Shalin Zulkifli
Shalin Zulkifli (lahir 28 Mac 1978 di London, England) ialah seorang pemain boling 10 pin profesional berbangsa Malaysia dan bekas Nombor 1 Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.
Shalin lahir di North Islington dan menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur. Beliau mula bermain boling ketika berusia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an.[1] Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994 menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.
Shalin memegang ijazah dalam Sains Sukan yang mengkhusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan. Kini, beliau memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara.
Isi kandungan |
Penghargaan [sunting]
- Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)
- Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003)
- Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999)
- Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004)
- Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)
- Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)
Kejayaan [sunting]
1994 [sunting]
- Kent Malaysian All-Stars - Juara Terbuka Wanita
1996 [sunting]
- 2nd World Tenpin Team Cup (Calgary, Kanada) - Pingat Gangsa & Undian MVP
- Piala Dunia AMF (Ireland Utara) - tempat ke-2
1998 [sunting]
- Piala Dunia AMF (Kobe, Jepun) - Rekod untuk layak ke 3 peringkat akhir step ladder berturut-turut; tempat ke-3 keseluruhan
1999 [sunting]
- Kejohanan Belia Asia (Singapura)
- Pingat Emas Bergu
- Pingat Emas Pasukan
- Sukan SEA (Brunei)
- Pingat Emas Bergu
- Pingat Emas Kumpulan Bertiga
- Pingat Emas Pasukan
- Pingat Emas Semua Acara
- Pingat Emas Masters
- Pingat Gangsa Perseorangan
2001 [sunting]
- World Tenpin Masters (Essex, England) - Juara Wanita Pertama
- Sukan SEA (Malaysia)
- Pingat Emas Perseorangan
- Pingat Emas Semua Acara
- Pingat Emas Kumpulan Bertiga
- Pingat Emas Pasukan
- Mencatat 8 Rekod Sukan SEA baru
- Terbuka Kota Kinabalu - Juara perseorangan
2002 [sunting]
- Terbuka Antarabangsa Thailand - Juara Masters Terbuka Wanita
- Terbuka Antarabangsa Filipina - Juara Wanita
2003 [sunting]
- World Tenpin Team Cup - Juara Pasukan Wanita
- Kejohanan Boling Tenpin Sedunia - Pingat Emas Pasukan Berlima Wanita
- Terbuka Santa Claus - Tempat ke-2
- Asian Bowling Tour Grand Slam - Juara Wanita
- Asian Bowling Tour (pusiangan Filipina) - Juara Wanita
- World Tenpin - Pingat Emas Berpasukan
2004 [sunting]
- Terbuka Bahrain - Juara Terbuka Wanita
- Terbuka Sinai - Juara Wanita
- ABF Tour (pusingan Thailand) - Juara Wanita
- Terbuka Antarabangsa Malaysia - Juara Wanita
2005 [sunting]
- Kejohanan Boling Komanwel ke-2 (Cyprus)
- Pingat Emas Masters
- Pingat Emas Bergu Campuran
- Pingat Emas Berpasukan
- Pingat Gangsa Berseorangan
- Kejohanan Kebangsaan Malaysia - Juara Terbuka Wanita
Rujukan [sunting]
- ↑ Yusoff, Ruslina (2007-03-28), "Mutiara Damansara: What bowls her over", The New Straits Times