Seri Kembangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seri Kembangan ialah sebuah bandar baru yang pesat membangun di Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Seri Kembangan merangkumi kawasan dari Balakong, Taman Lestari Perdana dan Taman Serdang Raya(bersebelahan Taman Puncak Jalil dan Bukit Jalil) hingga ke Bandar Putra Permai / Taman Equine dan Taman Lestari Putra (bersebelahan Saujana Puchong). Seri Kembangan terletak berdekatan dengan Putrajaya ,Sungai Besi dan Puchong. Majoriti penduduk di sini berbangsa Cina pada asalnya, namun kini semakin ramai bangsa Melayu yang tinggal di sini.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Kawasan Seri Kembangan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Kawasan ini terletak berdekatan pusat pentadbiran Kerajaan Perseketuan di Putrajaya dan tidak jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur dan KLIA . Kedudukannya ialah kira-kira 25 kilometer dari Kuala Lumpur manakala perjalanan dengan menggunakan komuter KTM dari Stesen keretapi Serdang ke stesen kereta api Kuala Lumpur mengambil masa 30 minit dengan bayaran RM 1.80 bagi dewasa manakala kanak-kanak pula ialah RM0.90. Ia merangkumi kawasan petempatan iaitu Taman Serdang Raya, Taman Sungai Besi Indah, Taman Bukit Serdang dan lain-lain lagi.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Seri Kembangan dijadikan pusat perniagaan kerana terdapat pelbagai kompleks membeli-belah seperti Mines Shopping Fair, Jusco Taman Equine, Giant Seri Kembangan dan South City Plaza. Selain itu, ia menjadi pusat pendidikan dengan tertubuhnya Sekolah Antarabangsa Malaysia Australia (AISM) di Jalan Anggerik, The MINES Resort City. Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Alice Smith School juga terletak di sini. Saban tahun, penganjuran pameran pertanian MAHA oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah menarik ramai pengunjung sekaligus mempopularkan Seri Kembangan.

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai cara untuk pergi ke sini. Antaranya ialah melalui bas Rapid KL dan juga boleh turun di Stesen Komuter Serdang. Pembinaan lebuh raya dapat mempercepatkan pejalanan ke sini di samping dapat menghubungkan ke bandar-bandar lain seperti Puchong, Kajang dan Putrajaya.

Seri Kembangan dihubungkan dengan lebuhraya - lebuhraya seperti Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya BESRAYA, Lebuhraya South Klang Valley Expressway (SKVE) ,Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan lebuhraya cadangan Serdang - Kinrara- Putrajaya (SKIP).

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • www.internationaleducationmedia.com/malaysia/aism.htm

Pautan luar[sunting | sunting sumber]