Shahida Azad Jamaludin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shahida Azad Jamaludin

Buletin Utama 24 Mac 2009
Lahir Shahida Azad binti Datuk Jamaluddin
27 tahun
Malaysia Kuala Lumpur, Malaysia

Shahida Azad adalah seorang penyampai berita dan penolong penerbit di Malaysia. Beliau adalah salah seorang penyampai "latihan" untuk Buletin Utama dan rancangan berita lain di TV3 seperti Berita Terkini, Buletin Pagi dan Buletin 1.30. Shai memasuki TV3 pada tahun 2007 dan sebelum itu pernah menyampaikan program berita 'TwentyHundred' di saluran 8TV yang juga anak syarikat Kumpulan Media Prima Berhad. Beliau juga bekerja bersama kumpulan produksi untuk mengendalikan Anugerah Industri Muzik (AIM), Malaysian Idol,menjadi penolong produksi untuk Malaysia's Most Beautiful dan What Women Want (siri TV). Selain penyampai berita, beliau juga bertugas sebagai Eksekutif Jenama dengan Network Media Portal iaitu anak syarikat Kumpulan Media Prima Berhad.

Kehidupan peribadi [sunting]

Shai anak kepada Datuk Jamaluddin Khalid dan Datin Posiah Abu Bakar. Adik beliau adalah Syahira Azad dan abang Shahrul Azad (berkahwin dengan Tengku Afissa Tengku Asmara).

Shai merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi dari UiTM.

Sumber [sunting]