Shōjo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Shōjo atau shoujo (少女?) ialah istilah petikan bahasa Jepun untuk menghuraikan karya manga dan anime yang ditujukan kepada golongan perempuan antara usia 13 dan 18 tahun. Istilah ini merupakan perumian bagi 少女 dalam bahasa Jepun, secara harfiahnya gadis muda. Genre ini distereotaip dengan cerita-cerita penuh melodrama yang mengisahkan asmara dengan watak utama yang berjantina perempuan, serta dilukis dalam gaya yang menjalir di mana watak-watak jelita dengan mata yang besar dan dilukis dengan rumit dikelilingi bunga, bintang, dan/atau buih-buih secara spontan. Namun begitu, karya-karya shōjo meliputi selingkungan tema yang besar, dari drama bersejarah hinggalah sains fiksyen dan tidak semestinya semua melekat pada kepekaan atau kebiasaan kesenian yang sama. Kesimpulannya, shōjo bukanlah suatu genre atau gaya, sebaliknya merupakan satu demografik.