Seri Menanti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Istana Besar Seri Menanti

Seri Menanti adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani.

Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti. Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi. Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka.[perlu rujukan]

Bangunan menarik[sunting | sunting sumber]

Istana Lama Seri Menanti
  • Istana Besar Seri Menanti - kediaman rasmi Yamtuan Besar Negeri Sembilan.
  • Istana Seri Menanti merupakan istana yang bercirikan binaan Minangkabau. Kerajaan Negeri Sembilan berusaha menjadikan Istana lama Seri Menanti ini sebagai Tapak Warisan Dunia dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO).
  • Masjid Diraja Tuanku Munawir berdekatan Istana Seri Menanti.
  • Makam Diraja Seri Menanti
  • Balai Polis Seri Menanti
  • Pejabat Pos Seri Menanti

Pautan luar[sunting | sunting sumber]