Shah Alam
Artikel ini berkenaan dengan Bandaraya Shah Alam, sebuah bandaraya di Malaysia. Untuk maklumat berkenaan dua (2) orang Maharaja Mughal, sila lihat Shah Alam I dan Shah Alam II.
| Shah Alam | |||
|
|||
| Moto: 'Indah Bestari' (Bahasa Inggeris: 'Beautiful, Brilliant') |
|||
| Lokasi di dalam daerah Petaling, daerah Klang dan negeri Selangor | |||
| Koordinat: 3°5′00″U 101°32′00″T / 3.0833333°U 101.5333333°T | |||
| Negara | |||
|---|---|---|---|
| Negeri | Selangor | ||
| Establishment | 1963 | ||
| Granted State Capital Status | 7 Disember 1978 | ||
| Kerajaan | |||
| - Datuk Bandar | Mazalan Md Noor | ||
| Luas | |||
| - Jumlah | 112.1 batu persegi (290.3 km²) | ||
| Penduduk (Julai 2007) | |||
| - Jumlah | 584,340 (8th) | ||
| Zon waktu | MST (UTC+8) | ||
| - Musim panas (DST) | Not observed (UTC) | ||
| Laman sesawang: http://www.mbsa.gov.my | |||
Bandar Raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar raya ini terletak di antara Klang dan Petaling Jaya, kira-kira 25 km di barat bandar raya Kuala Lumpur. Jumlah penduduk Shah Alam sehingga Julai 2006 adalah seramai 584 360 orang. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya ialah burung undan. Bandar raya ini juga digelar 'Bandar Raya Anggerik'.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah Awal Shah Alam
Shah Alam pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam mula berkembang apabila British telah membina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.
Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Port Swettenham, Klang dan Kuala Lumpur dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Shah Alam dibuka pada tahun 1963 untuk dijadikan pusat pentadbiran Selangor setelah Kuala Lumpur, ibu negeri Selangor pada ketika itu dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Kuala Lumpur berpindah ke Shah Alam. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Nama 'Shah Alam' sendiri dipilih di atas perkenan baginda.
Shah Alam diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Shah Alam. Keluasan Shah Alam pada ketika itu adalah 41.69 km persegi. Pada 1 Januari 1997, Shah Alam diperluaskan kepada 290.3 km persegi (Pelan Warta 197).
Ibu negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia ini mendapat kenaikan taraf bandar raya pada 10 Oktober 2000. Pengisytiharan ini menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya ke-7 di Malaysia. Majlis Perbandaran Shah Alam telah ditukarkan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam. Datuk Bandar Shah Alam yang pertama ialah Y.Bhg Dato' Haji Abu Sujak Mahmud.
[sunting] Susunan dan struktur
Shah Alam mempunyai susunan dan struktur bandar yang serupa dengan Petaling Jaya atau Subang Jaya dengan kawasan perumahan memenuhi kebanyakan kawasan bandar raya (55.2 km²) dan pusat-pusat komersial bertebarn di sekitar 'Seksyen' yang berbeza. Shah Alam mempunyai sejumlah 56 seksyen. Umumnya Shah Alam boleh dibahagikan kepada utara, tengah dan selatan. Shah Alam utara terdiri dari 18 Seksyen termasuklah Seksyen U1, U2, Kampung Melayu Subang dan banyak lagi. Ia mengandungi kawasan coklat di sisi sebelah peta. Shah Alam Tengah adalah bahagian 'utama' Shah Alam. Ia adalah kawasan di mana semua bangunan pentadbiran dan agensi terletak. Ia mengandungi Seksyen 1 sehingga Seksyen 24 yang dilihat sebagai warna kuning. Shah Alam selatan mengandungi 12 Seksyen termasuklah Seksyen 25(Sri Muda), Seksyen 30 (Jalan Kebun), Seksyen 31 (Kota Kemuning) dan Seksyen 32 (Bukit Rimau). Di dalam peta, Shah Alam selatan dilihat pada kawasan yang ditandai ungu muda.
Bandar raya ini mempunyai sebilangan pusat membeli belah (Plaza Alam Sentral, (juga dikenali sebagai PAS), SACC Mall, Plaza Shah Alam (dulu dikenali sebagai Shah Alam Mall,juga dikenali sebagai Plaza Masalam), Ole-Ole Seksyen 18, Anggerik Mall dan Kompleks PKNS) dan ia mempunyai banyak sekolah, kedai, bank, kedai makan, kafe, hotel, pusat perbuatan, klinik, pasar raya besar(terutamanya Tesco, Giant dan Tesco Extra) dan kawasan rekreasi . Kebanyakan kawasan kommersial yang terang terletak di pusat bandar raya terutamanya (Seksyen 14), Seksyen 13 dan Seksyen 9.
Semua jalan utama di Shah Alam termasuklah kota perbandaran baru seperti including the new townships such as Setia Alam and Kota Kemuning mepunyai tanda-tanda seperti have signs with their names shown in both Roman and Jawi scripts.
-
- Lihat juga Senarai jalan Shah Alam
[sunting] Pengangkutan
Shah Alam mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan teratur. Shah Alam dihubungkan dengan lebuhraya-lebuhraya utama di Lembah Klang seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Shah Alam dihubungkan dengan sistem rel keterapi melalui sistem KTM Komuter. Terdapat tiga stesen Komuter di Shah Alam, iaitu stesen Batu Tiga, Shah Alam (stesen utama, terletak di Seksyen 19) dan Padang Jawa. Sistem ini menghubungkan Shah Alam dengan hub pengangkutan utama di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak 40 km di selatan Shah Alam dan boleh dihubungi dengan melalui Lebuhraya ELITE. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang juga terletak berdekatan dengan Shah Alam. Pelabuhan utama Malaysia, Pelabuhan Klang juga dihubungkan dengan Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan dan jalan keretapi.
Terdapat banyak perhentian bas dan teksi yang terletak di jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan beroperasi di kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang. Shah Alam juga mempunyai teksi yang beridentitikan imej bandaraya itu sendiri, iaitu teksi Kenari yang berwarna biru. Perhentian bas yang utama ialah di Kompleks PKNS dan di Seksyen 17.
[sunting] Kesihatan
[sunting] Klinik
Shah Alam mempunyai banyak klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang boleh didapati hampir di setiap bahagian. Klinik-klinik ini kebanyakkannya terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal penduduk. Klinik kesihatan kerajaan terletak di Seksyen 7 dan dikenali sebagai Poliklinik Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Polyclinic).
[sunting] Hospital
Hospital kerajaan di Shah Alam masih dalam proses pembinaan. Hospital kerajaan ini terletak berhampiran dengan klinik kerajaan di Seksyen 7. Pembinaan hospital kerajaan ini dijangka siap pada tahun 2010 dan mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk 300 katil pada satu-satu masa.
Selain itu, terdapat beberapa hospital swasta di Shah Alam. Pada masa kini, kebanyakkan penduduk Shah Alam mendapatkan rawatan kesihatan di hospital swasta sementara menunggu siapnya hospital kerajaan di Shah Alam. Antara hospital swasta yang terdapat di Shah Alam :
- KPJ Healthcare Selangor (juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Selangor)
- Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
- Salam Medical Centre (Shah Alam Specialist Hospital)
- Columbia Asia Medical Centre
[sunting] Pusat Penjagaan Pendengaran Swasta
Pusat ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan pendengaran, alat bantu dengar, implan koklea dan rehabilitasi kepada masyarakat.
- Pro-hearing Audiolab dan Pusat Implan Koklea IES (Cawangan Shah Alam)
[sunting] Seksyen-seksyen di Shah Alam
Setiap seksyen di Shah Alam mempunyai tema dalam penamaan nama bagi jalan-jalan yang terdapat di seksyen tersebut. Berikut adalah senarai seksyen-seksyen dan tema masing-masing.
- Seksyen 1 (Universiti Teknologi Mara) - pendidikan
- Seksyen 2 - jenis bunga
- Seksyen 3 - jenis pokok
- Seksyen 4 - jenis buah-buahan
- Seksyen 5 (Pusat pentadbiran) - pentadbiran
- Seksyen 6 - jenis burung
- Seksyen 7 - jenis permata dan galian dan Universiti Selangor(pendidikan)
- Seksyen 8 - bentuk muka bumi
- Seksyen 9 - Kesultanan Melayu Selangor
- Seksyen 10 - jenis pakaian
- Seksyen 11 - kebudayaan dan kesenian
- Seksyen 12 - salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
- Seksyen 13 - (Stadium Shah Alam) sukan
- Seksyen 14 (Pusat Bandaraya) bertemakan bidang-bidang korporat
- Seksyen 15 - alatan tangan
- Seksyen 16 - perlombongan bijih timah
- Seksyen 17 - jenis ikan
- Seksyen 18 - tumbuhan di kawasan pantai
- Seksyen 19 - jenis pekerjaan di kawasan pantai
- Seksyen 20 - jenis haiwan
- Seksyen 21 (Tanah Perkuburan) - perkuburan
- Seksyen 23 - perusahaan
- Seksyen 24 - jenis sayur-sayuran
- Seksyen 25 (Taman Sri Muda) - nilai-nilai murni
- Seksyen 26 - daerah dan nama tempat di Selangor
- Seksyen 27 dan 28 (Taman Alam Megah) - nama tempat-tempat di sekitar Banting dan Gombak
- Seksyen 31 (Kota Kemuning) - bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
- Seksyen 32 (Bukit Rimau) - sungai-sungai yang terdapat di Selangor
- Seksyen 33 - jenis alatan muzik
- Seksyen 34 - jenis bahagian dalam kereta
- Seksyen 35 (Alam Impian) - seni dan budaya
- Seksyen U1 (Glenmarie) -kerjaya
- Seksyen U2 - (Taman TTDI Jaya) - kesussasteraan
- Seksyen U5 - (Bandar Pinggiran Subang,Subang MahSing)- alam semesta
- Seksyen U6 - (Subang) - jenis pokok
- Seksyen U7 - (TUDM)
- Seksyen U8 - (Bukit Jelutong) - bahagian-bahagian dalam rumah
- Seksyen U10 - pulau-pulau yang terdapat di negeri Selangor
- Seksyen U11 (Bukit Bandaraya) - gunung-gunung yang terdapat di Selangor
Semua jalan di bandar raya ini mempunyai papan tanda dengan nama jalan terpapar dalam Bahasa Melayu dengan kedua-dua aksara tulisan Rumi dan Jawi.
[sunting] Pusat Pendidikan
Universiti Teknologi MARA (UiTM, dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA atau ITM sehingga pada tahun 1996) yang terletak dekat dengan pusat Bandar Shah Alam. Keseluruhan kawasan universiti merangkumi keseluruhan seksyen yang terletak di barat bukit bandaraya yang dikenali sebagai Seksyen 1. Di Seksyen 19 pula, terdapat satu cawangan kampus UiTM yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kebangsaan (INTEC), Malaysia, dimana pelajarnya perlu menempuhi program persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. INTEC UiTM adalah satu-satu kampus UiTM yang menerima pengambilan pelajar bukan bumiputra.
Selain itu, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang lain di Shah Alam termasuklah kampus kota Universiti Industri Selangor yang terletak di Seksyen 7, Management and Science University (MSU), dan kolej kerjasamanya, PTPL College. Shah Alam juga mempunyai beberapa pusat pengajian yang berkaitan dengan industri yang dikenali sebagai Politeknik Shah Alam (atau Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), CIAST, and ADTEC.
Di Shah Alam disediakan pelbagai jenis sekolah rendah dan menengah. Adakalanya, ianya melebihi populasi daripada penduduk setempat. Sebagai contoh, berdasarkan senarai dibawah, di Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara and Taman Bukit Saga yang berada di Seksyen 27 dan Seksyen 28, terdapat tiga buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah. Manakala, di Seksyen 16 dan 17, sekolah menengah yang ada hanyalah SMK Seksyen 16. Pada masa kini, Shah Alam sudah mempunyai 19 buah sekolah menengah, 1 buah sekolah teknik, 1 buah sekolah vokasional. Dibawah adalah senarai sekolah-sekolah yang ada di Shah Alam.
SEKOLAH MENENGAH
- SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2
- SMK Seksyen 7
- SMK Seksyen 9
- SMK Seksyen 11
- SMK Seksyen 16
- SMK Seksyen 18
- SMK Seksyen 19
- SMK Seksyen 24
- SMK Seksyen 24 (2)
- SMK Taman Sri Muda Seksyen 25
- SMK Seksyen 27
- SMK Kota Kemuning
- SMK Bukit Jelutong
- SMK Subang
- SMK Subang Bestari
- SAM Tinggi Tengku Ampuan Jamaah
- Sekolah Seri Cahaya
- SMK TTDI Jaya
- SM Hira'
- SMK Alam Megah
- SMK Alam Megah (2)
- SMK Alam Megah (3)
- SM Ibn Khaldun (jalan kebun)
SEKOLAH TEKNIK
- SM Teknik Shah Alam
SEKOLAH VOKASIONAL
- SM Pendidikan Khas Vokasional
SEKOLAH RENDAH
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 9
- Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Perdana(seksyen u3)
- Sekolah Rendah Kebangsaan Subang Bestari
- Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Bukit Subang
- Sekolah Rendah Kebangsaan Lembah Subang
- Sekolah Rendah Ibn Khaldun (jalan kebun)
- Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning (2)
- Sekolah Integrasi As-Syakirin
- Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 19
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 18
- Sekolah Seri Cahaya
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 20
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 17
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 (1)
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 (2) / Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
- Sekolah Pendidikan Khas, Seksyen 17
- Sekolah Rendah Kebangsaan Subang
- Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (1)
- Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2)
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Renggam
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 16
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Seksyen 7
- Sekolah Rendah Hira'
- Sekolah Kebangsaan HICOM
- Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) HICOM
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (1)
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2)
- Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah
- Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua
- Sekolah Kebangsaan Alam Megah (3)
- Sekolah Kebangsaan Padang Jawa
- Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya
- Sekolah Kebangsaan Seksyen 24
- Sekolah Kebangsaan Raja Muda
SEKOLAH RENDAH AGAMA
- Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19
- Sekolah Rendah Agama Islam Kg.Subang
- Sekolah Rendah Agama Seksyen 3
- Sekolah Rendah Agama Proton
- Sekolah Rendah Agama Al-Munawwarah
- Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato' Mufti Yusof Sahabuddin
[sunting] Ekonomi
Kilang utama Proton, pembuat kereta nasional, terletak di Shah Alam. Banyak syarikat lain, tempatan dan luar negara, yang juga menempatkan kilang utama mereka di kawasan perindustrian Shah Alam. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Shah Alam telah memajukan ekonomi bandaraya ini dan menjadikannya sebuah bandaraya perindustrian yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Silverbird, dan Toyota.
[sunting] Lihat juga
- Majlis Bandaraya Shah Alam
- Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Banjir kilat di Shah Alam
- Setiausaha Kerajaan Negeri
[sunting] Pautan luar
|
|||||