Serban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The 17th century Muslim Mogul Emperor Shah Jahan
Serban / turban yang dipakai di Malaysia

Serban ialah sehelai kain panjang penutup kepala berbentuk bulat menutup separuh atas kepala . Di Turki dipanggil tülbent .

Serban ialah istilah yang digunakan di Malaysia yang bermaksud penutup kepala dan dianggap suci, tidak boleh dipijak sewenang-wenangnya. Ini adalah sebagai menghormati kepala sama seperti pantang duduk di atas bantal kerana hormat kepala.[1] Di Malaysia , kebiasaannya ia hanya dipakai oleh mereka yang baru balik mengerjakan haji . Namun dekad terakhir ini ramai kelompok dari Jemaah Tabligh dan Al Arqam turut memakai serban sebagai mengikuti sunnah.

Perspektif Islam[sunting | sunting sumber]

Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, tapi tak boleh ketika dalam ihram. Salah satu cara menutup kepala adalah dengan memakai serban bagi kaum lelaki, yang juga merupakan pakaian Sunnah yg khusus. [2] Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada "kopiah". Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yg lain. Tapi Nabi saw membezakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah. (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti)

Pada zaman rasullulah, ahklak-nya, cara makan-minum, pergaulan-nya, pakaian-nya menjadi ikutan para sahabat-sahabat, sahabat kepada sahabat atau lebih jelas dari tabi'in-tabi'in, hingga ke hari ini.

Riwayat mengenai serban yakni warna, panjang/saiz terdapat dalam Syama'il Tarmidhi atau kitab2 lain seperti yang telah dikeluarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya ditulis oleh Mufti E.Bemat.

Berdasarkan kisah-kisah Nabi Muhammad, memang ada mengisahkan Nabi memakai serban. Antaranya ketika Nabi Muhammad pulang ke rumah dan mengetuk pintu memberi salam sebanyak 3 kali, tetapi isteri baginda iaitu Aisyah tidak menjawab salam, lalu baginda tidur diluar rumah dengan berbantalkan serbannya. Keesokan hari Aisyah terkejut dengan Rasulullah yang tidur di luar rumah..

Kisah lain, ada seekor kucing tidur di atas serban Rasulullah tetapi Nabi tak rentap serban itu kerana tidak mahu mengganggu kucing yang sedang tidur itu. Malah baginda memotong serbannya itu.

Mereka yang melarang atau menghalang seseorang itu daripada mengamalkan sesuatu sunnah Rasullullah SAW, seperti memakai serban itu dengan rela hatinya, tanpa apa-apa tekanan, ancaman atau paksaan, bolehlah dianggap sebagai membencinya. Dan dalam satu hadis, Rasullullah menyingkirkan mereka yang membenci sunnahnya daripada golongan yang mengikuti Rasullullah dengan perkataan ".. maka bukanlah ia dari golonganKu."

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa mereka yang secara berterang-terangan memusuhi sunnah Rasullullah dianggap kafir.[3]

Bentuk serban yang dipakai oleh orang Islam tidak seragam. Serban yang dipakai oleh orang Afghanistan lebih besar dan tebal berbanding dengan orang Islam di Malaysia. Antara lain ini mungkin disebabkan faktor cuaca.

Penggunaan serban di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, murid Islam di sekolah kerajaan adalah dilarang memakai serban. Pada November 23, 2004 Hakim mahkamah rayuan, Gopal Sri Ram, mengesahkan keputusan guru besar Fatimah Sihi[4], yang menyingkirkan tiga murid Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan pada 10 November 1997 kerana memakai serban. Mereka berusia antara 10 - 13 tahun. Mahkamah memutuskan bahawa ia merupakan masaalah displin murid enggan mengikuti peraturan sekolah. [1] [2] [3]

Serban Yahudi[sunting | sunting sumber]

Serban Ibrani

Serban sikh[sunting | sunting sumber]

Seorang Sikh memakai serban / turban

Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi di seluruh dunia turut memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal , lonjong dan seragam bentuknya. Di sesetengah tempat , serban yang dipakai oleh penganut Sikh / Punjabi dipanggil turban atau dastar.

Kain serban yang dipakai sepanjang 5 meter. Di Amerika Syarikat, Kanada , Eropah dan lain-lain, mereka yang memakai serban dianggap sebagai penganut agama Sikh. Serban di kalangan penganut Sikh amat berkait dengan kepercayaan dan wajib dipakai .

Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama rambut yang panjang mudah diurus. Tetapi orang prempuan tidak perlu memakai serban.

Di Rajasthan, India ada banyak gaya memakai serban . Setiap 15 km perjalanan, anda akan dapati bentuk serban yang berbeza.

Sementara itu pihak Gabungan Sikh (SC) mengecam tindakan itu kerana bertentangan dengan semangat kepelbagaian agama yang menjadi antara asas penubuhan Amerika Syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sup untuk santapan rohani remaja By Azam Md. Atan.
  2. CHAPTER ON THE TURBAN OF SAYYIDINA RASOOLULLAH SALLALLAHU ALAIHE WASALLAM
  3. Energi Zikir dan Salawat Nabi By Syekh M. Hisyam Kabbani.
  4. The Serban Case: Full Judgment delivered by Datuk Abdul Hamid Mohamad FCJ

Pautan luar[sunting | sunting sumber]