Shah Rezza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Shah Rezza
Yang Mulia Tengku Sri Kelana D'Raja
Tengku Sri Kelana D'Raja
TempohApril 2022 - kini
Pelantikan12 November 2022
Didahului olehRaja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah
KeputeraanRaja Shah Zurin bin Raja Aman Shah
(1961-01-26) 26 Januari 1961 (umur 63)
Nama diraja
Dato' Sri Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah
KerabatKesultanan Perak Kesultanan Kelantan
AgamaIslam
PekerjaanPelakon
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Pengkarya berkait


Yang Mulia Tengku Sri Kelana D'Raja Dato’ Sri Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah atau lebih dikenali sebagai Shah Rezza (diputerakan 26 Januari 1961) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau meraih kemasyhuran dalam kerjaya lakonan pada tahun 1980-an, dan terkenal dengan filem termasuk Ali Setan (1985), Marah-Marah Sayang (1987) dan Kolej 56 (1989).[1]

Kemunculan beliau dalam bidang lakonan, sezaman dengan Sabree Fadzil, Ridzuan Hashim, Mustapha Kamal, Liza Abdullah, Ogy Ahmad Daud dan Raja Noor Baizura.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau diputerakan pada 26 Januari 1961 dan merupakan anakanda bongsu daripada dua orang adik-beradik.[3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shah Rezza memulakan kerjayanya sebagai model pada usia 14 tahun pada 1970-an.

Beliau kemudian memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1981 menerusi filem Mangsa. Hanya pada 1985, beliau mula dikenali menerusi filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Kemudian beliau muncul bersama Dato' M. Nasir dan Pyan Habib menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani pada 1986. Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan hiburan sukaramai iaitu Muzik Muzik terbitan TV3 bersama Habibah Yusof pada tahun 1986.

Beliau muncul dalam rancangan hiburan RTM iaitu Mekar Sejambak dan Hiburan Minggu Ini bergandingan dengan antara lainnya Uji Rashid dan Ahmad Fauzee. Dalam tahun 1987, beliau muncul dalam tiga filem—Marah-Marah Sayang, Balik Kampung dan Jejaka Perasan. Beliau paling dikenali menerusi filem Kolej 56 arahan dan lakonan Ahmad Fauzee dan dibintangi bersama Salwa Abdul Rahman.

Pada tahun 1997, beliau melangkah ke bidang muzik sebagai penerbit album kompilasi berjudul Pedoman, yang menampilkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan oleh Nassier Wahab, Ebby Saiful, Ahmad Fauzee dan Syed Sobrie.

Shah Rezza mengembangkan kepintaran perniagaannya dengan menubuhkan syarikatnya sendiri, Nusantara Gems, yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.[5]

Sejak 2006, beliau telah menganjurkan Festival Fesyen Islam Antarabangsa tahunan, bagi meraikan fesyen tradisional dan moden, dan gabungannya dengan tema Islam.[6][7]

Beliau menerbitkan album berjudul Pedoman 2 pada 2013, mengandungi lagu yang dicipta dan ditulis oleh Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Melly Goeslaw, S. Atan dan Akbar Nawab.[8]

Shah Rezza memegang watak sebagai Dato’ Azizan dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[9]

Selain kerjaya lakonannya, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan bernama Maharani D’Rimba Cafe dan Maison Raja Rezza yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.[10]

Shah Rezza juga merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Sultan Kelantan (YSK).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dato' Sri Shah Rezza berasal dari Kerabat Diraja Perak dan dibesarkan oleh keluarga bonda tirinya, YBM Dato' Hajah Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra di Kelantan.[11][12] Beliau merupakan sepupu kepada KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.[13]

Ayahanda beliau, YM Tengku Sri Kelana D'Raja Kolonel (B) Dato' Raja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah meninggal dunia pada 26 Januari 2018.[14]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1981 Mangsa Filem pertama
1985 Ali Setan Jali
1986 Kembara Seniman Jalanan Fareez
Ali Setan 2 Jali
Balik Kampung Razak
Jejaka Perasan Agus
1987 Marah-Marah Sayang Rosdin
1988 Antara Dua Hati Joe
1989 Kolej 56 Tengku Kamil
1990 Hati Bukan Kristal Zain
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Pembesar Istana III
2021 J2: J Retribusi Majid

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Memori Cinta Suraya Hakim Astro Prima
Tuan Anas Mikael Pak Hamid Astro Ria
2016 Lara Aishah Farouq Astro Prima
Isteri Tuan Ihsan Dr Amin Astro Ria
2017 Dendam Aurora Feroz Astro Prima
Mr. London Miss Langkawi Encik Azman Mediacorp Suria
2018 Cinta Tiada Ganti Dato' Azizan Astro Prima
Alamatnya Cinta Tuan Herman Astro Ria
2019 Jodoh-Jodoh Annisa Hatta Astro Prima
2020 Biar Mereka Cemburu Tengku Alaudin Astro Ria
Dua Takdir Cinta Yusof Astro Prima
2021 Hati Yang Dikhianati Doktor Aman/Akhmal Mansur
Ayat-Ayat Halal Pak Ali TV2
Suara Hati Haji Johari Astro Prima
Shah Alam 40000 Datuk Sri Yahya TV3
2022 Bila Hati Memilih Dia Ayah Adra
Bisik Bisik Gelora Hamid
Cinta Buat Dara Harun
Dia Yang Ku Jadikan Suami Dato Adham Astro Ria
Terima Kasih Cinta Tan Sri Rashid TV3
Kerana Cinta Itu Ada Encik Nazri
2023 Bukan Cinta Sempurna Tuan Budi Astro Ria
Luruhnya Bunga Cinta Tan Sri Izzam TV3
2024 Jendela Hati Dato Lutfi Viu
Luruhnya Bunga Cinta 2 Tan Sri Izzam TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1988 Harimau Miau-Miau Amran TV1
2015 Cinta Qasidah Engku Zunur Astro Ria
2017 Siapa Dia Sebenarnya TV3
2024 Kau Takdirkan Bersama Raya Pak Leman

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1987 Mekar Sejambak TV1
Hiburan Minggu Ini

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Maklumat album
Pedoman[15]
Pedoman 2[16]

Gelaran dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Raja Shah Zurin
Gaya panggilan Yang Mulia
Gaya pertuturan Yang Mulia
Gaya pilihan Tengku

Pada bulan April 2022, Dato’ Sri Shah Rezza telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Sri Kelana D’Raja oleh sepupunya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Shah Rezza mahu aktif semula pada usia 52 tahun". Perak Today. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  2. ^ Amirah Amaly Syafaat (15 Februari 2015). "Berlokek demi wayang kulit". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  3. ^ "Shah Rezza - 2015 tahun melaksanakan impian". Hiburan Online Malaysia. 19 April 2015. Dicapai pada 3 September 2021.
  4. ^ Zaidi Mohamad (29 Ogos 2020). "Mitos lama karya akhir". Berita Harian. Dicapai pada 26 Julai 2021.
  5. ^ "About Us". Nusantara Gems. 13 July 2014. Dicapai pada 24 August 2021.
  6. ^ "Founder & Chairman". ISLAMIC FASHION FESTIVAL. 19 August 2015. Dicapai pada 24 August 2021.
  7. ^ "Akui tidak menyesal". Utusan Malaysia. 19 Februari 2015. Dicapai pada 31 Julai 2018. Shah Rezza kembali berlakon untuk kenal industri.
  8. ^ "Laungan Azan Buka Hati Dato' Rezza Shah Teruskan 'Pedoman 2'". Malaysian Digest. 5 Ogos 2013. Dicapai pada 27 Ogos 2018.
  9. ^ (12 Julai 2018). Cubaan cetus fenomena Harian Metro. Diperoleh pada 27 Julai 2018.
  10. ^ [1]
  11. ^ "Sporting, Berjiwa Seni & Berbakat Besar, Ini Senarai SELEBRITI MALAYSIA Yang Berketurunan Diraja". NONA. 13 Jun 2018. Dicapai pada 2 September 2021.
  12. ^ "2015, tahun melaksanakan impian". Utusan Malaysia. 16 April 2015. Dicapai pada 31 Julai 2018. Shah Rezza atur pelbagai rancangan.
  13. ^ Dennis Chua (10 Mac 2018). "Passion for Kelantan's heritage". New Straits Times. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  14. ^ Aida Rismariza Kamarudin (26 Januari 2018). "Bapa Shah Rezza meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  15. ^ Pedoman (catatan media). Pelbagai artis. Ambang Klasik. 1997.CS1 maint: others (link)
  16. ^ Pedoman 2 (catatan media). Pelbagai artis. Nusantara Gems. 2013.CS1 maint: others (link)
  17. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
  18. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
  19. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
  20. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-08-24.
  21. ^ https://istiadatdiraja.org/semakan-penerima-darjah-kebesaran-bintang-dan-pingat/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]