Sharifah Aini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato Sharifah Aini
Dato' Sharifah Aini sewaktu membuat persembahan
Latar belakang
Nama lahir Sharifah Aini binti Syed Jaafar
Kelahiran 2 Julai 1953
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Kematian 5 Julai 2014 (umur 61)
Pusat Perubatan Pakar Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1968-2014
Label EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
Kegiatan berkait Broery Marantika, Herman Tino, Sudirman Haji Arshad

Dato' Sharifah Aini binti Syed Jaafar (2 Julai 1953 - 5 Julai 2014) adalah seorang penyanyi tersohor di Malaysia yang dikenali sebagai "Biduanita Negara" selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam".

Di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysian Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut selain M Nasir, Anita Sarawak, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah dan Noraniza Idris.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sharifah Aini dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya, dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor. Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan sebuah majlis tertentu di sekolah tersebut. selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian. Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968.[1] Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini.

Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur. Pada tahun 1976, beliau menyanyikan duet dengan Artis No. 1 Indonesia, Broery Marantika. Lagu duet mereka, iaitu Seiring Dan Sejalan telah menjadi siulan peminat di Malaysia dan Indonesia sekaligus melonjakkan namanya dalam industri muzik tanah air. Setelah melebihi 30 tahun dalam bidang hiburan, beliau telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu juga didatangi oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah. Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua penjualan tiket laris dijual. Sebelum ini, Sharifah aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat. Sambutan yang diberikan begitu menggalakkan dan kesemua penjualan tiket laris terjual.

Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara.

Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert "Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini" di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran "Permata Negara"[2] oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain.

Era Sharifah Aini[sunting | sunting sumber]

Di era kegemilangan Sharifah Aini dahulu, di era 70-an, Sharifah adalah artis Malaysia pertama yang membawa gelaran Superstar. Gelaran ini diberikan kepadanya sebagai tanda penghormatan di atas kejayaannya yang telah mengharumkan nama negara sekaligus mencipta nama di peringkat antarabangsa. Selain beliau, artis lain yang juga memegang gelaran yang sama ialah Anita Sarawak. Artis wanita yang juga terkenal di era 70-an adalah Uji Rashid.

Pernah suatu ketika dahulu, Sharifah Aini dan Anita Sarawak dikatakan bersaing. Banyak juga pihak yang mengkritik mereka dari segi pakaian dan juga penampilan. Namun begitu, Sharifah tetap laris dengan menggunakan suaranya. Beliau juga merupakan ikon kepada masyarakat.

Di era 70an dahulu, artis yang sering menjadi penghias muka depan majalah kebanyakannya adalah artis wanita yang terkenal. Antara artis yang pernah menjadi penghias muka depan majalah ialah seperti Sharifah Aini, Anita Sarawak, dan Uji Rashid. Tiga artis wanita terkenal ini merupakan antara artis paling laris ketika itu. Sharifah adalah antara artis penghias muka depan majalah yang terlaris di Malaysia.[perlu rujukan]

Populariti[sunting | sunting sumber]

Sharifah bukan sahaja mengadakan persembahan di rantau Asia, beliau juga telah mengadakan beberapa konsert di Eropah dan populariti Sharifah begitu meluas di Asia Timur Tengah. Selain itu, beliau juga mempunyai peminat yang begitu ramai di Timur Tengah.

Ketika popularitinya sedang memuncak di era 70an dahulu, Sharifah juga menerima pelbagai-bagai gelaran. Antaranya seperti Elizabeth Taylor Malaysia, Dolly Parton Malaysia, Sparkles Diamond Of EMI Malaysia Ratu Muzik Malaysia dan berbagai lagi. Sharifah Aini juga pernah diberi gelaran Royalty Singer oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad kerana beliau adalah artis paling banyak menghasilkan album ketika itu.

Autobiografi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, beliau telah menerbit sebuah novel. Novel tersebut berjudul 55 Reason Why Sharifah Aini Was Not Lying. Ia mengisahkan tentang segala dugaan dan onak duri cabaran serta keperitan hidup beliau selama bergelar anak seni. Paling menarik, novel ini bukan sahaja dijual di Malaysia, ia juga dijual di beberapa negara di Asia seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong, dan Jepun. Beberapa novel yang juga membabitkan beliau ialah seperti novel Biografi Tokoh Wanita Malaysia, The Malaysian Peak dan A tribute To A Woman In Malaysia.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, dari komplikasi fibrosis paru paru (pulmonaty fibrosis). Allahyarhamah berusia 61 tahun.[3] Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 1 Julai 2014. Jenazah telah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Doktor Ismail selepas solat Subuh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.[4]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006).

Biduanita Lagenda[sunting | sunting sumber]

Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa. Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini setelah lama penghormatan ini diberikan kepada Saloma. Kini, selain gelaran Biduanita Negara seperti gelaran Biduanita Muda Negara, artis yang menyandang gelaran ini adalah Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut pernah disandang oleh Datuk Sharifah Aini sewaktu di zaman kegemilangannya dahulu. Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM. Penerimaan anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pertelingkahan dengan ibu[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1978, telah berlakunya suatu pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya akibat tulisan di sebuah tabloid. kes saman adalah antara Sharifah Aini dan Mingguan Tabloid tersebut bukanlah menyaman ibunya. [perlu rujukan]

Kes memfitnah Siti Nurhaliza[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Sharifah Aini dituduh memfitnah penyanyi popular Siti Nurhaliza. Beliau didakwa menyiarkan beberapa tuduhan tertentu yang memfitnah Siti Nurhaliza melalui emel kepada adik angkatnya Ahmad Shaharil Jamaluddin, pensyarah di sebuah kolej di Pulau Pinang, pada 24 Ogos 2004. Kes tersebut berakhir dengan dibuang tanpa perbicaraan.

Perkahwinan di ambang perceraian[sunting | sunting sumber]

Wedding of the Year 1981

Pada tahun 1981, telah berlakunya peristiwa yang bersejarah iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun, perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas Sharifah melahirkan anaknya, Aliff. Perceraian itu berlaku setelah Sharifah Aini mendapati bahawa suaminya itu mempunyai seorang isteri sebelum menikahinya. Setelah beliau bercerai dengan suaminya, Sharifah telah mengahwini dengan seorang ahli korporat yang berpangkat Datuk di luar negara. Perkahwinan kali kedua yang dibina oleh Sharifah juga gagal bertahan. Sharifah telah bercerai dengan suami keduanya pada tahun 1992.

Mentor[sunting | sunting sumber]

Datuk Sharifah Aini dipelawa untuk menjadi salah seorang mentor untuk rancangan realiti Mentor 5.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album EP[sunting | sunting sumber]

  • Seri Dewi Malam (EP - 1970)
  • Kekasih Pujaan (EP - 1970)
  • Aku Dan Dia (EP - 1971)
  • Perasaanku (EP - 1972)
  • Pahit Manis (EP - 1972)
  • Jangan Tinggalkan Daku (EP - 1972)
  • Adat Lama Jangan Dilupa (EP - 1973)
  • Inikah Manusia (EP - 1973)
  • Dia Terlupa (EP - 1973)
  • Kau Telah Disampingku (EP - 1974)
  • Jangan Putarkan Laguku (EP - 1974)
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (EP - 1974)
  • Permintaan Terakhir Dan Rahsia Hati (EP - 1975)
  • Manis Manis (EP - 1975)
  • Surat Dari Seberang (EP - 1977)

Album Era Klasik 70An[sunting | sunting sumber]

  • 1972 - Dari Hati Ke Hati
  • 1973 - Kenanglah Daku
  • 1974 - Cahaya Keinsafan
  • 1975 - Irama Cintaku
  • 1976 - Sharifah Aini
  • 1977 - Inilah Laguku
  • 1977 - Forever And Ever
  • 1978 - Inilah Laguku 2
  • 1979 - Lela Manja
  • 1979 - Inilah Laguku 3
  • 1979 - Women In Love

Album Era Sensasi 80An[sunting | sunting sumber]

  • 1980 - Lagu-Lagu Pujaan (10 tahun - Kompilasi)
  • 1980 - Just For You
  • 1980 - Malam
  • 1981 - Rasa Sayang (Feeling Of Love)
  • 1981 - Harum Dalam Kenangan
  • 1982 - Rahsia Hati
  • 1982 - Collection Plus 2 (Kompilasi)
  • 1983 - Irama Dari Sekeping Hati
  • 1984 - Suara Kedamaian
  • 1984 - He is Beautiful To Me
  • 1984 - Cahayaku
  • 1985 - Dari Masa Hingga Masa 1 Dan 2 (Kompilasi)
  • 1985 - 16 Lagu-Lagu Terbaik Sharifah Aini (Kompilasi)
  • 1986 - Kau Yang Bernama
  • 1987 - The Best Of Sharifah Aini (Kompilasi)
  • 1987 - Kasih
  • 1988 - pilihan Sentimental Emas (Kompilasi)
  • 1988 - Sharifah Aini

Album Era 90An[sunting | sunting sumber]

  • 1991 - Kenangan Manis Vol 1 (Kompilasi)
  • 1992 - Kenangan Manis vol 2 (Kompilasi)
  • 1993 - Koleksi Klasik (Kompilasi)
  • 1994 - Sharifah Aini
  • 1995 - Seraut Wajah Semerdu Suara (Album Live)
  • 1996 - Selamanya (Kompilasi)
  • 1996 - Pilihan Klasik Aidilfitri (Album Kompilasi Raya)
  • 1997 - Nostalgia Aidilfitri
  • 1998 - Yayadan
  • 1998 - Dewi Sukma (Album Kompilasi Sharifah Aini dan Uji Rashid)
  • 1999 - Takkan Melayu Hilang Dunia
  • 1999 - Seri Dewi Sharifah Aini
  • 1999 - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Album Kompilasi Raya)

Album Era Millennium[sunting | sunting sumber]

  • 2000 - Seribu Mawar
  • 2000 - Dewi Intan (Inilah Laguku 1 & Inilah Laguku 2 - Terbitan semula 2 dalam 1)
  • 2000 - Di Pintu Ampun...Menjelang Syawal (Album Raya)
  • 2001 - Kenangan Istimewa Sharifah Aini Dan Broery Marantika (Album Khas Sharifah Aini dan Broery Marantika)
  • 2001 - Alunan Sukma (Sharifah Aini dan Sudirman - Album Khas Trdisional Sharifah Aini dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad)
  • 2002 - Seri Dewi Malam: A Love Story (Album Kompilasi)
  • 2002 - Woman In lLove (Album Kompilasi Inggeris Sharifah Aini)
  • 2003 - Syahdu
  • 2003 - Anugerah Datuk Sharifah Aini (Album Kompilasi)
  • 2003 - Datuk Sharifah Aini: Syawal 1424 (Album Kompilasi Raya Datuk Sharifah Aini)
  • 2004 - Koleksi Memori Datuk Sharifah Aini (Album Komplasi)
  • 2005 - Memori Hit Sentimental Datuk Sharifah Aini (album Kompilasi)
  • 2005 - Bukan Cinta Biasa
  • 2006 - Timeless (Datuk Sharifah Aini - Album Kompilasi)

Album Hari Raya[sunting | sunting sumber]

Album Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Biduanita Negara[sunting | sunting sumber]

  • Juara Bintang RTS (Tiga Malam - 1968)
  • Penghibur Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 1972-1977)
  • Penghibur Wanita Popular (Anugerah PAPITA 1970-1976, 1979)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Hapuslah Airmatamu- Festival Filem Malaysia 1977)
  • Anugerah Lagu Terbaik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975)
  • Anugerah Penghibur Terbaik Asia Pasifik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975)
  • Anugerah Darjah Pingat Setia Mahkota Johor 1983
  • Anugerah Artis Evergreen Paling Sensasi (Anugerah Media Hiburan 2000)
  • Anugerah Pencapaian Seni Terbaik (Anugerah PAPITA 2000) [1]
  • Anugerah Khas Planet Muzik (Anugerah Planet Muzik 2001)
  • Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah 2001)
  • Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002)
  • Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003)
  • Anugerah Diva Sepanjang Zaman (Anugerah Parti Cit Cat Bersama Azwan Ali 2004)
  • Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006)

Kejayaan Karier[sunting | sunting sumber]

  • Memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu 'Tiga Malam'.
  • Penghibur wanita pertama yang menerima anugerah di Festival Filem Asia Pasifik 1977 di Korea.
  • Sharifah adalah merupakan artis yang terkenal dan begitu diminati oleh semua peminat di rantau Asia. Ia sekaligus menjadikan diri beliau sebagai penghibur tersohor Asia.
  • Menjuarai pertandingan di Anugerah Lagu Asia Pasifik pada tahun 1975.
  • Merupakan artis Malaysia dan Asia pertama mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall, Singapura.
  • Artis pertama paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman (EMI) di Malaysia.
  • Sharifah adalah artis Malaysia pertama digelar Superstar. Ia adalah berdasarkan kehebatan populariti beliau yang tiada tandingan serta mampu merentasi di beberapa buah negara di seluruh Asia.
  • Pernah mengadakan persembahan eksklusif dan konsert besar di beberapa negara seperti Jerman, United Kingdom, Belanda, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Jepun, Brunei, Singapura dan Indonesia
  • Artis malaysia pertama paling banyak menghasilkan album di dalam dan luar negara.
  • Nama tercatat di dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Malaysia Pertama Paling Lama Bertahan Di Bawah Satu Syarikat Rakaman'.
  • Sharifah adalah salah seorang tokoh seni yang digelar sebagai Dermawan kerana kejujuran dan keikhlasannya yang sentiasa memberi pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Di sebalik keikhlasan dan kemulian hatinya, beliau juga turut digelar antara Usahawan paling berjaya sekaligus telah menjadi dirinya sebagai seorang Jutawan terkenal. Sharifah mempunyai aset hampir ratusan juta ringgit. Ia adalah hasil daripada kerja keras serta titik peluhnya sendiri selama hampir empat dekad beliau berkecimpung dalam bidang seni suara sekaligus telah meletakkan diri beliau setaraf dengan artis-artis antarabangsa. Namun begitu, beliau tetap merendah diri dan tidak pernah lupa asal-usulnya. Itulah keistimewaan Biduanita Negara dan Asia ini.
  • Sharifah merupakan satu-satunya artis yang masih dijadikan contoh ataupun dipanggil sebagai 'Role Model' oleh semua lapisan masyarakat.
  • Artis Malaysia yang mampu menyanyikan pelbagai rentak lagu seperti Ghazal, Deli, Pop, Evergreen, dan juga Rock serta Hip Hop dengan baik.
  • Sharifah pernah tersenarai dalam 'Lima Tangga Teratas Artis Paling Popular Asia' di sekitar era 70an dahulu.
  • Sharifah merupakan antara artis yang menerima bayaran royalti tertinggi bagi satu penjualan album. Selain beliau, artis lain yang juga merupakan artis bayaran royalti tertinggi ialah seperti Anita Sarawak, Sheila Majid, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi. Beliau juga merupakan artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi satu undangan persembahan.[perlu rujukan]
  • Beliau pernah berbakti dengan membuat 2,518 persembahan amal tanpa bayaran. [5]

Filem lakonan[sunting | sunting sumber]

1976- Hapuslah Airmatamu

1980- Sumber Ilhamku

1981- Bintang Pujaan

2006- Diva Popular

2013- Penanggal

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Seiring Dan Sejalan - duet bersama Broery Marantika
  • Hapuslah Air Matamu
  • Bunga Tanjung
  • Jalak Lenteng
  • Maafkanlah
  • Yayadan
  • Seksa
  • Dondang Sayang
  • Sri Mersing
  • Mak Inang Melayu - duet bersama Sudirman Haji Arshad
  • Fatwa Pujangga
  • Seribu Mawar
  • Hatiku Melekat Di Hatimu
  • Ingatan Manis Di Bulan September
  • Jatuh Cinta
  • Kasihnya Ibu
  • Kau Tinggi Di Awan Biru
  • Hiburkanlah Hatiku
  • Kau Pergi Tanpa Pesan
  • Kau Racun Hidupku
  • Jauh Di Mata
  • Seri Dewi Malam
  • Kau Yang Bernama
  • Yang Sangat Ku Sayang
  • Kekasih Pujaan
  • Keresahan
  • Putus Kasih
  • Oh Di Mana
  • Di Pinggir Kayangan
  • Pantun Kasih
  • Gerimis Mengundang
  • Patah Hati
  • Seroja
  • Teratai
  • Perasaan Hati - duet bersama Broery Marantika
  • Kudaku Lari
  • Anak Ayam - duet bersama Too Phat
  • Sumber Ilham Seniku
  • Cemburu
  • Kasih
  • Kisah Yang Lalu
  • Melayu Takkan Hilang Di Dunia
  • Songket
  • Terbang Helang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (TERKINI 5 A.M) Kak Pah Dan Hilangnya Permata Negara…
  2. http://carmahlms.com/sharifah%20aini/ArtcileindexA2Z/ART19saldpn.htm
  3. Aini meninggal dunia Berita Harian 2014/07/05 -02:08:22 AM
  4. Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia. - Muzaffar Mustapa, Astro Awani, Kemas kini: Julai 05, 2014, (Diterbitkan pada: Julai 05, 2014 01:45 MYT)
  5. BEKAS SUAMI SHARIFAH AINI TERSENTUH HATI, oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (Bi Pop: Berita Minggu, 7 Januari 2007)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]