Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan ketua Sekretariat PBB. Jawatan ini dianggap sebagai pemimpin PBB dan pangkat diplomatik yang tertinggi di dunia. Setiausaha Agung kini ialah Ban Ki-moon dari Korea Selatan. Beliau menggantikan Kofi Annan pada 1 Januari 2007.

Setiausaha Agung Ban Ki-moon.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Agung merupakan ketua Sekretariat, iaitu badan eksekutif PBB. Di samping itu, beliau ialah orang tengah dalam penyelesaian pertikaian-pertikaian diplomatik.

Setiausaha Agung dipilih setiap lima tahun. Pencalonan Setiausaha Agung dilakukan oleh Majlis Keselamatan, manakala Perhimpunan Agung PBB melantik seorang daripada calon-calon ini melalui perundian. Setiausaha Agung dilantik untuk tempoh lima tahun. Biasanya Setiausaha Agung berkhidmat selama dua penggal.

Setiausaha-setiausaha Agung[sunting | sunting sumber]

# Setiausaha Agung Tahun berkhidmat Negara asal Nota
Gladwyn Jebb 24 Oktober 1945
1 Februari 1946
United Kingdom United Kingdom
(Utara Eropah & Sekitar)
Pemangku Setiausaha Agung
1 Trygve Lie 1 Februari 1946
10 November 1952
Norway Norway
(Utara Eropah & Sekitar)
Meletak jawatan
2 Dag Hammarskjöld 10 April 1953
18 September 1961
Sweden Sweden
(Utara Eropah & Sekitar)
Meninggal dunia dalam kemalangan
3 U Thant 30 November 1961
31 Disember 1971
Flag of Burma (1948-1974).svg Myanmar
(Asia)
Bersara
4 Kurt Waldheim 1 Januari 1972
31 Disember 1981
Austria Austria
(Barat Eropah)
5 Javier Pérez de Cuéllar 1 Januari 1982
31 Disember 1991
Peru Peru
(Amerika Selatan & Amerika Tengah)
6 Boutros Boutros-Ghali 1 Januari 1992
31 Disember 1996
Mesir Mesir
(Mesir & Timur Tengah)
7 Kofi Annan 1 Januari 1997
31 Disember 2006
Ghana Ghana
(Afrika)
Bersara
8 Ban Ki-moon 1 Januari 2007
31 Disember 2016
Korea Selatan Korea Selatan
(Asia-Pasifik)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]