Shah Indrawan Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tomok Shah Indrawan

Album Tomok
Latar belakang
Nama lahir Shah Indrawan bin Ismail
Kelahiran Kuala Lumpur
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Rock, Balada
Pekerjaan Penyanyi, penulis lagu
Tahun aktif 1999-kini
Label Monkey Bone Records (2009-kini)


Shah Indrawan Ismail atau juga dikenali sebagai Tomok (lahir 17 Mei 1984) adalah seorang penyanyi di Malaysia. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz. Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.


Isi kandungan

Kehidupan Peribadi [sunting]

Majlis akad nikah, dengan sekali lafaz sahaja, penyanyi Tomok atau (Gambar) Shah Indrawan Ismail, 27 tahun, kini sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) (Gambar) Rahayu Abas, 32 tahun, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat. Pasangan pengantin baru ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Rahayu Abas menerima sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11, mas kahwin berjumlah RM300, cincin, sirih junjung, set barang kemas, sepersalinan baju, jam tangan dan beg, set minyak wangi, senakhah Al-Quran, sebiji kek dan Telekung. Manakala pihak pengantin lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran iaitu jam tangan, , coklat, sebiji kek, sepasang kasut, set minyak wangi, dompet, sepersalinan baju Melayu, sejadah, senaskhah Al-Quran dan sirih junjung.

Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat. Dijangkakan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media akan memeriahkan majlis nikah bertemakan urban kontemporari berwarna ungu dan emas tu.Sementara itu, pasangan pengantin baru Tomok dan Rahayu Abas ini akan melangsungkan tiga majlis resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).[1]

Bersama New Boyz [sunting]

Tomok dianggap tunggak utama kumpulan New Boyz. Ini kerana ahli kumpulan New Boyz yang sering bersilih ganti. Hanya Tomok yang masih kekal dari awal kemunculan kumpulan itu sehingga kini. Tomok bersama New Boyz telah melahirkan enam buah album penuh dan satu album The Best Of New Boyz. Ahli kumpulan yang bersilih ganti tidak sesekali mematahkan semangat Tomok untuk terus memperjuangkan minatnya dalam industri muzik sebagai penyanyi, pemuzik mahupun pencipta lagu. Tomok mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu untuk album New Boyz yang ke-6 (Semula Padaku) dengan lagu hasil ciptaan Tomok sendiri iaitu Kau Bernama Cinta.Antara album yang dihasilkann Tomok bersama New Boyz sepanjang karier beliau setakat ini ialah ialah New Boyz(1999),Akur(2000),Wirama(2001),Inspirasi(2003),Bermulanya Satu Evolusi(2005) dan Semula Padaku(2007).

Selepas melahirkan album yang ke-6 tersebut, Tomok dan ahli New Boyz yang lainnya mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak mereka bersama syarikat rakaman SRC. Selepas pengunduran itu, Tomok mahupun New Boyz kurang kelihatan dalam industri muzik sehinggalah Tomok mengambil keputusan untuk menyertai satu program realiti TV terbitan Media Prima iaitu One In A Million (OIAM) pada tahun 2009.

Menyertai OIAM [sunting]

Penyertaan Tomok dalam musim ke-3 OIAM menjadi liputan meluas penggemar muzik tempatan. Ini kerana Tomok dilihat sudah hilang dari industri dan kemudian secara mengejut muncul dalam program realiti untuk turut bertanding dengan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.

Peluang yang diberikan digunakan oleh Tomok sebaik mungkin. Hari demi hari, minggu demi minggu, Tomok berjaya membuka sedikit ruang untuk diterima dan bakatnya itu diiakan oleh pengkritik tetap program itu Shafinaz Selamat dan Paul Moss begitu juga dengan rakyat Malaysia. Nama Tomok menjadi sebutan sebagai peserta yang menonjol dan mampu membuat kelainan pada setiap persembahan yang dilakukan setiap minggu. Kebolehan Tomok memberi persembahan yang bertenaga dan memberi suntikan segar untuk setiap lagu yang dia tukar cara penyusunan untuk setiap lagu sering menjadi pujian dari pihak juri mahupun penonton.

Minggu demi minggu Tomok lalui setiap cabaran dengan sabar dan tekun sehinggalah ia membawa Tomok ke peringkat akhir pertandingan itu, bersama Esther dan Aweera. Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan lirik ditulis oleh Tinta S. Ternyata Tomok meraih undian SMS tertinggi 39.3 %, Esther 33.29 % dan Aweera 27.41 %.[2] Tomok berjaya menjadi artis pertama dan peserta lelaki pertama yang berjaya menjadi Juara OIAM.

Selepas OIAM [sunting]

Kini Tomok selesa bergerak sebagai artis solo lelaki dan dalam masa yang sama bergerak bersama kumpulan New Boyz. Kini Tomok dalam rangka menyiapkan album solo pertama beliau dengan kerjasama beberapa penggubah terkenal tanah air, antaranya Aubrey Suwito yang merupakan pencipta lagu Rindu Terhenti (lagu single pertama Tomok secara solo), Edry Abdul Halim (Edry KRU), Audi Mok, Aidit Alfian dan Shazee. Tomok juga menampilkan pemain gitar New Boyz iaitu Afiez (Hafeez As'Ad Azam) sebagai salah seorang pencipta lagu di dalam albumnya yang akan datang itu.

Selain bergelar sebagai penyanyi, Tomok juga sudah bergelar pelakon apabila dia telah diberi kepercayaan untuk malakonkan watak hero bagi filem Mantera yang dijangkakan akan ditayangkan sekitar penghujung tahun 2010 - awal tahun 2011. Filem ini mendapat usaha sama produksi Malaysia dan Rusia.[3]

Berkat usaha yang gigih dengan sedikit pengalaman dalam berlakon ketika bersama kumpulan Newboyz dimana mereka telah berlakon untuk telemovie Pulau Inspirasi dan Meraung dan pernah berlakon untuk beberapa buah drama sebagai penampilan istimewa, ia sedikit sebanyak dapat membantu Tomok menempuhi detik-detik dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelakon.

2012 merupakan tahun dimana hasil lakonan Tomok sebagai pelakon filem di tayangkan. Bermula dengan Mantera yang kurang mendapat sambutan memberangsankan Istanbul Aku Datang pula sebaliknya. Filem yang membariskan pelakon-pelakon seperti Lisa Surihani dan Beto Khusyairi itu menjadi buah mulut penyokong filem di Malaysia. Lakonan Tomok sebagai orang baru dalam industri perfileman dianggap berjaya. Lakonan yang bersahaja dan penjiwaan watak yang sangat berkesan berjaya mencuri perhatian penonton.

Album TOMOK [sunting]

Setelah menanti setahun lebih selepas bergelar juara OIAM musim ke-3, Tomok akhirnya keluar dengan album solo pertama beliau yang tertajuk TOMOK. Memuatkan 12 buah lagu kesemuanya, album ini telah di pasarkan pada 14hb Oktober 2010. Membariskan komposer ternama seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, Aidit Alfian dan ramai lagi. Ia memberi keyakinan kepada Tomok bahawa album itu bakal memberi kepuasan kepada peminat yang telah menunggu setahun lebih bagi mendengar dan menghayati lagu-lagu indah yang terkandung di dalam album berkenaan.

Lagu-lagu di dalam Album TOMOK mengikut urutan seperti di dalam album:-

  • Berlari (ciptaan Shazee & Tomok)
  • Bagaikan Bidadari (Aubrey Suwito & Tomok)
  • Kisah Kita (Afiez New Boyz)
  • Merentas Masa (Audi Mok & Shazee)
  • Hujan Pagi (Aubrey Suwito)
  • Semarak (Tomok & Shah Shamsiri)
  • Arjuna (Edry KRU)
  • Hati Hanyalah Cawan (Aidit Alfian)
  • Pukau (Audi Mok)
  • Cintaku Di Indonesia (Tomok)
  • Demi Kamu (Tomok & Amylea)
  • Rindu Terhenti (Aubrey Suwito & Tinta S)

Diskografi [sunting]

Album Studio [sunting]

Lagu Solo [sunting]

  • Rindu Terhenti (Aubrey Suwito & Tinta S)
  • Berlari (Shazee & Tomok)
  • Arjuna (Edry KRU)
  • Bagaikan Bidadari (Aubrey Suwito & Tomok)
  • Aku Datang (Tomok & Rafidah)

Rujukan [sunting]

Mantera diintai pasaran dunia Barita Harian Tomok Jadi Robot Utusan Tomok berlatih silat MStarOnline Tomok Duta Puma Berita Harian Tomok berlakon di Dubai Metr Menjadi finalist AIM ke-17 Metro Solo dan Band seiring Utusan Tomok Finalis GAH1 Kosmo Tomok Finalis Anugerah Juara Lagu ke-24 Utusan Tomok masih popular di Singapura

Pautan Luar [sunting]

New Boyz Official Forum Tomok Personal Facebook