Shahnameh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shahnameh

Shahnameh, atau Shahnama (Parsi: شاهنامه )(ejaan lain Shahnama, Shahname, Shahname, Shah-Nama), yang bermaksud "Kisah Raja-Raja", adalah sebuah syair Parsi karangan Firdausi yang bertarikh sekitar 1000 M dan ia adalah epik kebangsaan untuk negara-negara Parsi. Syair Shahnameh ini mengisahkan cerita-cerita mistik dan sejarah lama Iran sebelum kedatangan Islam. Kitab ini juga adalah salah satu daripada warisan UNESCO[1].

Selain daripada kepentingan sasteranya, Shahnameh juga dianggap sebagai titik permulaan pemulihan Bahasa Parsi yang ketika itu hampir pupus kerana pengaruh Bahasa Arab. Karya agung ini juga mencerminkan sejarah Iran, nilai-nilai kebudayaan Parsi, agama-agama purbanya seperti Majusi dan juga melahirkan semangat nasionalisme di kalangan bangsa Iran atau Parsi.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kontorvesi di kalangan cendiakawan mengenai sumber kisah di dalam Shahnameh ini. Ia mungkin berdasarkan syair-syair sebelum zaman Firdausi yang mengandungi sejarah dan kisah penglipur lara Iran. Namun begitu, kisah-kisah ini mungkin diturunkan dari generasi sebelum beliau melalui lisan, kerana gaya penulisan Shahnameh sendiri mencerminkan ciri-ciri sastera bertulis dan lisan. Sesetengah kisah dalam Shahnameh adalah warisan Indo Iran dan kisah ini juga terdapat di dalam kitab Avesta, Majusi dan Veda Rig, Hindu.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan kisah-kisah dalan Shahnameh sudah pun wujud sebelum zaman Firdausi di dalam bentuk prosa. Antaranya ialah karya Shahnameh karangan Abu Mansur Abdul Razak. Manakala, karya yang diusahakan sendiri oleh Firdausi bertaburan merata-rata di dalam Shahnameh. Selain mengisahkan epik-epik lama Parsi, Shahnameh juga menceritakan tentang kehidupan Firdausi seperti agam dan kepercayaan etika beliau. Umumnya, kitab ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu zaman dongengan, zaman wirawan, dan zaman sejarah.

Zaman Dongengan[sunting | sunting sumber]

Shahnameh dimulakan dengan pujian-pujian kepada tuhan diikuti dengan kisah bagaiman dunia dicipta, mengikut kerpercayaan Sassanid, sebuah empayar Parsi purba. Pengenalan ini kemudiannya disusuli dengan kisah manusia pertama iaitu Keyumars yang berjaya raja pertama selepas menetap di pergunungan. Cucunya, Hushang, putra Siamak, secara tidak sengajanya menemui api dan akhirnya mengasaskan Pesta Sadeh sempena memperingati peristiwa ini. Kisah-kisah lain seperti kisah Tahmuras, Jamshid, Zahak, Kawa, Faridun serta tiga orang putranya Salm, Tur dan Iraj dan juga cucu beliau Manucher juga terdapat di dalam bahagian ini. Kisah dongengan ini pendek yang mengandungi 2100 baris sajak atau empat peratus daripada keseluruhan karya. Gaya penyampaiannya adalah ringkas dan bisa diramalkan. Kekuatan dan keindahan syair Firdausi menjadikan bahagian karya ini menarik

Zaman Wirawan[sunting | sunting sumber]

Hampir dua per tiga daripada kandungan Shahnameh menceritakan keadaan di zaman wirawan, bermula dari pemerintahan Manucher higgalah ke penawanan Iskandar Agung. Watak utama ketika zaman ini ialah Sagzi atau wira Sistan yang tampaknya menjadi tulang belakang Empayar Parsi. Garshap, seekor rasaksa ganas, juga dihuraikan bersama-sama dengan puteranya Nariman. Putera Nariman pula iaitu Sam, adalah kepala tentera Manucher dan beliau memerintah Sistan. Pewaris Sam pula adalah puteranya iaitu Zal dan cucunya Rostam, dan akhirnya Faramarz.

Antara kisah yang terkandung dalam bahagian ini ialah kisah percintaan antara Zal dan Rudaba, seorang puteri kerajaan Kaboli, tujuh peringkat pelahiran Rostam, kisah Rostam dan Sohrab, putera Rostam, dan peperangan dengan Afrasiab, seorang raja kerajaan Turan.

Zaman Sejarah[sunting | sunting sumber]

Huraian Dinasti Ashkaniyi terkandung di dalam bahagian, selepas kisah pemerintahan Iskandar Agung. Ini dituruti dengan kisah Ardashir I, pengasas kerajaan Sassanid. Sejarah Sassanid pula mula menunjukkan kisah-kisah yang tepat. Kejatuhan kerajaan Sassanid ke tangan tentera Islam dihuraikan dengan gaya yang romantik.

Menurut Firdausi, edisi akhir Shahnameh mengandungi enam puluh ribu pasangan rangkap syair. Tetapi angka ini hanyalah bundaran kerana daripada manuskrip-manuskrip Shahnameh yang tinggal pada hari ini. Hanya terdapat lima puluh ribu pasangan rangkap pantun. Nizami Arudhi Samarkandi melaporkan ketika kitab Shahnameh dipersembahkan kepada Sultan Mahmud Ghazni, ia mempunyai tujuh buah jilid.

Shahnameh Dan Implikasinya Dalam Bahasa Parsi Moden[sunting | sunting sumber]

Selepas penerbitan Shahnameh, terdapat beberapa tulisan pelipur lara dihasilkan di rantau Parsi. Hasil-hasil tulisan menggunakan gaya dan kaedah yang sama dengan Firdausi, tetapi tidak satu pun yang berjaya mencapai tahap populariti Shahnameh.

Sesetengah ahli pakar mengusulkan bahawa Bahasa Parsi Moden diasaskan ketika zaman Firdausi, iaitu seribu tahun dahulu. Pengasasan ini kerana penghasilan karya Shahnameh yang banyak memberi implikasi yang besar dalam kebudayaan dan bahasa-bahasa di rantau ini. Dengan kata lain, Shahnameh adalah tiang kepada Bahasa Parsi Moden. Sesetengah penyair Parsi mempelajari Shahnameh sebagai salah satu syarat untuk menguasai sepenuhya Bahasa Parsi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  • Rostam, Buku komik Inggeris yang mengadaptasikan karya Shahnameh.
  • Shahnameh, Terjemahan Shahnameh dalam Bahasa Inggeris oleh Helen Zimmern.