Shahrul Anuar bin Zain
| Anuar Zain | |
|---|---|
| Latar belakang | |
| Nama lahir | Shahrul Anuar bin Zain |
| Berasal dari | |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
| Tahun aktif | 1978–kini |
| Laman web | www.anuarzain.com.my |
Shahrul Anuar bin Zain (lahir 15 Februari 1970; juga dikenali sebagai Anuar Zain), merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal. Shahrul Anuar Bin Zain berbintang Aquarius, dilahirkan pada 15 Februari 1970 di Merlimau, Melaka.
Beliau merupakan adik kepada penyanyi wanita, Ziana Zain dan merupakan anak kedua daripada 5 adik-beradik dan satu-satunya yang masih bujang antara mereka.
Antara lagu-lagu yang hitz adalah seperti Keabadian Cinta, Sesucinya Cintamu, Lelaki, dan terbaru - Sedetik Lebih.
Anuar Zain dikatakan antara artis tempatan yang menerima bayaran tertinggi untuk satu-satu persembahan makan malam dengan nilai kira-kira RM50,000.Khabarnya, untuk persembahan sebanyak tiga lagu, bayaran kepada Anuar atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain, 42, mampu mencecah lebih RM20,000 dengan menggunakan minus one.[1]
Isi kandungan |
Perjalanan seni [sunting]
Adik kepada penyanyi Ziana Zain ini merupakan orang terawal yang bergiat ke dunia hiburan pada zaman remaja apabila beliau telah menghasilkan album duet bersama Elena. Ketika itu lagu yang amat diminati ialah "Kain Pelikat".
Namun, perjuangan pasangan duet ini akhirnya terpaksa dibubarkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah kerjaya seni Anuar tidak dapat diteruskan, Anuar mengambil keputusan bekerja bersama syarikat penerbangan MAS, pada penghujung 80-an.
Hampir sepuluh tahun menyepikan diri, akhirnya pada 1998 Anuar Zain muncul kembali apabila beliau menandatanggani kontrak bersama syarikat Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. dan menghasilkan sebuah album yang bertajuk 'Anuar Zain' yang mengandungi lagu-lagu popular seperti "Bila Resah", "Jangan Bersedih Lagi", "Kita" dan "Musim Berlalu".
Pada tahun 2000, beliau telah dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1999. Walau bagaimanapunm perselisihan faham dengan syarikat Warner Music membuatkan beliau keluar dari syarikat itu lalu telah dilamar oleh syarikat Synchsound Music Sdn. Bhd. Beliau menghasilkan album bersama syarikat berkenaan dengan lagu-lagu popular antaranya "Permata", "Mungkin", "Keabadian Cinta", "Sesucinya Cintamu".
Beliau turut cuba menonjolkan diri dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem "Bintang Hati" bersama dengan pelakon dan penyanyi sensasi Amy Mastura. Dengan cubaan demi cubaan, Anuar Zain akhirnya melangkah dengan lebih berani lagi ke dalam industri seni tanah air hingga menjulang namanya apabila dinobatkan dengan pelbagai anugerah. Kini, Anuar Zain masih diminati dan dikenali ramai.
Konsert Anuar Zain Tiga Dekat Muzik Cinta dan Sanubari [sunting]
Nama konsert ini diadakan sempena genap 30 tahun Anuar Zain berada di arena seni suara dengan penuh cinta pada muzik dan beliau sangat sayang pada peminatnya sepenuh hati sanubari.Tambah mengujakan apabila ianya berlangsung sehari selepas sambutan ulangtahun Anuar Zain yang ke 43 tahun. Konsert ini telah diadakan Stadium Melawati,Shah Alam. Anuar Zain memukau hampir 5,000 penonton yang menyaksikan konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari.[2]
Selama 30 tahun sudah cukup membuktikan kredibiliti dan reputasi serta populariti Anuar Zain dan pengalaman 30 tahun itu dikongsi bersama dengan peminat pada malam itu.Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.[3]
30 tahun pancawarna Anuar Zain di dalam gelanggang muzik Malaysia dilagukan merentasi memori terindah bersama pengarah muzik tersohor tanahair, Mac Chew dan dipersembahkan dengan iringan 26 ahli orkestra menjanjikan temasya sebenar meraikan Anuar Zain dan legasi muziknya.
Anuar Zain tampil dengan gaya klasik,juga mendendangkan 20 lagu termasuk yang memperkenalkannya di arena seni. Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar turut mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.[4]
Anugerah/Kejayaan Seni [sunting]
Anugerah Industri Muzik [sunting]
| Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Karya Tercalon | Album / Material | Keputusan | Tewas Kepada |
| 1999 (AIM 6) | Artis Baru Lelaki Terbaik | Menang | |||
| Kulit Album Terbaik | Anuar Zain | Dicalonkan | Hattan - Biso Bonar | ||
| Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Menang | ||||
| Album Pop Terbaik | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Adiwarna | |||
| 2003 (AIM 10) | Kulit Album Terbaik | Anuar Zain | Dicalonkan | Amy Mastura - Akan Datang | |
| Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Menang | ||||
| Album Pop Terbaik | Dicalonkan | Sarah Raisudin - Sarah | |||
| Lagu Terbaik | Keabadian Cinta | Menang | |||
| 2008 (AIM 15) | Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) | Tinggalkan Aku | Anuar Zain | Dicalonkan | Siti Nurhaliza - Cintamu |
| 2011 (AIM 18) | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) | Sedetik Lebih | OST Hikayat Merong Mahawangsa | Menang | |
| Lagu Pop Terbaik | Menang | ||||
| Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Dicalonkan | Dato' Sheila Majid - Jeritan Batinku | |||
| Video Muzik Terbaik | Dicalonkan | Aizat - Susun Silangkata | |||
| Lagu Terbaik | Menang | ||||
Anugerah Juara Lagu [sunting]
| Anugerah Juara Lagu (AJL) | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Tahun | Lagu | Album | Pencipta Lagu | Penulis Lirik | Kategori | Keputusan |
| 1998 (AJL 13) | Bila Resah | Anuar Zain | Aznul Haidi | Aznul Haidi | Pop/Rock | Dicalonkan |
| 2003 (AJL 18) | Keabadian Cinta | Anuar Zain | Azlan Abu Hassan | Azalea | Balada | Dicalonkan |
| 2004 (AJL 19) | Semua Untukmu | Anuar Zain | Sharizan Salmi | Sharizan Salmi | Balada | Dicalonkan |
| 2011 (AJL 26) | Sedetik Lebih (digantikan oleh Jaclyn Victor) | OST Hikayat Merong Mahawangsa | Edry Abdul Halim | Edry Abdul Halim | Terbuka | Dicalonkan |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian [sunting]
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 1998 | Penyanyi Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| 2002 | Penyanyi Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| 2003 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
| 2007 | Penyanyi Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| 2010 | Penyanyi Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| 2011 | Penyanyi Lelaki Popular | Dicalonkan | |
Lain-lain Pencapaian [sunting]
Anugerah ERA 2005
-
- Vokal Lelaki Pilihan
Anugerah Planet Muzik 2005
-
- Penyanyi Lelaki Paling Popular
Anugerah HYPE 2004
-
- Penyanyi Lelaki Ter-HYPE!
Anugerah Media Hiburan 03/04
-
- Penyanyi Lelaki Popular
- Artis Lelaki Kacak
Anugerah Planet Muzik 2004
-
- Penyanyi Lelaki Paling Popular
Anugerah ERA 2003
-
- Vokal Lelaki Pilihan
Anugerah Personaliti Hiburan 2002
-
- Penyanyai Lelaki Solo/Berkumpulan
Diskografi [sunting]
- Anuar Zain (1998)
- Anuar Zain 1998-2002 (2002)
- Anuar Zain (2007)
- MEMORI HIT - Anuar & Ellina (EMI, 2007)
- Anuar Zain (2011)
Album Kompilasi [sunting]
- Anuar Zain - 1998-2002 (2003)
- Best of the Best Anuar & Dayang (2004)
Lagu popular [sunting]
| Tahun | Tajuk | Album | Posisi tertinggi | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| MUZIK fm | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | Bursa Muzik Malaysia | |||||||
| 1998 |
|
Anuar Zain Volume 1 | 1 | 1 | - | 1 | - | ||||
|
3 | 8 | - | - | - | ||||||
| 1999 |
|
1 | 2 | - | 1 | - | |||||
|
7 | 13 | - | - | - | ||||||
|
2 | 4 | - | - | - | ||||||
| 2000 |
Demi Cinta Kita- duet Hetty Sarlene
|
Rindu Aku Rindu oleh Hetty Sarlene | 1 | 1 | - | 1 | - | ||||
|
Soal Hati- trio bersama Erra Fazira & Afdlin Shauki
|
OST Soal Hati | 1 | 1 | - | 1 | - | |||||
| 2002 |
|
Anuar Zain Volume 2 | 1 | 1 | - | 1 | - | ||||
|
11 | - | - | - | - | ||||||
|
11 | - | - | - | - | ||||||
| 2003 |
|
4 | - | - | - | - | |||||
|
2 | 5 | - | - | - | ||||||
|
Kini Bebas - duet Camelia
|
Untukmu oleh Camelia | 1 | 1 | - | 1 | - | |||||
| 2004 | Anuar Zain Volume 2 | 1 | 1 | 1 | 1 | - | |||||
|
Andai duet Amy Mastura |
OST Bintang Hati | 1 | 1 | 1 | 1 | - | |||||
| The Best of Anuar Zain & Dayang Nurfaizah | 1 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||
| 2006 |
|
OST Cinta | 6 | - | 1 | - | - | ||||
| 2007 |
|
Anuar Zain Volume 3 | 3 | 2 | 1 | 1 | - | ||||
|
1 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||
| 2008 |
|
3 | 2 | 1 | 1 | - | |||||
|
1 | 1 | 1 | 1 | - | ||||||
|
3 | 2 | 1 | 1 | - | ||||||
| 2009 |
|
1 | 1 | 1 | 1 | - | |||||
|
3 | 2 | 1 | 1 | - | ||||||
| 2010 |
|
Anuar Zain Volume 4 | 1 | 2 | 1 | 1 | - | ||||
| 2011 |
|
OST Merong Mahawangsa | 3 | 1 | 1 | 1 | 1 | ||||
|
Anuar Zain Volume 4 | ||||||||||
| 2012 |
|
||||||||||
|
Kisah Kita duet Hunny Madu
|
Pulau Janji (album Hunny Madu) | ||||||||||
|
Anuar Zain Volume 4 | ||||||||||
Filem [sunting]
Pautan luar [sunting]
- Anuar Zain Website
- Anuar Zain Buddies (Yahoo! Groups)
- Anuar Zain Circle99
- anuarzain.net
- Anuar Zain Blogspot
- Just Anuar Zain
Rujukan [sunting]
- ↑ Utusan Online. "Anuar Zain terima bayaran tertinggi" Utusan Online, Kuala Lumpur, 17 Julai 2012. Retrieved on 17 February 2013.
- ↑ Hasnurul Mohamed. "Konsert solo tiga dekad Anuar Zain" Konsert Solo Tiga Dekad Anuar Zain, Kuala Lumpur, 19 November 2012. Retrieved on 17 Februari 2013.
- ↑ Arkib. "Eksklusif di konsert", Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 10 February 2013. Retrieved on 8 March 2013.
- ↑ Berita Harian. "Aura Anuar Pukau 5,000 Penonton", Berita Harian, Kuala Lumpur, 17 Februari 2013. Retrieved on 18 Februari 2013.
|
|||||
|
|||||