Seri Iskandar
Bandar Baru Seri Iskandar terletak berdekatan dengan Bota atau Bota Kanan dan Tronoh di negeri Perak Darul Ridzuan. Bandar baru ini wujud berikutan pembinaan Universiti Sains Malaysia cawangan Perak. USM Cawangan Perak ini kemudian ditukar kepada Universiti Teknologi Petronas.
Seri Iskandar merupakan ibu daerah bagi daerah Perak Tengah pada masa kini
Isi kandungan |
[sunting] Asal nama
Bandar Baru Seri Iskandar diambil daripada nama Sultan Perak yang bernama Sultan Iskandar Shah. Sultan ini cukup termasyhur di kalangan penduduk negeri Perak kerana begitu prihatin dengan nasib rakyat sebelum Perang Dunia II. Ramai orang tua-tua terutama di Hilir Perak menyebut-nyebut tentang sultan Perak ini. Mereka menyebutnya sebagai "Sultan Iskando".
Baginda menjadi Sultan Perak dari 26 Oktober 1918 hingga 14 Okt 1938. Nama penuh baginda ialah Sultan Iskandar Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah. Baginda dilahirkan pada 1881 dan mangkat pada 1938.
Dalam Sejarah Melayu nama 'Iskandar' muncul dari nama Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain menakluk 1/3 bumi ini dan disebut namanya beberapa kali dalam al Quran. Menurut versi Al Quran, Iskandar Zulkarnain adalah seorang Islam.
Semasa pemerintahan Sultan Iskandar, tidak ada Menteri Besar Perak. Pentadbiran banyak ditadbir oleh Residen British. Antaranya ialah :
- 1919 - 1920 George Maxwell
- 1920 - 1921 William James Parke Hume
- 1921 - 1926 Cecil William Chase Parr
- 1926 - 1927 Oswald Francis Gerard Stonor
- 1927 - 1929 Henry Wagstaffe Thomson
- 1929 - 1930 Charles Walter Hamilton Cochrane
- 1931 - 1932 B.W. Ellis
- 1932 - 1939 G.E. Cater
Sila lihat Senarai nama Sultan Perak, Senarai Residen British di Perak
[sunting] Pendidikan
- Sekolah Menengah Teknik, Bandar Baru Seri Iskandar, 32600 Bota
- Universiti Teknologi Petronas, Bandar Baru Seri Iskandar, 31750 Tronoh
- Kolej Profesional Mara, Jln Tronoh - Bota, Bandar Baru Seri Iskandar, 32600 Bota
- Institut Kemahiran Belia, Bandar Baru Seri Iskandar, 32600 Bota
- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Bandar Baru Seri Iskandar, 32600 Bota
- SMK Seri Iskandar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah
[sunting] Bank
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), Taman Maju, Seri Iskandar, 32610, Bandar Seri Iskandar, Perak
- Bank Islam Malaysia Bhd, Bandar Universiti, Seri Iskandar, 32610, Bandar Seri Iskandar, Perak
- Bank Pertanian Malaysia, Ground Floor, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Perak Tengah, Bandar Baru Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak
- Perunding Takaful Darul Iqra Enterprise, No.19A, Jalan PP1, Bandar Universiti Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak (05-3656682)
- Syarikat Takaful Malaysia Bhd, 8A, Jln Utama, Seri Iskandar Utama, 32610, Seri Iskandar, Perak
- CIMB Cawangan Mini Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, 31750, Tronoh, Perak
- Pejabat Pos Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak
- ATM Maybank Bhd, Stesen Minyak Petronas Daerah Perak Tengah, Bandar Universiti, Seri Iskandar, 31750, Tronoh, Perak
- ATM Bank Simpanan Nasional (BSN), Bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Utama, UiTM Perak, 32610, Seri Iskandar, Perak.
[sunting] Felcra
- FELCRA Bhd, No. 4, Rumah Kedai Fasa 1A, Jln Tronoh Km 37, Desa Seri Iskandar, 32600 Bota
[sunting] Koperasi
- Koperasi Kakitangan Itm Perak Bhd
- Koperasi Nasaruddin (B) Bhd
- Koperasi Orang-Orang Melayu Kerajaan Skomk Hp Bhd
- Koperasi Peneroka-Peneroka Felcra Nasharuddin