Sharifah Hanim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sharifah Hanim
Sharifah Hanim.jpg
Kelahiran Sharifah Hanim binti Syed Hamzah
Arau, Perlis, Malaysia
Meninggal dunia November 25, 2003
Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, ahli perniagaan
Tahun aktif 1959 - 1997
Terkenal kerana Menerusi lakonan dalam filem Masam-Masam Manis

Sharifah Hanim (dilahirkan sebagai Sharifah Hanim binti Syed Hamzah)[1][2] merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan[2][3] yang berasal dari Arau, Perlis. Selain itu, beliau merupakan kerabat diraja Perlis dan merupakan anak perempuan pertama kepada Tuanku Syed Hamzah iaitu Raja Negeri Perlis semasa era pemerintahan Jepun.[2] Beliau merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.[4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau diputerikan di Bandar Diraja Arau, Perlis pada 1935 daripada bondanya, Sharifah Amina binti Syed Abbas Al-Sagoff yang merupakan isteri ketiga kepada Tuanku Syed Hamzah Jamalullail. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid sehingga peringkat Senior Cambridge. Beliau juga pernah bertugas sebagai juruhebah sambilan di Radio Malaysia dan juga sebagai operator telefon di Bank Negara Malaysia.[2] Beliau juga merupakan juara pertandingan Ratu UMNO pada tahun 1956.[2][5]

Perkahwinan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 1957 dengan Jazamudin Baharuddin yang merupakan seorang penulis dengan nama pena, Adi Muara. Hasil daripada perkahwinan ini, beliau dan suami telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sulasteri dan Siti Asma. Suami beliau telah memperkenalkannya kepada dunia perfileman dan filem Masam-Masam Manis merupakan kemuncak populariti beliau dalam industri perfileman Melayu pada tahun 1965. P. Ramlee sendiri telah mendapatkan kebenaran daripada pihak Istana Perlis sebelum beliau memulakan pengambaran filem berkenaan. Jodoh beliau bersama suaminya tidak berpanjangan dan pada tahun 1974, mereka bercerai. Penglibatan beliau dalam dunia lakonan agak terhad kerana beliau lebih menumpukan perhatian terhadap anak-anaknya. Selepas penutupan Studio Merdeka, beliau berhenti berlakon dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan.[2][3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau mangkat di Kuala Lumpur akibat masalah kencing manis, darah tinggi[2][6] dan hati dalam usia 69 tahun. Setelah dua bulan gering, beliau mangkat pada tahun 2003. Sebelumnya, beliau pernah menderita masalah tulang pinggul akibat terjatuh. Jenazah beliau telah dibawa ke Perlis dan dimakamkan di Makam Diraja Lama Arau.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai yang tidak lengkap mengenai filem dan drama lakonan beliau. Senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

Peranan dalam filem
Tahun Tajuk Peranan
1959 Rahsia Hatiku
1962 Anakku Suamiku
1965 Masam-Masam Manis Norkiah Hanum
1969 Bukan Salah Ibu Mengandong
1970 Asmara Kirana
1973 Satu Penentuan
1973 Penyamun Si Bongkok
1975 Pertiwi
Kemunculan dalam televisyen
Tahun Tajuk Terbitan Nota
1977 Membelah Awan RTM Filem ini diarahkan oleh Roslee Jalil.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Koleksi P. Ramlee. Felix Entertainment. 2011. m/s. 49. ISBN 978-967-10012-0-2. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 "Sharifah Hanim". 15 Januari 2013. http://tengkusyah.blogspot.com/2013/01/sharifah-hanim.html. Capaian 9 Mac 2013. 
  3. 3.0 3.1 Abdul Aziz Itar. "Perginya dua bintang veteran", 28 November 2003. Dicapai pada 9 Mac 2013. 
  4. Filem-Filem P. Ramlee. Kerajaan Negeri Sarawak. 2008. m/s. 261. ISBN 978-983-43591-0-2. 
  5. "Royal burial for actress Sharifah Hanim", 28 November 2003. Dicapai pada 9 Mac 2013. 
  6. Muzlina Abu Bakar. "Sharifah Hanim terlantar di hospital", 8 Oktober 2003. Dicapai pada 9 Mac 2013. 
  7. "Yang Amat Mulia Sharifah Hanim". 7 Mei 2011. http://syukury.wordpress.com/2011/05/07/. Capaian 9 Mac 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]