. Diperoleh pada 2008-12-03. 
  9. "Mumbai death toll revised down". The Australian. 2008-12-01. Diperoleh pada 2008-12-01. 
  10. 10.0 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 "Wave of Terror Attacks Strikes India's Mumbai, Killing at Least 182". FOX News. 2008-11-27]]. Diperoleh pada 2008-12-03. 
  11. Kahn, Jeremy (2008-12-02). "Jews of Mumbai, a Tiny and Eclectic Group, Suddenly Reconsider Their Serene Existence". New York Times. Diperoleh pada 2008-12-03. 
  12. Magnier, Mark (2008-12-03). "Mumbai police officers describe nightmare of attack". Los Angeles Times. Diperoleh pada 2008-12-03. 
  13. "Cops clueless about Vile Parle taxi blast". The Times of India. 2008-11-26. Diperoleh pada 2008-11-28. 
  14. "Police declare Mumbai siege over". BBC News. 2008-11-29. Diperoleh pada 2008-11-29. 
  15. "Deccan Mujahideen claims it behind Mumbai attacks - TV". Reuters. 2008-11-27. Diperoleh pada 2008-12-03. 
  16. "Terrorist’s name lost in transliteration". The Hindu. 2008-12-06. Diperoleh pada 2008-13-07. 
  17. Schmitt, Eric; Somini Sengupta, Jane Perlez (2008-12-03). "U.S. and India See Link to Militants in Pakistan". New York Times. Diperoleh pada 2008-12-03. 
  18. Black, Ian (2008-11-28). "Attacks draw worldwide condemnation". The Guardian. Diperoleh pada 2008-12-05. 
  19. "Chidambaram asserts 26/11 originated from Pak soil". The Hindu. 2009-02-09. Diperoleh pada 2009-02-21. 
  20. Shakeel Ahmad (2009-02-16). "Samjhota, Mumbai attacks linked, says Qureshi". Dawn. Diperoleh pada 2009-02-16. 
  21. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan TIME08JAN2009 tidak disediakan
  22. 23.0 23.1 Richard A. Oppel dan Salman Masood (2009-01-07). "Gunman in Mumbai Siege a Pakistani, Official Says". The New York Times. Diperoleh pada 2009-02-21. 
  23. "Part of 26/11 plan made on our land, admits Pakistan". NDTV. 2009-02-12. Diperoleh pada 2009-02-12. 
  24. 26.0 26.1 "Indian gov't: Pakistan spies tied to Mumbai siege". news.yahoo.com. Associated Press. 19 Oktober 2010. Diarkibkan daripada asal pada 2010-10-21. Diperoleh pada 20 Oktober 2010. 
  25. 27.0 27.1 "Report: Pakistan Spies Tied to Mumbai Siege". Associated Press. 2010-10-19. Diperoleh pada 2010-10-20. 
  26. http://timesofindia.indiatimes.com/Islamabad_accepts_terrorists_may_be_from_Pak/articleshow/3786207.cms
  27. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CNN tidak disediakan
  28. Chang, Anita (2008-11-27). "104 killed as gunmen rampage in India city". Associated Press. Diarkibkan daripada asal pada 2008-12-01. Diperoleh pada 2008-11-27. 
  29. Somayaji, Chitra; Sumit Sharma, Anoop Agrawal (2008-11-27). "Mumbai Deaths in Attacks Top 100; Injured Total 290". Bloomberg. Diperoleh pada 2008-11-27. 
  30. 32.0 32.1 "Indian forces storm Jewish centre". BBC News. 2008-11-27. Diperoleh pada 2008-11-27. 
  31. One Japanese killed, another wounded in Mumbai shootings. Retrieved on November 26, 2008.
  32. 34.0 34.1 PTI (2008-11-27). "Nine foreigners die in terror attacks". mid-day.com. Diperoleh pada 2008-11-27. 
  33. "Mumbai: Italian killed in attack". ANSA. 2008-11-27. Diperoleh pada 2008-11-27. 
  34. Stevens, Andrew; Mallika Kapur, Harmeet Shah Singh, Saeed Ahmed, Sara Sidner, Alessio Vinci, Reza Sayah, Paula Newton (2008-11-29). "Indian official: Terrorists wanted to kill 5,000". CNN. Diperoleh pada 2008-11-30. 
  35. 37.0 37.1 37.2 37.3 "Rediff: Doctors shocked at hostages's torture". 
  36. Naughton, Philippe (2008-11-27). "British yachting tycoon Andreas Liveras killed in Bombay terror attacks". The Times. Diperoleh pada 2008-11-27. 
  37. http://www.hindu.com/2008/11/28/stories/2008112854911900.htm and http://web.archive.org/web/20110917183203/http://www.iht.com/articles/2008/11/27/asia/28mumbai.php
  38. The Associated Press ("1 day ago"). "2 French killed in Mumbai attacks identified". Google.com. Diarkibkan daripada asal pada 2008-12-01. Diperoleh pada 2008-11-29. 
  39. [http:http://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/128629] and [http:http://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/128629]
  40. Chabad rabbi, wife killed in Mumbai attacks by JTA Staff, Jewish Telegraph Agency (JTA), November 28, 2008.
  41. [http:http://www.israelnationalnews.com/News/News.aspx/128629]
  42. 44.0 44.1 44.2 "Indian victims include financier, journalist, actor's sister, police". CNN. 2008-11-30. Diperoleh pada 2008-11-30. 
  43. 45.0 45.1 45.2 45.3 "Three top cops die on duty". The Times of India. 2008-11-27. Diperoleh pada 2008-11-27. 
  44. Three rly men killed in CST encounter
  45. [1]
  46. Key developments in Mumbai terror attacks
  47. 49.0 49.1 India terror begins with corpses on train platform
  48. Of 58 killed at terminus, 22 were Muslims, The Times of India (December 3, 2008)
  49. Blakely, Rhys and Jeremy Pag. "Defiant Leopold café shows that Mumbai is not afraid". Diperoleh pada 30 November 2008. 
  50. http://www.timesonline.co.uk/tol/news/world/asia/article5260641.ece
  51. "Scores killed in Mumbai attacks". 
  52. "Fighting reported at Mumbai Jewish center". CNN. 2008-11-27. Diperoleh pada 2008-11-28. 
  53. http://www.taratv.com/national.php?task=full&newsid=4384
  54. "India under attack". The Economist print edition (The Economist). 2008-11-27. Diperoleh pada 2008-11-28. 
  55. "Mumbai terror kills 65". 
  56. "Encounter on at Nariman House in South Mumbai". 
  57. http://web.archive.org/web/20081204100914/http://www.iht.com/articles/ap/2008/11/28/news/ML-Israel-India.php
  58. http://www.thaindian.com/newsportal/politics/slain-nsg-commando-paid-tributes-at-special-ceremony-in-delhi_100125076.html
  59. TERROR TAKES OVER MUMBAI. The Statesman.
  60. http://news.yahoo.com/s/ap/20081130/ap_on_re_as/as_india_three_days_of_terror;_ylt=Av6QjVu3WBqaVaIH9i.lpL1vaA8F
  61. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan es tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan:

Templat:War on Terrorism