Shahram Amiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Shahram Amiri (30an) merupakan saintis nuklear Iran yang hilang sejak mengerjakan umrah di Mekah, Arab Saudi pada Jun 2009. Beliau adalah pakar radioaktif isotop untuk perubatan di Universiti Teknologi Malek-Ashtar di Tehran. Dia juga bekerja dengan Organisasi Tenaga Nuklear Iran . Namun kerajaan Iran tidak mengesahkan beliau sebagai saintis nuklear. Universiti tersebut dalam pemantauan dan sekatan PBB.

Hilang di Mekah[sunting | sunting sumber]

Beliau hilang pada Jun 2009 , dipercayai ditahan oleh perisik CIA Amerika Syarikat. Menteri Luar Negeri Iran Manouchehr Mottaki mendakwa mempunyai beberapa dokumen bukti adanya campur tangan Amerika atas kehilangan Amiri. Namun kerajaan AS menafikan mereka menculik Amiri.

Pada 13 Julai 2010, beliau dilaporkan berada di Kedutaan Pakistan di Washington dan mahu dihantar pulang ke Tehran. Iran memutuskan hubungan diplomatik dengan AS sejak Revolusi Islam Iran 1979.[1]

Dalam kenyataan media Iran pada 8 Jun 2010, Amiri mendakwa dia diculik oleh CIA ketika mengerjakan haji di Arab Saudi pada 3 Jun 2009. Mereka menculiknya di sebuah rumah penginapan dan memberi suntikan anaesthetic . Kemudian dibawa ke Tucson, Arizona dan disiksa fizikal dan mental selama 8 bulan. AS mendakwa beliau mencuri rahsia nuklear. Dia melarikan diri dari tahanan AS. Beliau diculik oleh CIA dan Istikhbarat - agen perisikan Arab Saudi.

Dalam laman Youtube pula , fakta bertentangan diberi, Katanya dia berada di Amerika kerana mahu menyambung pengajian dan berada dalam keadaan selamat. Dia tidak terlibat dalam penyelidikan senjata dan tidak mengetahui bidang tersebut.[2]

Merisik maklumat nuklear Iran[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Julai 2010, beliau pulang / tiba di Lapangan Terbang Imam Khomeini, Teheran. Beliau disambut oleh anak dan isteri serta Timbalan Menteri Luar Iran, Hassan Qashqavi.

Ketika di Madinah , beliau diculik oleh 3 lelaki dengan sebuah van dan diterbangkan ke AS . Kemudian ditawar AS$50 (RM160 juta) untuk menetap di AS. Washington Pos mendakwa Shahram bekerja untuk CIA selama lebih setahun. Beliau dilatih agar menarik saintis nuklear Iran supaya berpaling tadah. Namun dia hanyalah penyelidik biasa dan tidak mengetahui loji pengayaan uranium Iran di Natanz dan Fordo.[3][4]

Pda 15 Julai 2010, Akhbar Washington Post melaporkan, Agensi Perisikan Pusat (CIA) membayar AS$5 juta (RM16 juta) kepada Shahram Amiri untuk mendapatkan maklumat program nuklear Iran.

Rujukan[sunting | sunting sumber]