Seter merah dan putih Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seter merah dan putih Ireland
Irish Red And White Setter 2005.jpg
Nama ringkas Irish R&W Setter
IRWS
Negara asal Ireland
Ciri
Berat 50 hingga 70 lb (23 hingga 32 kg)
Tinggi Jantan 24–26 in (61–66 cm)
Betina 22.5–24 in (57–61 cm)
Warna Merah dan putih
Jangka hayat 10–12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Seter merah dan putih Ireland (Bahasa Inggeris: Irish red and white setter) ialah satu baka anjing, lebih tertentu, satu baka seter. Seperti semua seter dan anjing penuding, ia dikelaskan sebagai gundog di United Kingdom dan termasuk dalam kumpulan sukan di Amerika Syarikat dan Kanada. Ia secara virtual sama kegunaannya dan perangainya dengan seter Ireland dan sepupu seter lainnya, seter Gordon dan Inggeris, tetapi lebih kerap dijumpai sebagai gundog pekerja.

Tujuan asal baka ini adalah untuk memburu buruan burung. Di United Kingdom, buruannya mungkin merupakan partridge atau grouse, kuang, ptarmigan, blackgame, berkek atau woodcock kerana semua burung ini cuba mengelak pemangsa dengan bersembunyi daripada terbang pergi. Anjing burung luar negeri digunakan untuk memburu puyuh, burung grouse willow, burung grouse pasir, ayam mutiara, sagehen, francolin.

Sungguhpun baka ini berasal usul awal, ia hampir pupus sehingga pembiak baka khas mendapat minat dan memulihkan seter merah dan putih Ireland kepada kedudukan berdaya hidup. Ia masih berada di kedudukan rentan tetapi telah memperoleh pengiktirafan daripada semua kelab kenel utama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Kutipan

Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]