Seri Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seri Perdana
Bangunan
Bandar Putrajaya
Negara Malaysia
Koordinat 2°57′06″U 101°41′23″T / 2.9516°U 101.6896°T / 2.9516; 101.6896
Pembinaan
Dimulakan 1997
Diselesaikan 1999

Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia yang terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seri Perdana terletak di tepi tasik Putrajaya. Tempat ini kini didiami oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Isi kandungan

[sunting] Fungsi

Kompleks Seri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia dan tempat menyambut serta meraikan majlis-majlis bersama Ketua-ketua negara, Ketua-ketua Kerajaan, Pembesar-pembesar negeri dan orang ramai.

[sunting] Sejarah

Bangunan ini dibina pada 1997 dan siap pada 1999, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman. Penghuni pertama kediaman ini ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya, kompleks ini mencerminkan keunggulan seni bina, landskap dan reka bentuk yang menggabungkan warisan sejagat reka bentuk Melayu, Islam dan Eropah.

[sunting] Lakaran Dalaman

Seri Perdana mempunyai bahagian-bahagian seperti berikut:-

  • Dewan VIP l
  • Dewan Mesyuarat
  • Surau
  • Dewan Bankuet
  • Rumah Utama Perdana Menteri
  • Pejabat Pentadbiran
  • Rumah Quarters
  • Taman Selatan
  • Taman Utara

Selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat, bahagian-bahagian tertentu Seri Perdana iaitu Blok Protokol dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain