Shahrir bin Abdul Samad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tan Sri

Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad.jpg

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Tempoh jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului oleh Dato' Seri Mohd Shafie Apdal
Diganti oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob

Member of Parliament
for P160 Johor Bahru, Johor
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008

Lahir Pahang Kuantan, Pahang
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Hubungan Abang kepada Khalid Abdul Samad
Pekerjaan Ahli Parlimen
Religion Islam

Tan Sri Shahrir Abdul Samad merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia (PAC) dan kini Ahli Parlimen Johor Bharu. Beliau juga merupakan bekas pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC). Beliau dilahirkan pada 22 November 1949 di Kuantan, Pahang.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Shahrir pernah bersekolah di banyak tempat iaitu di Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Kota Bharu di Kelantan dan Kuala Terengganu di Terengganu. Beliau juga pernah bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tamat tahun Enam pada tahun 1967.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan dari Universiti Malaya pada tahun 1972 dan menyambung Ijazah Sarjana dalam bidang perniagaan di IMEDE (sekarang dikenali IMD), Lausanne, Switzerland pada tahun 1977.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 197, beliau telah menjadi setiausaha politik termuda di Malaysia apabila beliau menjadi setiausaha politik kepada Tun Musa Hitam, kemudiannya Timbalan Perdana Menteri. Selepas jawatannya luput pada tahun 1975, beliau menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tun Abdul Razak sehingga 1976. Pertama kali Shahrir mejawat jawatan awam di dalam pilihan raya umum 1978, apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Pada mulanya dilantik menjadi Timbalan Menteri, Perdagangan dan Industri, tetapi kemudiannya menjadi Menteri Kebajikan, Pemuda dan Sukan , dan pada tahun 1987 beliau telah mengambil jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau juga berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tun Hussein Onn dari tahun 1983 hingga 1986.[1] Shahrir telah dipecat pada tahun itu di dalam peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO TunMahathir Mohamad. Pada tahun 1988, Shahrir meletakkan jawatan daripada kerusi parlimennya, dan kemudiannya mencalonkan dirinya untuk dilantik semula sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil kerusi parlimen berkenaan. Setahun kemudiannya, beliau menyertai UMNO semula, manakala Razaleigh keluar untuk membentuk Semangat 46.[2]

Beliau juga kini telah kembali ke Kabinet selepas 22 tahun. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada 18 Mac 2008 tentang pelantikan Shahrir sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Jawatan lain[sunting | sunting sumber]

  • Setiausaha Politik (Allahyarham Tun Dr. Ismail –Menteri Perdagangan & Perindustrian, Tan Sri Musa Hitam – Menteri Perusahaan Utama, Allahyarham Tun Abdul Razak – Perdana Menteri dan Allahyarham Tun Hussein Onn – Perdana Menteri)
  • Setiausaha Parlimen, Jabatan Perdana Menteri (1978-1979)
  • Timbalan Menteri Kewangan (1980-1981)
  • Timbalan Menteri Perdagangan & Perindustrian (1982-1983)
  • Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1985)
  • Menteri Kebajikan (1985-1987)
  • Ahli Exco dan Presiden, Commonwealth Parliamentary Association (CPA)
  • Pengerusi, Jawatan Kuasa Kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee atau PCA)
  • Pengerusi, Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
  • Pengerusi, BNBBC
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saske Corporation SDn. Bhd.
  • Pengerusi/Pengarah Urusan Saskevest Sdn. Bhd

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Sharil@Shahrir Bin Ab Samad bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Johor Bahru , negeri Johor. Sharil@Shahrir Bin Ab Samad telah menang dengan mendapat undi sebanyak 43143.

Calon lawan ialah Hassan Bin Abdul Karim dari PRM mendapat 17,794 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 69.59%. Undi rosak sebanyak 1391.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ram, B. Suresh (2008-03-18). "The Cabinet post remains the same: Shahrir". New Straits Times. Diarkibkan daripada asal pada 2008-03-21. Diperolehi pada 2008-03-18. 
  2. Beh, Lih Yi (2008-03-20). "Shahrir: We need more aggressive ministers". Malaysiakini. Diperolehi pada 2008-03-20. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Wilayah Persekutuan
19831986
Penyandang Kemudian
Tiada Tan Sri Mohd Isa Samad


Penyandang Terdahulu Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
19 Mac 20089 April 2009
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Mohd Shafie Apdal Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob