Serangan Xinjiang 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serangan Xinjiang 4 Ogos 2008
Serangan Xinjiang 4 Ogos 2008
Kashgar terletak di kawasan timur laut Wilayah Kashgar.
Lokasi berhampiran Kashgar, Xinjiang,
 Republik Rakyat China
Sasaran Polis
Tarikh 4 Ogos 2008
0800 (0000 GMT) –
Jenis serangan letupan, serangan berpisau
Kematian 16
Cedera 16
Pelaku didakwa Gerakan Islam Turkestan Timur

Serangan Xinjiang 2008 merupakan serangan ganas yang didalangi dua orang lelaki yang menyerang seangkatan pegawai polis yang tengah berjoging berhampiran bandaraya Kashgar, di Kawasan Autonomi Uyghur Xinjiang, China, pada 4 Ogos 2008, menyebabkan 16 orang polis terkorban.

Latar[sunting | sunting sumber]

Orang Uyghur merupakan kelompok etnik terbesar di wilayah Xinjiang yang pelbagai kaumnya, iaitu 45% jumlah penduduk. Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia seperti Amnesty International mendakwa ramai orang Uyghur telah ditindas, dipenjarakan, atau dipindah ke luar negara akhibat kehadiran tentera China.[1][2] Pendekatan pemisahan militan yang kadang-kadang diambil oleh pergerakan Uyghur telah menyebabkannya dipandang sebagai pergerakan yang boleh mengancam keselamatan,[3] khususnya Gerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) yang digolongkan sebagai pertubuhan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Antara kejadian-kejadian yang diakui bertanggungjawab oleh pertubuhan-pertubuhan "pergerakan kemerdekaan Turkestan Timur" termasuk pengeboman bas Kunming 2008, namun China menafikan pihak-pihak berkenaan yang mendalanginya.[4] Projek Hak Asasi Manusia Uyghur mendakwa bahawa China sering membesar-besarkan ancaman-ancaman demikian untuk dijadikan alasan menindas kaum Uyghur.[5]

Butiran[sunting | sunting sumber]

Dua orang penyerang terlibat dalam serangan berhampiran bandar raya Kashgar. Agensi Berita Xinhua menyatakan bahawa serangan berlaku kira-kira jam 08:00 (00:00 GMT), apabila seorang penyerang itu memandu lori sampah ke arah pegawai polis pengawal sempadan yang tengah berjoging di jalanan. Penyerang itu kemudian turun dari lori lalu mula menyerang para pegawai dengan bahan letupan buatan sendiri. Bahan letupan itu meletup terlalu awal lalu melecurkan sebelah lengannya. Penyerang yang satu lagi melemparkan alat letupan reka ganti ke arah pejabat polis berhampiran, lalu memasuki binaan dengan sebilah pisau tetapi akhirnya ditahan polis dalam kompleks. Kedua-dua dalang tersebut ditangkap dalam serbuan. 14 orang polis terkorban di tempat kejadian manakala dua orang lagi mati dalam perjalanan ke hospital; 16 orang lagi anggota polis tercedera, menurut laporan Xinhua.[6] Penyerang-penyerang itu dikenal pasti sebagai lelaki berbangsa Uyghur berusia 28 dan 33 tahun, serta dipercayai bahawa serangan ini merupakan tindakan keganasan oleh puak pemisan Turkestan Timur.[7]

Tidak lama kemudian, pihak polis berkata mereka menemui dokumen-dokumen yang menyeru perang suci, sebuah senjata buatan sendiri, dan sembilan bahan letupan[8]. Pihak polis berkata rekabentuk bahan-bahan letupan tersebut amat serupa dengan bahan-bahan letupan yang dibuat oleh ETIM ketika polis menyerbu pusat latihan kumpulan tersebut pada Januari 2007.[9] Jabatan keselamatan awam setempat Xinjiang turut menyatakan bahawa pihaknya telah dimaklumkan oleh perisikan bahawa kumpulan-kumpulan pergerakan kemerdekaan Turkestan Timur merancang untuk melakukan serangan ganas dalam minggu sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik. Kejadian ini berlaku empat hari sebelum bermulanya temasya sukan tersebut, setelah amaran berulang-ulang dikeluarkan kerajaan China bahawa militan dari kawasan Xinjiang sedang merancang serangan untuk mengganggu temasya Olimpik.[10]

Penahanan media[sunting | sunting sumber]

Pada waktu malam 4 Ogos, seorang jurukamera akhbar Tokyo Shimbun dan seorang wartawan TV Jepun, bersama dua orang wartawan media Hong Kong yang membuat liputan berhampiran balai polis ditahan oleh Polis Bersenjata Rakyat. Kedua-dua wartawan Hong Kong tersebut tidak diapa-apakan, namun wartawan Jepun pula menerima tumbukan. Keempat-empat mereka dibebaskan setelah dua jam ditahan.[11] Kerajaan Jepun membantah tindakan China tersebut, namun tidak mengeluarkan kenyataan rasmi kerana tiada pengesahan.[12] Pegawai China di Kashgar telah memohon maaf atas peristiwa ini, namun tetap menuduh dua orang tersebut kerana melanggar undang-undang.[13]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Amnesty International Report 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-18. Dicapai pada 2008-08-05.
  2. ^ "State Department report highlights human rights abuses against Uyghurs"
  3. ^ "Q&A: China and the Uighurs". Dicapai pada 2008-08-05.
  4. ^ "China confident of safe Olympics". Dicapai pada 2008-08-05.
  5. ^ "Rebiya Kadeer expresses her wish for a peaceful Beijing Olympics, and urges Beijing to cease its harsh repression of Uyghurs"
  6. ^ "Chinese border assault kills 16". Page last updated at 19:22 GMT, Monday, 4 August 2008 20:22 UK. Dicapai pada 2008-08-05. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ "Two suspected terrorists identified in W China's Xinjiang". Xinhua News Agency. 2008-08-04. Dicapai pada 2008-08-04.
  8. ^ (Cina) 喀什恐怖襲擊部署一個月
  9. ^ "China tightens security following deadly attack". August 5, 2008. Dicapai pada 2008-08-05. Text "publisherCBC" ignored (bantuan)
  10. ^ "At least 16 policemen reportedly killed in bomb attack". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-11. Dicapai pada 2008-08-05.
  11. ^ (Jepun) [1]
  12. ^ (Cina) [2]
  13. ^ "China confident of safe Olympics", BBC News Online