Setsubun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perayaan Setsubun di Kuil Tokuan.
Barang-barang untuk Setsubun dijual di pasar raya

Setsubun (節分,?, Perayaan Membaling-Kacang atau Upacara Mencampak-Kacang) adalah suatu perayaan Jepun yang dirayakan sehari sebelum bermulanya sebuah musim. Setsubun selalunya dirayakan sebelum musim bunga dan dipanggil Risshun dan dirayakan setiap 3 Februari.[1]

Setsubun pada lazimnya dirayakan oleh seorang ketua keluarga yang akan mencampak biji kacang yang telah dipanaskan ke luar rumah sambil meneriak, "Oni wa soto! Fuku wa uchi!" (鬼は外! 福は内!). Makna kata-kata tersebut adalah, "Keluar makhluk jahat! Masuk rezeki yang melimpah!". Biji-biji ini dipercayai dapat membersihkan rumah dari elemen-elemen yang tidak dikehendaki.

Rujukan[sunting | sunting sumber]