Shahrizat Abdul Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berbahagia Datuk Seri
 Shahrizat Abdul Jalil
Shahrizat Abdul Jalil

Tempoh berjawat
April 2009 – April 2012
Didahului oleh Ng Yen Yen
Digantikan oleh Mohd Najib bin Abdul Razak (memangku)
Tempoh berjawat
17 Januari 2001 – 8 Mac 2008
Didahului oleh Jawatan baru
Digantikan oleh Datuk Dr Ng Yen Yen

Ahli Parlimen
bagi kawasan P121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan
Tempoh berjawat
1995 – 8 Mac 2008
Didahului oleh Mohamed Kamal bin Hussain
Digantikan oleh Nurul Izzah Anwar

Tarikh lahir 15 Ogos 1953 (61 tahun)
Tempat lahir Pulau Pinang
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Pasangan Mohamad Salleh Ismail
Pekerjaan Peguam
Agama Islam

Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil ialah bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau memegang jawatan Ketua Wanita setelah mengalahkan pencabarnya yang juga merupakan penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Rafidah Aziz semasa Perhimpunan Agung UMNO 2009.

Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil merupakan orang kuat dalam menangani isu-isu berkaitan wanita dan institusi kekeluargaan.

Menurut beliau, banyak pengorbanan perlu dilakukan dari segi masa dan tenaga untuk memastikan ahli politik wanita tidak dipandang sebelah mata dan diperlekehkan. Bagi membina kekuatan itu, ramuan yang paling penting adalah memperlengkapkan diri dengan ilmu di samping kekuatan mental dan fizikal.

Maka dengan kekuatan itu, apa jua pandangan dan soalan yang dikemukakan kepadanya berhubung isu-isu wanita dan keluarga dapat dijawab dan ditangani sebaik mungkin.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Shahrizat binti Abdul Jalil dilahirkan di Pulau Pinang pada 15 Ogos 1953. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Jalan Northam dan Madrasah Tarbiah Islamiah, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan menengah rendah di Sekolah Perempuan St. George, Pulau Pinang dan kemudian ke Kolej Tunku Kursiah, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang pada tahun 1973 dan dianugerahkan Ijazah LLB (Hons) pada tahun 1976. Setelah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Majistret, Y.B. Dato' Seri dilantik sebagai Penolong Peguamcara Perbendaharaan dan telah meletakkan jawatan daripada Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman Malaysia pada tahun 1980 dan menjadi rakan kongsi selama 16 tahun dengan Soo Thein Ming & Shahrizat. Beliau memulakan perkhidmatan Peguambela dan Peguamcara di Tetuan Shahrizat & Tan pada 1 Julai 1983.

Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Penglibatan di dalam korporat[sunting | sunting sumber]

Shahrizat mula melibatkan diri dalam dunia korporat pada tahun 1986 dengan dilantik sebagai Pengarah mewakili Permodalan Nasional Berhad di beberapa buah syarikat seperti di Island and Peninsular Berhad, Austral Enterprise Berhad, UMW Toyota Sdn. Bhd., TIDI SEA Park Development Sdn Bhd., Shangri-La Hotel Sdn. Bhd. dan UBN Holding Sdn Bhd. Beliau telah menempa sejarah apabila menjadi wanita pertama di Malaysia dilantik sebagai Pengerusi di dua buah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) iaitu di Island and Peninsular Berhad dan Austral Enterprise Berhad.

Penglibatan di dalam politik[sunting | sunting sumber]

Ketua Wanita UMNO Cawangan, Bahagian dan Biro[sunting | sunting sumber]

Penglibatan Shahrizat dalam arena politik pada tahun 1982 apabila beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Cawangan Kepong Baru. Bermula tahun 1987, beliau telah menjawat beberapa jawatan di dalam biro-biro Wanita UMNO seperti Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Biro Ekonomi dan Biro Hal Ehwal Wanita UMNO Malaysia. Pada tahun 1989 beliau dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dan dipilih sebagai Ahli Exco Wanita UMNO Malaysia.

Menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum 1995, YB. Dato' Seri telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai. Dengan kemenangan ini, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pada pilihan raya umum 1999, Shahrizat telah berjaya mempertahankan Kerusi Parlimen Lemabah Pantai. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Shahrizat telah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi pada tahun 1996 hingga 1999. Pada tahun 2000, beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua, Wanita UMNO Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, beliau juga dipilih sebagai pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia pada Disember 1999 selama dua tahun dan juga sebagai Pengerusi CPA South East Asia Region.

Pada tahun 2004, Shahrizat telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau juga aktif di dalam beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Pengerusi (1) PENIAGAWATI dan menjadi Presiden Pertama Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM). Beliau juga dipilih sebagai Anggota Ahli Dewan (Counsillor) dalam Council of The Asia-Australia Institute.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Ahli Parlimen Lembah Pantai[sunting | sunting sumber]

Walaupun Shahrizat menjadi ahli UMNO Bahagian Kepong, tetapi beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa pilihan raya 1995. Shahrizat menang tiga penggal dalam pilihan raya di kawasan parlimen Lembah Pantai sejak 1995. Pada 1995, beliau mengalahkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas dari parti Semangat46 dengan majoriti 13,361 undi. [1] Pilihan raya 1999, menyaksikan beliau menumbangkan calon Parti Keadilan Nasional, Zainur Zakaria dengan majoriti 1,417 undi. Tahun 2004 menang besar , beliau menumbangkan bekas Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr. Sanusi Osman yang bertanding atas tiket Keadilan dengan majoriti 15,288 undi .[2]

Tewas kepada Nurul Izzah pada PRU12[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, Shahrizat Abdul Aziz yang bertanding untuk Parlimen Lembah Pantai telah ditewaskan oleh lawannya Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 2,895 undi. Beliau hanya mendapat 18,833 undi berbanding Nurul Izzah 21,728 undi. Namun begitu, beliau masih lagi menjadi penasihat kepada kementerian walaupun kementerian tersebut dikendalikan oleh YB Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Selepas Dato' Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 menggantikan Tun Abdullah, beliau terus diberi kepercayaan menggantikan Datuk Dr. Ng Yen Yen kembali menerajui Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sehinggalah tamat penggal kedua beliau menjadi Senator pada April 2012. Selepas itu kementerian tersebut dipangku oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib.[3]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Pada 8 November 2011, Rafizi Ramli telah menuduh keluarga Shahrizat melakukan aktiviti korupsi dan penyelewengan dalam National Feedlot Corporation Berhad.[4]Pada 10 November 2011, Zuraida Kamaruddin mendesak Shahrizat agar meletak jawatan dan parti ekoran projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita PKR berkata pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan NFC menerima pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5,000 ekar. Ribuan petani dan penternak tidak dapat pinjaman mudah sebegitu. [5]Ini mengakibatkan beliau mengemukakan saman fitnah pada 2 Januari 2012 sebanyak RM100 juta terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut. Selain itu, Shahrizat memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat sebarang kenyataan bertulis atau lisan terhadap dirinya atau lain-lain perkara yang melibatkan NFC mahupun syarikat-syarikat bersekutunya. Sehingga ini saman malu Shahrizat kepada kedua belah pihak yang memfitnah beliau belum lagi diputuskan oleh pihak mahkamah.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
2001 – Mac 2008
Penyandang Kemudian
-tiada-
Ng Yen Yen
Penyandang Terdahulu Naib Ketua Wanita UMNO
 ??– Kini
Penyandang Kemudian
??
Penyandang