Shangdi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tokong Syurga

Shangdi, juga dieja sebagai Shang Di, (Bahasa Cina: 上帝; pinyin: Shàngdì; Wade-Giles: 'Shang Ti'; secara harifah: "Maharaja Tertinggi") memaksudkan suatu dewa tertinggi in agama rakyat Cina. Shangdi digelar sebagai kuasa rohani termutlak oleh golongan pemerintah Cina sewaktu Dinasti Shang (商): Shangdi dipercayai sebagai penentu menang kalah dalam peperangan, keberhasilan cucuk tanam, cuaca, dan nasib sesebuah negara pada umumnya. Menurut kepercayaan ini, Shangdi memerintah ramai lagi dewa-dewi yang menguasai alam, serta roh-roh si mati.[1] Shangdi mungkin lebih kepada biduniawi daripada berada di mana-mana, oleh itu amat mengharapkan dewa-dewi yang lain.[2] Shangdi dianggap terlalu jauh untuk disembah secara langsung oleh golongan rakyat biasa. Raja-raja Shang mengaku bahawa mereka mudah berhubung dengan Shangdi menerusi roh-roh nenek moyang mereka.[3] Padahal golongan lain dilarang berantara dengan Shangdi, amalan maharaja selaku "Putera Syurga", memberi baginda hak tunggal untuk menyembah Shangdi.[4] Kebanyakan catatan tulang nujum merakamkan sembahan raja kepada Shangdi untuk menghajatkan hujan.[5] Selepas Dinasti Shang diganti dengan Dinasti Zhou, Shangdi disamaertikan dengan Syurga (天 Tiān).[6] Kerajaan Zhou membangunkan gagasan Mandat Syurga, yang mana maharaja itu memerintah atas restu Syurga, maka penggantian Shang oleh Zhou adalah sah kerana Syurga tidak lagi menyebelahi Shang atas penyelewengan kuasa oleh pemerintah terakhir Shang. Menjelang zaman Dinasti Han, ilmuwan Konfusian terkenal, Zheng Xuan menjelaskan bahawa "Shangdi sama erti dengan Tian." Dong Zhongshu berhujah, "Tian merupakan penguasa mutlak, iaitu raja segala dewa yang harus disanjung oleh sang raja."[7] Shangdi kekal disamaertikan dengan Syurga sejak Dinasti Zhou, sungguhpun nama Shangdi turut digunakan oleh sesetengah penterjemah mubaligh Kristian sebagai nama Tuhan Maha Esa dalam bahasa Cina. Shangdi juga dipanggil "Di" sahaja, berasaskan prasasti yang ditemui pada artifak tulang nujum kaji purba serta Tiga Belas Naskhah dalam kesusasteraan Cina, namun tafsiran bagi "Di" ini agak mengelirukan kerana (帝) bererti "ketuhanan" atau "maharaja"; oleh yang demikian, "Di" boleh memaksudkan dewa-dewi atau maharaja yang legenda mahupun terbukti dalam sejarah.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Zhao, Yanxia. Chinese Religion: A Contextual Approach. 2010. p. 154
  2. Zhao, Yanxia. Chinese Religion: A Contextual Approach. 2010. p. 154
  3. Jeaneane D. Fowler, Merv Fowler, 2008, Chinese religions: beliefs and practices, Sussex Academic Press.
  4. Wu, 8
  5. Wu, 173
  6. "Shangdi", Encyclopædia Britannica, 2011, http://www.britannica.com/EBchecked/topic/538488/Shangdi .
  7. Dong Zhongshu, Han Dynasty, Chunqiu Fanlu."天者,百神之君也,王者之所最尊也"


Rujukan[sunting | sunting sumber]