Pengeboman Lahore Mac 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Serangan bom Lahore Mac 2010)
Serangan bom Lahore Mac 2010
Serangan bom Lahore Mac 2010
Lokasi Lahore, Pakistan
Tarikh 8 & 12 Mac 2010
0810 8 Mac – 1300 12 Mac[1] (UTC+5)
Kematian 72+[2]
Cedera 190+
Pelaku didakwa Tehrik-i-Taliban Pakistan[3]

Serangan bom Lahore 2010 terjadi di Lahore, Pakistan pada 8 Mac dan 12 Mac 2010. Dua kumpulan pengebom berani mati meletupkan bom ke atas agensi kerajaan dan kenderaan tentera Pakistan.[4] Lahore bandar kedua besar di Pakistan, dihuni 6 juta penduduk.

8 Mac[sunting | sunting sumber]

Pengeboman 8 Mac merupakan pengeboman berani mati di Lahore, Pakistan yang membunuh 13 orang dan mencederakan 90 lagi.[5] Sebuah bangunan agensi kerajaan turut runtuh.

12 Mac[sunting | sunting sumber]

Pengeboman 12 Mac menyebabkan 59 orang maut dan sekitar 100 yang lain cedera.[6][7] Ketua Polis Lahore, Parvaiz Rathore melaporkan 10 askar turut terbunuh. Lokasi sasaran ialah Royal Artillery Bazaar, kawasan kediaman dan perdagangan yang menempatkan kelengkapan pasukan tentera. GEO TV, Pakistan menyiarkan klip pendek video yang dirakam dengan telefon bimbit.[4]

Motif[sunting | sunting sumber]

Militan Taliban dan al-Qaeda di Pakistan disyaki bertanggungjawab. Tentera Amerika Syarikat bersekutu dengan tentera Pakistan memburu Taliban di sempadan Pakistan - Afghanistan.[4]

Tehrik-i-Taliban Pakistan mengaku melakukan serangan bom pada 8 Mac dan 12 Mac 2010.[3] Lashkar-e-Jhangvi dilaporkan turut mengaku melancarkan serangan 12 Mac.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saeed Shah (12 Mac 2010). "Lahore bombing is Pakistan's bloodiest this year". The Guardian. London, UK. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  2. ^ "Toll in Lahore suicide attacks rises to 57". IBNLive. 13 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-11. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  3. ^ a b Omer Farooq Khan (13 Mac 2010). "7 blasts hit Lahore; 45 killed, Pak Taliban claim responsibility". The Times of India. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  4. ^ a b c 2 Letupan berani mati di Lahore, 45 maut Utusan Online. 13 Mac 2010.
  5. ^ Omer Farooq Khan (8 Mac 2010). "Terror revisits Lahore; 13 dead, 75 hurt". The Times of India. Dicapai pada 12 Mac 2010.
  6. ^ a b Muhammad Aayan (13 Mac 2010). "Taliban dare Lahore". The Daily Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-13. Dicapai pada 13 Mac 2010.
  7. ^ "Death toll in Lahore twin suicide bombing touches 59". DNA. 13 Mac 2010. Dicapai pada 14 Mac 2010.