Serdang, Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Serdang)
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain bagi Serdang, sila ke Serdang (nyahkekaburan).

Serdang merupakan sebuah pekan di daerah Petaling, Selangor. Ia terbahagi kepada Serdang Lama dan Serdang Baharu. Serdang terletak di selatan Kuala Lumpur kira-kira 15 km melalui Lebuhraya Sungai Besi. Serdang terletak berdekatan dengan Balakong di timur dan Seri Kembangan di utara.

[sunting] Cara ke sana

Selain menggunakan Lebuhraya Sungai Besi, Serdang juga terletak bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan, di antara Kuala Lumpur dan Bangi. Selain itu, terdapat juga landasan kereta api yang digunakan oleh KTM Komuter.

[sunting] Muka bumi

Muka bumi Serdang agak rata. Di tenggaranya ada Bukit Serdang setinggi kira-kira 588 kaki.

Sebuah lombong bijih timah yang dikenali sebagai Mong Fatt Mines satu ketika dahulu telah dimajukan sebagai Mines Wonderland di Seri Kembangan. Di lombong inilah sebahagian kuli Cina dari Serdang dan Sungai Besi bekerja sebagai pelombong, jenis lombong dedah yang sangat dalam.

Di sebelah barat terdapat Bukit Jeli (562 kaki) dan Bt Gajah Estet. Di barat laut Serdang ada Choong Keow Estet dan Kebun Percubaan yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan