Seremban (daerah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta menunjukkan di mana Daerah Seremban di Negeri Sembilan.

Daerah Seremban merupakan salah satu daripada 7 daerah di Negeri Sembilan. Dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Negeri Sembilan iaitu Bandar Seremban. Daerah Seremban terletak di Bahagian Utara Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Di dalam daerah ini terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) termasuk 12 JKKK Kampung Baru.[1]

Berdasarkan Data Penduduk 2010, terdapat 541 286 penduduk di dalam daerah Seremban pada tahun 2010 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.45%. [2]

Sejarah Bandar Seremban[sunting | sunting sumber]

Buku Negeri Sembilan dan Sejarahnya yang ditulis oleh Abdul Samad Idris.

Nama asal bandar Seremban ialah Sungai Ujung. la juga dikenali sebagai Seng Hyang Ujung, Saing Ujung atau Semujung. Kebanyakkan nama-nama tersebut ada dinyatakan' dalam 'JMBRAS' Vol.22. Part ii 1949. Bandar seremban ini terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian selatan Bandar Seremban tersebut.

Di dalam sebuah buku yang bertajuk Negeri Sembilan Dan Sejarahnya, terdapat beberapa cerita bagaimana bandar Seremban mendapat nama. Buku tersebut telah dikarang oleh Abdul Samad Idris.[3]

Pihak berkuasa tempatan[sunting | sunting sumber]

Kawasan bandar[sunting | sunting sumber]

Kawasan Majlis Perbandaran Seremban (MPSNS)[sunting | sunting sumber]

Kawasan Majlis Perbandaran Nilai (MPN)[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kawasan daerah Seremban
  2. Data Penduduk 2010
  3. Sejarah daerah Seremban