Shakugan no Shana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shakugan no Shana
Shakugan no shana.jpg
Logo Shakugan no Shana
灼眼のシャナ
(Shakugan no Shana)
Genre Drama, Fantasi, Romantik, Kehidupan sekolah
Manga
Pengarang Yashichiro Takahashi
Penerbit Jepun Dengeki Bunko
Amerika Syarikat Viz Media
Penerbit Lain Taiwan Hong Kong Kadokawa Media
Korea Selatan Daewon C&I
Manga
Pengarang Yashichiro Takahashi (pencipta asal)
Noizi Ito (pereka watak asal)
Ayato Sasakura (seni)
Penerbit Jepun MediaWorks
Penerbit Lain TaiwanHong Kong Kadokawa Media
Korea Selatan Daewon C&I
Amerika Syarikat Viz Media
Anime
Shakugan no Shana
Pengarah Takashi Watanabe
Studio Jepun J.C.Staff
Dilesenkan oleh Amerika Syarikat Geneon
Penyiaran Asal Jepun Animax, MBS, TVA, TV Saitama, Chiba, Kanagawa, Namco
Dikeluarkan pada 5 Oktober 200522 Mac 2006
Episod 24
Permainan
Pembangun MediaWorks
Pengeluar MediaWorks
Genre ADV
Pelantar PlayStation 2
Anime
'Shakugan no Shana Tokubetsuhen: Koi to Onsen no Kougai Gakushuu!'
Pengarah Takashi Watanabe
Studio Jepun J.C.Staff
Dilesenkan oleh Amerika Syarikat Geneon
Episod 1
Permainan
Shakugan no Shana DS
Pembangun MediaWorks
Pengeluar MediaWorks
Genre ADV
Pelantar Nintendo DS
Anime
Pengarah Takashi Watanabe
Lagu/Muzik Kō Ōtani
Studio J.C.Staff
Dikeluarkan pada 21 April 2007
Anime
Shakugan no Shana Second
Pengarah Takashi Watanabe
Studio Jepun J.C.Staff
Penyiaran Asal Jepun MBS, TBS, CBC
Dikeluarkan pada Oktober 2007 – kini
Portal Anime dan Manga

Shakugan no Shana yang juga dikenali sebagai 'Shana' merupakan siri anime yang diadaptasikan daripada novel ringan karya novelis Jepun, Yashichiro Takashi dan diilustrasikan oleh Noizi Ito. Shakugan no Shana mengisarkan cerita tentang Yuji Sakai, seorang pelajar sekolah tinggi Jepun yang biasa di mana secara tidak sengaja telah terlibat dalam peperangan yang kekal, iaitu peperangan antara keseimbangan dan ketidakseimbangan dalam kewujudan. Dalam pada itu, Yuji menjadi kawan dengan watak cerita tersebut: pahlawan yang memperjuangkan keseimbangan kewujudan, di mana Yuji memanggilnya Shana. Siri anime ini menggabungkan unsur fiksyen sains, lebihan kehidupan di alam persekolahan dan fantasi dalam cerita ini.

Shakugan no Shana bermula sebagai siri novel ringan yang dilabelkan dalam kategori seinen oleh Dengeki Bunko dan dicetak oleh Media Works dengan satu novel lengkap yang dikeluarkan pada 10 November 2002 di Jepun. Semakin masa berlalu, siri manga Shakugan no Shana dihasilkan oleh Ayato Sasakura dan pertama kali diterbitkan secara bersiri dalam majalah manga Dengeki Daioh, dalam bulan Februari 2005. kedua-duanya ( manga dan novel ) dikeluarkan di Jepun. Sekarang, sudah tujuh belas buah novel dan tiga jilid manga dikeluarkan. Siri anime telah diadaptasi oleh studio animasi J.C. Staff yang mengandungi 24 episod. Pada bulan Mac 2006, video game Shakugan no Shana untuk konsol Playstation 2 dikeluarkan dan diikuti dengan video game untuk konsol Nintendo DS yang kedua pada bulan Mac 2007.

Anime tambahan yang diaptasikan termasuklah sebuah OVA ( Original Video Animation ) 30 minit dan sebuah wayang gambar telah ditayangkan pada bulan April 2007. Viz Media telah mengumumkan di Comic-Con 2006 bahawa mereka telah melesenkan hak untuk mengeluarkan terjemahan Bahasa Inggeris untuk novel dan manga Shakugan no Shana.

Plot[sunting | sunting sumber]

Yuji Sakai, seorang pelajar sekolah tinggi, menyangka kehidupan normalnya akan beakhir selama-lamanya. Bagaimanapun, tanggapan tersebut berakhir pada suatu hari semasa dalam perjalanan pulangnya ke rumah.

Dunia tiba-tiba membeku, meninggalkan Yuji untuk melihat dalam ketakutan seperti mana api berwarna biru meliputi orang ramai di sekelilingnya. Kemudiannya, seekor raksasa yang menyerupai patung besar muncul dan mula menghisap kesemua api biru ke dalam mulutnya, sehingga ia sedar akan kehadiran Yuji.

Raksasa tersebut bersedia untuk makan Yuji. Sebaik sahaja raksasa itu hendak makan Yuji, seorang budak perempuan dalam pakaian serba hitam dengan mata merah berapi dan rambut yang merah menyala muncul, menghayunkan pedangnya dan berjaya menghapuskan raksasa itu, dan dapat membebaskan Yuji daripada cengkaman raksasa tersebut. Budak perempuan tersebut menggelarkan dirinya sebagai "Flame Haze"(Kabut Api) di mana tugasnya memburu "Penduduk Crimson Realm" dan "Rinne". Apabila Yuji mendapati terdapat api biru di dadanyat, Kabut Api itu memberitahunya bahawaa Yuji yang sebenarnya telah mati dan Yuji sekarang ialah "Torch" (Obor), penggantian sementara untuk manusia yang telah dipadam. Obor mengambil bentuk orang-orang yang telah dipadamkan, tetapi selepas beberapa ketika, mereka akan hilang daripada kewujudan mereka dan memori kehidupan mereka. Tanpa merisaukan kematiannnya yang ketara, Yuji berkawan dengan Kabut Api tersebut dan menamakannya "Shana" sempena nama pedangnya, "Nietono no Shana". Shana menyangka kewujudan Yuji semakin menghilang seperti Obor yang lain, Shana terkejut apabila mengetahui bahawa Yuji bukannya Obor yang biasa , tetapi Obor yang istimewa dipanggil "Mystes" (Mistes): Yuji mempunyai sesuatu di dalamnya, yang dkenali sebagai "Hougu", sesuatu yang mempunyai kebolehan yang tertentu dan sesuatu yang berkuasa serta bernilai. Shana bersedia untuk menjaga Yuji daripada Penduduk Crimson Realm, di mana mungkin mereka sanggup menggunakan Hougu tersebut untuk tujuan yang buruk. Yuji juga terlibat dengan membantu Shana dalam pertarungan mereka.

Pertarungan Shana sebenarnya pertelingkahan yang lama antara Raja dan Penduduk Crimson Realm. Penduduk Crimson Realm mengambil Kuasa Kewujudan, iaitu tenaga yang merupakan asas kehidupan di dunia, daripada manusia dan menggunakannya untuk kepentingan diri mereka. Raja Crimson Realm adalah musuh utama Penduduk Crimson Realm, dan menggunkan Kabut Api untuk menyeimbangkan kuasa kewujudan. Denga itu, Kabut Api mencipta Obor untuk menyeimbangkan Kuasa Kewujudan

Semasa mereka berdua berkawan, masing-masing dapat merasakan tarikan lebih daripada kawan biasa. Semasa pertarungan Shana dengan Kabut Api yang lain, dia sedar apabila Yuji berdekatan dengannya, kuasanya sebagai Kabut Api meningkat.Yoshida Kazumi pula ialah rakan sekelas Sakai Yuji.Dia mencintai Yuji.Kehadiran Shana sebagai pengganti Yukari Hirai yang telah lenyap telah mengganggu Kazumi.Pada mulanya,Hayato Ike(kawan Yuji) membantu Kazumi mendapati Yuji.Lama-kelamaan,dia sendiri yang jatuh cinta pada Kazumi.

Di Malaysia,Shakugan No Shana I disiarkan di NTV7 sebanyak DUA kali.Anime ini pernah dimasukkan ke dalam slot Midnite Anime dan disiarkan pada pukul 12:15 tengah malam,setiap Khamis,Jumaat dan Sabtu.Anime ini juga telah disiarkan pada pukul 12:30 tengah hari,setiap Sabtu.