Shamsul Annuar Mohd Baharom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sam
Latar belakang
Nama lahir Shamsul Annuar bin Mohd Baharom
Berasal dari England Basildon, England, United Kingdom
Genre Punk Rock
Pop Punk
Alternative Rock
Pekerjaan Penyanyi
Penerbit Rakaman
Komposer
Penulis
Instrumen Vokal, Gitar
Tahun aktif 2006- kini
Label Bunkface Records
Laman web http://www.facebook.com/bunkfaceband

Shamsul Annuar bin Mohd Baharom atau lebih dikenali sebagai Sam merupakan seorang penyanyi, komposer, pemuzik, dan penerbit album yang bergiat cergas di arena muzik bebas bergenre Punk Rock bersama kugirannya - Bunkface. Sam dilahirkan pada 11 Disember 1987 di Basildon, England, United Kingdom.

Keluarga dan latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sam dilahirkan di England namun sejak umur lima tahun dia sudah kembali ke Malaysia. Anak kacukan British (sebelah ibu) dan Melayu (bapa) ini juga berbakat untuk diketengahkan di dalam bidang komersial. Namun adiknya, Siti Saleha lebih dahulu diberikan peluang untuk beraksi dalam arena komersial. Adik perempuannya itu kemudian mencipta nama dalam bidang lakonan di televisyen menerusi drama Lima Jingga.

Ketika usia belasan tahun kedua ibu bapanya telah bercerai, dan sejak itu Sam dibesarkan oleh bapanya di Klang. Dibesarkan dengan budaya Melayu, Sam dianggap sebagai seorang pemuda yang sangat merendah diri, menghormati orang tua, dan patuh kepada agama. Kerana minatnya dalam bidang muzik, Sam pernah bekerja di Secret Recipe di Bukit Tinggi, Klang semata-mata ingin mengumpul duit membikin album.

Bunkface[sunting | sunting sumber]

Selain Sam, anggota Bunkface yang lain adalah Ahmad Farhan Hashim atau Paan selaku pemain gitar utama dan Mohd. Farouk Jaafar yang mesra dipanggil Youk (bass/vokal latar). Sam mengenali Youk sejak usia lapan tahun, manakala Paan berkawan dengan Biak bermula di darjah dua.

Menyusuri perjalanan Bunkface, ia bermula sekadar sesi jamming biasa antara tiga rakan sekolah ketika menuntut di SMK Sri Andalas, Klang ini yang kemudiannya bertukar menjadi kumpulan muzik. Bunkface mula mendapat perhatian ramai sekitar 2006 melalui penyertaan mereka di rancangan televisyen popular, Blast-off 3. Pencapaian awal Bunkface adalah ketika memenangi tempat pertama dalam pertandingan Battle Of Bands pada Mac di tahun yang sama. Ia telah membuka pintu untuk Bunkface melangkah ke bidang muzik arus perdana biarpun bergerak secara sendiri.

Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP mereka yang pertama berjudul Lesson Of The Season namun lebih popular dengan lagu Silly Lilly. Bunkface meraih anugerah pertamanya di Asia Voice Independent Music Awards 2009 untuk kategori Best College Act. Single berbahasa Melayu yang pertama mereka iaitu Situasi mula melonjakkan lagi populariti mereka sehingga terpilih ke final Anugerah Juara Lagu 2009 dan mengungguli Shout Awards. Lagu tersebut juga meraih pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik ke-17 untuk kategori Lagu Rock Terbaik.

Pada 8 Mac 2010, Bunkface menerbitkan album perdana mereka berjudul Phobia Phoney. Menurut Sam, album itu dihasilkan dengan bajet RM15,000 dan Bunkface akan menumpukan pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum meneroka pasaran luar.

Kontroversi Pembubaran Bunkface[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2010, beberapa akhbar memuatkan berita mengenai perselisihan faham di antara Sam dan anggota kumpulan Bunkface yang lain. Diberitakan Sam tidak berpuas hati kerana kejayaan Bunkface banyak dibantu oleh kesungguhan beliau sahaja. Sam dikatakan mahu meninggalkan kugiran itu dan membentuk kugiran baru.

Tidak lama selepas itu, Sam dan pengurusannya tampil menafikan dakwaan. Menurut mereka, Bunkface masih lagi utuh dan tidak akan berpecah (dalam waktu terdekat ini) sebaliknya akan terus merencana perjalanan seni mereka. Sam bagaimanapun mengakui akan menubuhkan sebuah kugiran indie terbaru iaitu The Azenders, yang lebih banyak menumpukan persembahan secara underground. Menurut Sam, penglibatannya dalam kugiran baru itu tidak bermakna dia mahu meninggalkan Bunkface sebaliknya sekadar mencuba perkara baru. Perkara sebegini banyak dilakukan oleh kugiran-kugiran lain seperti Dewa 19.

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Sam diminati dan disukai oleh ramai gadis kerana wajah comelnya. Pada tahun 2008, Sam dilaporkan menjalin hubungan dengan pengacara tv popular yang juga berdarah kacukan iaitu Juliana Evans. Juliana merupakan kenalan rapat kepada adik Sam sendiri. Hubungan mereka bagaimanapun hanya bertahan selama 2 tahun ekoran usia yang masih muda serta tiada perancangan untuk memanjangkan perhubungan ke jinjang pelamin.

Pada 7 Julai 2010, blog-blog hiburan melaporkan Sam kini sedang menjalin hubungan bersama seorang model iklan komersial yang dikenali sebagai Jeanny Amir.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  1. Sam pernah dikritik kerana kemampuannya menyanyi secara live. Lewat beberapa tahun ini, vokal beliau bertambah baik.
  2. Nama Sam sedikit terjejas ekoran isu bekas pengurus Bunkface yang disifatkan kekwat dan memilih media pada tahun 2008.
  3. Penyebaran gambar aksi nakal Sam yang cuba mencium pipi Juliana Evans pernah hangat seketika pada awal 2009.
  4. Melodi terbitan TV3 pernah memanaskan isu Sam yang hadir hanya dengan memakai singlet ketika sidang media Anugerah Juara Lagu 2009. Sam menjawab secara rasional, dan memohon maaf kepada peminat jika pakaiannya disifatkan sebagai menjolok mata.
  5. Ramai pemerhati seni menyifatkan Bunkface belum layak untuk diiktiraf menerusi Anugerah Kembara AIM 17.
  6. Kontroversi putus cinta dengan Juliana Evans, dimana Jeanny Amir dikaitkan sebagai orang ketiga.
  7. Kontroversi pembubabaran Bunkface apabila Sam dikatakan mahu menubuhkan kumpulan baru setelah berselisih faham dengan anggota lain. Sam dan pengurusannya tampil menafikan dakwaan.

Karya Seni[sunting | sunting sumber]

Sam tidak pernah menerbitkan lagu secara solo, semuanya bersama kugirannya Bunkface dan The Azenders.

Lihat sini untuk diskografi Bunkface

Pencapaian Individu[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Kembara - Anugerah Industri Muzik ke-17
  2. Lagu Rock Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke-17 menerusi lagu ciptaan Sam - Situasi
  3. Komposer Muda Berbakat -Malam Mesra Badan Pelindung Hak Cipta Muzik (MACP)2011
    • Pencalonan
  1. Anugerah Juara Lagu 24 untuk lagu Situasi
  2. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik untuk lagu Prom Queen

Galeri[sunting | sunting sumber]

Bersama anggota perintis Bunkface, 2007 Wajah Sam ketika normal Aksi Sam di pentas, 2009