Shahrukh Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk Shahrukh Khan
SRK award.jpg
Khan menerima anugerah pada tahun 2011
Kelahiran 2 November 1965 (48 tahun)
New Delhi, India
Tempat tinggal Mumbai, Maharashtra, India
Nama lain King Khan
SRK
King of Bollywood
The Badshah of Bollywood[1][2]
Pekerjaan Pelakon, penerbit, penyampai televisyen
Tahun aktif 1988–kini
Pasangan Gauri Khan (1991–kini)
Anak 3

Datuk Shah Rukh Khan (lahir pada 2 November 1965), selalu dikreditkan sebagai Shah Rukh Khan dan dirujuk secara tidak formal sebagai SRK atau SK, ialah seorang pelakon India. Sering dirujuk oleh media sebagai "Badshah of Bollywood", "King Khan", "King of Romance" dan "The King of Bollywood", Khan telah berlakon dalam 75 buah filem Hindi dalam pelbagai genre, dari filem romantik ke filem aksi.[3] Beliau telah berkahwin dengan penerbit filem India dan pereka hiasan dalaman, Gauri Khan, sejak tahun 1991 dan mereka mempunyai dua orang anak.

Kehidupan awal dan latar belakang[sunting | sunting sumber]

Khan dilahirkan pada 2 November 1965 kepada ibu bapa yang beragama Islam di New Delhi, India.[4][5] Bapanya, Taj Mohammed Khan, yang berkaum Pashtun, adalah seorang aktivis kemerdekaan India dari Peshawar, Raj British, yang kini dikenali sebagai Pakistan. Menurut Khan, datuk sebelah bapanya berasal dari Afghanistan.[6] Ibunya, Lateef Fatima, adalah anak perempuan angkat Mejar Jeneral Shah Nawaz Khan daripada puak Janjua Rajput, yang berkhidmat dalam Tentera Kebangsaan India.[7]

Membesar di kejiranan Rajendra Nagar Delhi,[8] Khan menghadiri Sekolah St Columba, di mana beliau cemerlang dalam sukan, drama, dan ahli akademik. Beliau memenangi anugerah Pedang Kehormat, iaitu sebuah anugerah tahunan yang diberikan kepada pelajar yang terbaik mewakili sekolah. Khan kemudiannya menghadiri Kolej Hansraj (1985-1988) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi. Apabila Kolej Hansraj menyambut ulang tahun mereka yang ke-50, ia memberikan diri 17 lambang penghargaan kepada alumni yang telah cemerlang dalam kehidupan dan profesion mereka. Khan adalah salah seorang daripadanya. Walaupun beliau mengejar Ijazah Sarjana dalam Komunikasi massa di Jamia Millia Islamia, beliau kemudiannya memilih untuk berhenti untuk mengejar kerjaya di Bollywood.[9] Beliau juga telah menghadiri Sekolah Kebangsaan Drama di Delhi.[10]

Selepas kematian ibunya, Khan berhijrah ke Mumbai pada tahun 1991.[11] Beliau berkahwin dengan Gauri Chibber, yang beragama Hindu, dalam sebuah majlis perkahwinan tradisional Hindu pada 25 Oktober 1991.[12] Mereka mempunyai dua orang anak, seorang anak lelaki yang bernama Aryan, yang dilahirkan pada tahun 1997, dan seorang anak perempuan yang bernama Suhana, yang dilahirkan pada tahun 2000. Menurut Khan, ketika beliau percaya dalam Islam, beliau juga menghargai agama isterinya. Di rumah, anak-anaknya mengikuti kedua-dua agama, dengan Al-Quran diletakkan bersebelahan dengan dewa-dewa Hindu.[13]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Khan melancarkan kerjayanya pada tahun 1988 apabila beliau muncul dalam siri televisyen Fauji, memegang watak Komando Abhimanyu Rai.[14] Kemudian beliau memainkan peranan kecil dalam siri Circus pada 1989.[15] yang memaparkan kehidupan ahli serkas. pada tahun yang sama beliau memegang peranan kecil lagi dalam filem televisten In Which Annie Gives it Those Ones. Setelah meninggalnya ibu bapa mereka Khan berpindah dari New Delhi ke Mumbai untuk melancarkan semula kerjayanya pada 1991.[16] Kemunculan Bollywood pertamanya dalam filem Deewana (1992) yang disambut hangat terus melancarkan kerjayanya di Bollywood.

Khan menerima ulasan positif untuk persembahan beliau dalam filem Baazigar dan Darr (1993), di mana beliau masing-masing memainkan watak anti-hero dan pencinta obsesif. Pada tahun 1995 beliau membintangi Dilwale Dulhania Le Jayenge yang mencapai kejayaan dari segi ulasan dan komersial[17] lalu mencapai tahun kedua belasnya dalam panggung wayang di Mumbai, mengutip lebih satu bilion rupee secara keseluruhannya.[18]

Setelah kejayaan Dilwale Dulhania Le Jayenge Khan dikenali dengan pempasangannya dalam skrin bersama pelakon wanita Kajol yang sama masyhurnya. Kajol mula bekerja dengan Khan dalam Baazigar di mana bermulanya persahabatan mereka. Kini Khan, bersama Kajol dan Karan Johar mempunyai hubungan istimewa.

Khan meneruskan kolaborasi dengan pengarah-pengarah Yash Chopra dan Karan Johar dengan membintangi beberapa filem romantis arahan mereka yang menjadi kejayaan komersial termasuk Dil to Pagal Hai (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Mohabbatein (2000), Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001), Kal Ho Naa Ho (2003) dan Veer-Zaara (2004).[19] Khan juga meraih ulasan positif bagi persembahannya di Anjaam (1994), Dil Se (1998), Hey Ram (2000), Swades (2004), dan Paheli (2005) yang tidak disambut sebaik judul-judul filem tadi.

Pada 2006 beliau kembali bekerjasama dengan Karan Johar bagi filem ramai bintang berjudul Kabhi Alvida Na Kehna yang berjaya dalam panggung di dalam dan luar negara India. Pada tahun yang sama beliau memegang watak tajuk dalam Don, iaitu pembikinan semula filem 1978 Don yang juga pernah sukses dalam industri.

Khan juga menerbit filem dan memiliki Dreamz Unl, sebuah syarikat penerbitan filem, bersama Juhi Chawla dan pengarah bernama Aziz Mirza. Dua filem pertama yang diterbit oleh beliau dan juga dibintangi beliau, Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000) dan Asoka (2001) tidak berjaya meraih kutipan lumayan.[20][21]

Filem ketiganya sebagai penerbit dan pelakon utama, Chalte Chalte (2003), merupakan hit pertamanya dari syarikat penerbitan beliau. [22]. Pada 2004 Main Hoon Na yang dihasilkan oleh sebuah lagi syarikat penerbitan beliau, Red Chillies Entertainment, [23] juga berjaya dalam panggung wayang. Pada tahun 2005 beliau menerbit dan membintangi Paheli yang pernah menjadi pilihan India bagi Kategori Filem Asing Terbaik Anugerah Academy namun tidak berjaya memenangi anugerah tersebut. Paheli juga tidak lumayan dalam pawagam.[24] Pada tahun yang sama beliau juga menerbit filem Kaal bersama Karan Johar dan menyanyikan sebuah lagu bagi filem tersebut bersama Malaika Arora Khan.

Nasreen Munni Kabir, seorang pembikin filem British, menerbitkan satu rancangan dokumentari mengenai Khan, "The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan" (2005). Dokumentari ini, yang turut merangkumi jelajah konsert Temptations 2004 beliau, membandingkan dunia dalaman keluarga dan kehidupan seharian Khan dengan dunia luaran kerjayanya. Baru-baru ini buku "Still Reading Khan" yang diterbitkan pada tahun 2006, juga mengisahkan Khan yang bersuara mengenai hidup beliau sekeluarga.

Kini, Khan memegang peranan Kaun Banega Crorepati, versi India Who Wants To Be a Millionaire?[25] setelah mengambil alih peranan itu daripada Amitabh Bachchan. Rancangan ini dianggap rancangan paling popular dalam sejarah televisyen India. Pada 22 Januari 2007, rancangan kuiz tersebut kembali setelah lama menyepi. Ulasan gaya penyampaian Khan kebanyakannya positif kerana kemesraan dan unsur humor beliau. [26]

Pada Oktober 2008, kerajaan Melaka di Malaysia mengumumkan bahawa Khan bakal dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.[27] Perkara ini menjadi perbualan hangat bertahap kontroversi kerana ramai pihak, termasuk SENIMAN mempersoalkan sumbangan beliau kepada negara[28], selain menggambarkan filem One 2 Ka 4 di Melaka pada tahun 2001.[29] Beliau hadir di Melaka untuk menerima anugerah tersebut pada 6 Disember.[30]

Pada Jun 2011, filem My Name is Khan menangi kategori filem terbaik, lirik terbaik, pengarahan terbaik yang dibolot oleh Karan Johar. Pelakon Datuk Shahrukh Khan juga memenangi kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem My Name is Khan dalam Majlis Anugerah Oscar Bollywood di Toronto, Kanada.

Senarai lakonan filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Peranan Nota
1992 Deewana Raja Sahai Pemenang, Filmfare Best Male Debut Award
Idiot Pawan Raghujan
Chamatkar Sunder Srivastava
Raju Ban Gaya Gentleman Raju (Raj Mathur)
Dil Aashna Hai Karan
1993 Maya Memsaab Lalit Kumar
King Uncle Anil Bhansal
Baazigar Ajay Sharma/Vicky Malhotra Pemenang, Filmfare Best Actor Award
Darr Rahul Mehra Tercalon, Filmfare Best Villain Award
Kabhi Haan Kabhi Naa Sunil Pemenang, Filmfare Critics Award for Best Performance
Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Pehla Nasha Dirinya Sendiri Cameo
1994 Anjaam Vijay Agnihotri Pemenang, Filmfare Best Villain Award
1995 Karan Arjun Arjun Singh/Vijay
Zamana Deewana Rahul Malhotra
Guddu Guddu Bahadur
Oh Darling! Yeh Hai India! Hero
Dilwale Dulhania Le Jayenge Raj Malhotra Pemenang, Filmfare Best Actor Award
Ram Jaane Ram Jaane
Trimurti Romi Singh
1996 English Babu Desi Mem Vikram/Hari/Gopal Mayur
Chaahat Roop Rathore
Army Arjun Cameo
Dushman Duniya Ka Badru Kemunculan Istimewa
1997 Gudgudee Kemunculan istimewa
Koyla Shankar
Yes Boss Rahul Joshi Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Pardes Arjun Saagar
Dil To Pagal Hai Rahul Pemenang, Filmfare Best Actor Award
1998 Duplicate Bablu Chaudhry/Manu Dada Tercalon, Filmfare Best Villain Award
Achanak Dirinya sendiri Kemunculan istimewa
Dil Se Amarkant Varma
Kuch Kuch Hota Hai Rahul Khanna Pemenang, Filmfare Best Actor Award
Harikrishnans Kemunculan Istimewa, Filem Tamil
1999 Baadshah Raj Heera/Baadshah Tercalon, Filmfare Best Comedian Award
2000 Phir Bhi Dil Hai Hindustani Ajay Bakshi
Hey Ram Amjad Ali Khan
Josh Max
Har Dil Jo Pyar Karega Rahul Cameo
Mohabbatein Raj Aryan Malhotra Pemenang, Filmfare Critics Award for Best Performance
Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Gaja Gamini Dirinya sendiri Kemunculan istimewa
2001 One 2 Ka 4 Arun Verma
Asoka Asoka
Kabhi Khushi Kabhie Gham... Rahul Raichand Tercalon, Filmfare Best Actor Award
2002 Hum Tumhare Hain Sanam Gopal
Devdas Devdas Mukherjee Pemenang, Filmfare Best Actor Award
Shakti: The Power Jaisingh Kemunculan istimewa
Saathiya Yeshwant Rao Cameo
2003 Chalte Chalte Raj Mathur
Kal Ho Naa Ho Aman Mathur Tercalon, Filmfare Best Actor Award
2004 Yeh Lamhe Judaai Ke Dushant
Main Hoon Na Maj. Ram Prasad Sharma Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Veer-Zaara Veer Pratap Singh Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Swades Mohan Bhargava Pemenang, Filmfare Best Actor Award
2005 Kuch Meetha Ho Jaaye Dirinya sendiri Kemunculan istimewa
Kaal Kemunculan istimewa dalam lagu Kaal Dhamaal
Silsilay Sutradhar Cameo
Paheli Kishenlal/The Ghost
The Inner and Outer World
of Shah Rukh Khan
Dirinya sendiri (Biopic) Documentary directed by British-based author
and director Nasreen Munni Kabir
2006 Alag Kemunculan istimewa dalam lagu Sabse Alag
Kabhi Alvida Naa Kehna Dev Saran Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Don - The Chase Begins Again Vijay/Don Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Tercalon, Asian Film Award for Best Actor
I See You Kemunculan istimewa dalam lagu Subah Subah
2007 Chak De India Kabir Khan Pemenang, Filmfare Best Actor Award
Heyy Babyy Raj Malhotra Kemunculan istimewa dalam lagu Mast Kalandar
Om Shanti Om Om Prakash Makhija/
Om Kapoor
Tercalon, Filmfare Best Actor Award
2008 Krazzy 4 Kemunculan istimewa dalam lagu Break Free
Bhoothnath Aditya Sharma Cameo
Rab Ne Bana Di Jodi Surinder Sahni/Raj Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Kismat Konnection Pencerita
2009 Luck by Chance Dirinya sendiri Guest appearance
Billu Sahir Khan Cameo
2010 Dulha Mil Gaya Pawan Raj Gandhi (PRG) Extended appearance
My Name Is Khan Rizwan Khan Pemenang, Filmfare Best Actor Award
Shahrukh Bola Khoobsurat Hai Tu Dirinya sendiri Kameo
2011 Koochie Koochie Hota Hain Rocky (Voice-over) Pascapenerbitan
Ra.One G.One Pascapenerbitan
Don 2 - The Chase Continues Don Tercalon, Filmfare Best Actor Award
Always Kabhi Kabhi Kemunculan Istimewa Dalam Lagu "Antenna"
Love Breakups Zindagi Dirinya Sendiri Cameo
2012 Jab Tak Hai Jaan Samar Anand Tercalon, Filmfare Best Actor Award
2013 Bombay Talkies Kemunculan Istimewa Dalam Lagu "Apna Bombay Talkies
Chennai Express Rahul

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Bollywood Badshah bats for tech magic at 42nd film festival: Bollywood News – India Today". Indiatoday. intoday.in. 24 November 2011. http://indiatoday.intoday.in/story/42nd-international-film-festival-of-india—iffi-2011-shah-rukh-khan-annual-film-carnival-chief-guest-at-iffi/1/161333.html. Capaian 26 Disember. 
  2. Indianexpress.com : Baadshah of Bollywood
  3. "Acting, not romance, is my forte: Shah Rukh Khan". The Times of India. 7 November 2012. http://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/bollywood/news-interviews/Acting-not-romance-is-my-forte-Shah-Rukh-Khan/articleshow/17127254.cms. Capaian 7 November 2012. 
  4. "Bollywood Gets Political", Foreign Policy in Focus, 24 Oktober 2008. 
  5. "The Rediff Interview / Shah Rukh Khan". Rediff. http://www.rediff.com/movies/2007/mar/16srk.htm. Capaian 5 Julai 2006. 
  6. 2009 interview with an Afghan movie director on Afghan TV channel, Shahrukh Khan menyatakan bahawa datuk belah bapanya berasal dari Afghanistan.
  7. Kidwai, Rasheed. "Badshah at durbar and dinner", The Telegraph, 10 Mei 2013. Dicapai pada 12 Mac 2007. 
  8. SRK to run for Delhi TNN, The Times of India, 30 September 2009. "I was born here, in Talwar Nursing Home. I lived here for more than two decades in Rajinder Nagar"
  9. "Facts you never knew about SRK". indiaFM. 2 November 2006. http://oldbh.bollywoodhungama.com/features/2006/11/02/1777/. Capaian 10 Mei 2013. 
  10. "For an entire year I was sad". Rediff. http://www.rediff.com/movies/2002/jul/10srk.htm. Capaian 10 Mei 2013. 
  11. "I feel like a 25-year-old: King Khan", 3 November 2009. Dicapai pada 10 Mei 2013. 
  12. Siddiqui, Rana. "Much ado about King Khan", The Hindu, 17 November 2006. Dicapai pada 10 Mei 2013. 
  13. Zubair Ahmed. "Who's the real Shah Rukh Khan?", BBC News, 23 September 2005. Dicapai pada 10 Mei 2013. 
  14. The camera chose Shah Rukh Khan
  15. http://news.bbc.co.uk/2/hi/entertainment/2204900.stm Shahrukh goes global]
  16. http://web.archive.org/web/20041011034132/http://www.time.com/time/asia/2004/heroes/hshah_rukh_khan.html
  17. http://web.archive.org/20051222235822/www.boxofficeindia.com/alltime.htm
  18. "´DDLJ´ Enters The Twelfth Year At The Theaters!". planetbollywood.com. http://www.planetbollywood.com/displayArticle.php?id=011307064804. Capaian 14 January. 
  19. http://web.archive.org/20061015173528/www.boxofficeindia.com/shahrukhkhan.htm
  20. http://www.boxofficeindia.com/2001.htm.
  21. http://web.archive.org/20060212104051/www.boxofficeindia.com/2001.htm
  22. http://web.archive.org/20060212104056/www.boxofficeindia.com/2003.htm
  23. http://web.archive.org/20041027004300/www.boxofficeindia.com/2004.htm
  24. http://web.archive.org/20060212103931/www.boxofficeindia.com/2005.htm
  25. http://web.archive.org/web/20070122152737/http://www.iht.com/articles/ap/2007/01/18/arts/AS-A-E-TV-India-Millionaire-Show.php
  26. http://www.businessofcinema.com/2007/22jan/shahrukh_kbc.htm
  27. Amirullah Andi Nur. "Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk", Berita Harian, 2008-10-10. Dicapai pada 2008-10-21. 
  28. Seniman Terkilan Shah Rukh Khan Dikurnia Datuk
  29. "Malaysia knights Bollywood heart-throb amid outcry", AFP, 2008-10-12. Dicapai pada 2008-10-21. 
  30. "SRK is now Datuk Shahrukh Khan", The Times of India, 2008-12-06. Dicapai pada 2008-12-06. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: