Seri Manjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seri Manjung merupakan sebuah bandar baru yang dibina dalam daerah Manjung, negeri Perak, Malaysia. Seri Manjung dibangunkan bagi menyokong pembangunan Pelabuhan Lumut dan Setiawan pada awal tahun 1980-an. Ketika itu, pangkalan tentera laut Malaysia di Woodland, Singapura hendak dipindahkan ke Lumut. Bagi menampung keperluan tersebut, IKM dan UiTM Manjung telah dibina di Seri Manjung. Manjung juga dibangunkan menjadi Majlis Perbandaran Manjung melalui akta 1974.

Sebahagian besar kawasan Manjung ini merupakan kawasan Dinding, yang namanya telah tenggelam kerana tidak sesuai. Nama Dinding, Lumut dan Parit menjadi bahan jenaka pelawak A.R. Badul dan R. Jaafar.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.