Sharnaaz Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 26 Mei 2015.
Kelahiran
Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad

(1985-08-30) 30 Ogos 1985 (umur 38)
PendidikanPerakaunan Perniagaan
Pusat pendidikanKolej Polytech MARA
PekerjaanPelakon, pengacara, pengarah, penerbit
Tahun aktif2009–kini
PasanganNoor Nabila Mohd Noor (k. 2017; c. 2020)
Anak-anak1
Ibu bapa
  • Datuk Basir Ahmad (bapa)
  • Datuk Marina Puteh (ibu)

Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad (lahir 30 Ogos 1985) ialah seorang pelakon, pengacara, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia.[1][2][3] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2009 menerusi watak pembantu dalam drama bersiri Tari Tirana arahan Shahrulezad Mohameddin sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A. dan Dottie pada tahun 2010. Biarpun bermula menerusi watak ringan,[4][5] nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila pengarah Michael Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Sejak itu, Sharnaaz telah membintangi beberapa siri drama televisyen terkenal seperti Bukan Bidadari (2012), Bukan Kerana Aku Tak Cinta (2013), Suamiku Encik Sotong (2014), Mencintaimu (2015), Mr. Hijab (2017), Cinta Bukan Kristal (2018), Lelakimu Yang Dulu (2019) dan I Promise Janji Anaqi (2021). Beliau membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem Seru (2011) sebelum membintangi dalam beberapa filem seperti Juvana (2013), Sembunyi: Amukan Azazil (2013), Dollah Superstar (2014), Gila Baby (2014), Jebat (2020) dan Polis EVO 3 (2023).

Sharnaaz mula menduduki kerusi pengarah dengan mengarahkan telefilem pertamanya, Lukisan Cinta (2017) yang mana beliau sendiri turut berlakon. Beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai penerbit untuk telefilem Raya Talak Satu dan Jangan Masuk Rumahku. Sepanjang kerjaya lakonannya, beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan telah bekerjasama dengan ramai pelakon seangkatannya seperti Amar Baharin, Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nad Zainal dan Emma Maembong selain dikaitkan dengan banyak isu dan kontroversi.[6] Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan atas bakat lakonannya,[7] antaranya ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur dan Anugerah MeleTOP Era.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sharnaaz dilahirkan pada 30 Ogos 1985 di Georgetown, Pulau Pinang dan merupakan anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan. Basir yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga P. Ramlee juga pernah menyertai beberapa kugiran ketika era pop yeh yeh 60an.[8] Selepas menamatkan pengajian di Kolej Polytech MARA pada tahun 2008 dalam jurusan perakaunan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2009–2013: Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Penglibatan Sharnaaz dalam industri hiburan bermula dengan menyertai pertandingan 50 Most Eligible Bachelor.[9] Kemudian, kerjaya lakonannya bermula apabila pengarah, Shahrulezad Mohameddin menawarkannya berlakon dalam drama bersiri Tari Tirana lakonan Wan Sharmila, Shahz Jaszle dan Nadia Aqilah dengan memegang watak Ali. Ketika awal pembabitannya, Sharnaaz sering ditipu oleh agensi lakonan yang menjanjikan pelbagai watak namun mereka membatalkan disaat akhir. Akibatnya, beliau mula hampir putus asa sebelum mengambil keputusan untuk membina keyakinan diri dan penampilan tubuh badan.[10][11] Sharnaaz juga menyertai syarikat pengurusan Groom Works pada tahun 2010.[12] Hasilnya, setelah itu beliau berjaya muncul sebagai watak utama dalam drama bersiri K.I.T.A. arahan Micheal Ang dan bergandingan dengan pelakon Scha Al-Yahya yang menjadi titik mula namanya dikenali.

Beliau kemudian berlakon dalam Pasukan Gerakan Marin musim kedua yang disiarkan di TV9.[13] Kerana populariti yang makin meningkat, Sharnaaz berpeluang memegang watak utama dalam filem pertamanya, Seru arahan bersama Woo Ming Jin dan Pierre Andre. Pada awal tahun 2011, namanya mula mendapat perhatian umum malah turut tersenarai dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24.[14]

Kerjaya lakonannya berkembang dalam waktu yang agak singkat dan kehadirannya sebagai pelakon pelapis amat diperlukan kerana kemampuan bakat lakonannya dalam menjelmakan pelbagai watak dari komedi ke antagonis dan dramatik. Sehingga tahun 2013, beliau muncul dalam drama-drama arahan Michael Ang seperti Kum Kum, Pontianak Kampung Batu dan Patah Seribu yang digandingkan bersama bekas kekasihnya iaitu Shila Amzah, sehingga beliau digelar anak emas pengarah tersebut. Gandingan tersebut begitu mantap dan serasi bahkan mampu menitiskan airmata penonton.[15][16] Beliau juga muncul dalam drama arahan pengarah lain demi mencari kelainan seperti drama Ariana Mikhail, Bukan Bidadari dan telefilem Di Bawah Langitmu.

Setelah dilamar pengarah hebat Kabir Bhatia untuk muncul dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil, beliau sekali lagi diberi peluang untuk membintangi filem Juvana dengan memegang watak sebagai Lan Todak, yang akhirnya menjadi era kemuncak kerjayanya sebagai aktor. Lakonannya dalam watak antagonis seorang pelajar sekolah menengah dibawah hukuman juvana yang mempunyai masalah psikologi itu menjadi sebutan dan disifatkan antara watak jahat paling ikonik dalam industri perfileman Melayu.

Pada tahun 2013, nama Sharnaaz akhirnya mendapat tempat di mata pengkritik apabila lakonan mantapnya sebagai suami panas baran dalam telefilem Di Bawah Langitmu bersama Nora Danish membolehkannya bersaing dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin. Dalam majlis sama, beliau juga turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) menerusi lakonan sebagai Lan Todak dalam filem Juvana. Biarpun tewas kepada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman, namun sejak itu namanya sudah diangkat sebaris dengan nama-nama besar dalam bidang lakonan tanahair.

2014–2017: Kejayaan kritis[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, nama Sharnaaz cukup sinonim dengan kejayaan drama bersiri 60 episod berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mencipta fenomena tersendiri sebagai antara drama bersiri paling ramai penonton pada tahun itu.[17] Drama ini menggandingkan beliau bersama Nelydia Senrose buat pertama kali. Ini kemudian diikuti dengan Setitis Kasih Darmia yang kembali menggandikan beliau bersama Nelydia. Tawaran berlakon filem tetap diperolehinya pada tahun itu apabila beliau berlakon dalam dua filem serentak, Dollah Superstar sebagai Shah Dazzle dan Gila Baby sebagai Roy. Kedua-duanya ialah arahan Kabir Bhatia.

Sharnaaz kemudian berlakon bersama Amyra Rosli dalam drama Suamiku Encik Sotong yang diadaptasi dari novel 2013 bertajuk sama karya Syikin Zainal dan disiarkan di Astro Ria dari 27 Oktober 2014 sehingga 9 Mac 2015.[18][19] Beliau juga membintangi sebuah drama TV Singapura, Danny The Series lakonan bersama Elfaeza Ul Haq yang disiarkan di Mediacorp Suria. Menerusi persembahannya dalam drama ini, beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) di Pesta Perdana Singapura ke-12.

Sharnaaz berlakon bersama Fathia Latiff dalam filem Darah Panas arahan Arjin Uppal yang ditayangkan pada 4 Jun 2015. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Ady, seorang pemuda yang menghormati wanita Islam.[20] Beliau turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan apabila menjadi pengacara bersama Scha Al-Yahya dalam rancangan TV realiti nyanyian, Gempak Superstar yang bersiaran di Astro Ria dari 10 April sehingga 15 Mei 2016. Kemudian, beliau menjadi Chief Lawak bersama-sama dengan Johan dalam Maharaja Lawak Mega 2016. Tawaran berlakon tetap diperolehinya apabila berlakon bersama Ayda Jebat dalam Awak Sangat Nakal dengan melakonkan watak sebagai Johan Rizqin.

Melengkapkan portfolio kerjaya seninya, Sharnaaz membuat penampilan sulungnya dalam bidang pengarahan apabila beliau mengarahkan telefilem pertamanya, Lukisan Cinta yang merupakan idea asalnya dan turut berlakon dengan memegang watak utama bersama Nabila Huda. Ditayangkan pada 28 Januari 2017 di Astro Ria, telefilem ini turut dibintangi oleh Azhan Rani, Normah Damanhuri, Oktovia Manrose, Mubarak Majid dan Amai Kamarudin.[21][22][23]

Bekerja di bawah arahan Bade Hj. Azmi, beliau memegang watak utama sebagai Inspektor Rudy dalam filem Sindiket yang berkisarkan tentang sindiket pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia. Filem ini ditayangkan pada 6 April 2017 dan turut dibintangi oleh Daphne Iking, Tony Eusoff, Sharifah Amani dan Liyana Jasmay.[24] Beliau kemudian kembali bekerjasama dengan Nabila Huda menerusi drama Mr. Hijab yang disiarkan di Slot Iris TV3.[25]

2018–kini: Pengembangan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Satu-satunya drama lakonan beliau bagi tahun 2018 ialah Cinta Bukan Kristal disiarkan di slot Akasia TV3 dengan memegang watak sebagai Adrian Hilman. Drama ini kembali menggandingkan Sharnaaz bersama Ayda selepas kerjasama hebat mereka dalam Awak Sangat Nakal. Ia turut dibintangi oleh pelakon Brunei, Nina Iskandar. Beliau kemudian membintangi telefilem Aidiladha, Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi lakonan bersama Vanidah Imran, Liza Abdullah, Eyra Hazali dan Aedy Ashraf yang disiarkan di TV2.[26]

Pada tahun 2019, beliau berlakon dalam drama Devoted yang disiarkan di Viu dengan memegang watak sebagai Iskandar, seorang pelampau yang memperjuangkan pemahaman di luar logik akal manusia. Sharnaaz berkata mengenai wataknya dalam drama itu: “Iskandar merupakan seorang lelaki yang pandai berbicara dan merekrut pengikut-pengikutnya menerusi percakapan. Bagaimanapun prinsipnya tidak melibatkan agama, cuma lebih ke arah cara berfikir dalam kalangan masyarakat moden". Selain beliau, Devoted turut dibintangi oleh Corinne Adrienne, Faizal Hussein dan Aqasha.[27][28]

Beliau memegang watak sebagai Hazrul dalam drama adaptasi novel karya Farah Darianna, Lelakimu Yang Dulu yang mengisahkan tentang Hazrul dan Daliya yang terpisah apabila Hazrul meringkuk dalam penjara atas kesalahan merogol. Daliya yang terluka membawa diri bersama kandungan yang dirahsiakan daripada Hazrul. Drama ini kembali menggandingkan beliau bersama Nelydia Senrose.[29]

Pada September 2020, Sharnaaz bersama Nelydia kembali menjayakan peranan masing-masing sebagai Hannah Mastura dan Jebat dalam filem adaptasi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Jebat yang ditayangkan pada 3 September di Astro First.[30]

Dari 25 November sehingga 24 Disember 2020, Sharnaaz melakonkan watak sebagai Rizal dalam drama Isteri Misteri lakonan bersama Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah, Azar Azmi dan Azira Shafinaz. Ia merupakan drama VIU Originals keduanya selepas Devoted.[31][32] Beliau kembali bekerja di bawah arahan Michael Ang dengan melakonkan watak utama bersama Emma Maembong dalam drama I Promise Janji Anaqi yang diadaptasi dari novel 2019 bertajuk sama karya Acik Lana.[33] Menerusi drama ini, beliau memegang watak sebagai Anaqi, seorang pembunuh upahan yang menjadi buruan akibat kisah lampaunya.[34]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dari 2011 sehingga 2013, Sharnaaz sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi dan anak sulung penyanyi veteran, ND Lala, Shila Amzah,[35][36][37][38] namun memutuskan hubungan mereka selepas Sharnaaz hilang hormat kepada bapa Shila berikutan konflik yang berlaku antara mereka dengan ND Lala.[39][40] Beliau kemudian menjalin hubungan dengan pelakon, Anis Al-Idrus selama setahun, dari 2014 sehingga 2015.[41][42][43]

Sharnaaz berkahwin dengan ahli perniagaan, Noor Nabila Mohd Noor yang merupakan kakak kepada pelakon dan pengacara, Neelofa, pada 31 Mac 2017.[44][45][46] Bersama Nabila, beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Sharnaaz yang ke-33.[47] Pasangan ini memfailkan perceraian secara hakam pada 9 Julai 2020.[48][49]


Pada 2023, Sharnaaz digosipkan bercinta dengan pelakon muda iaitu Amelia Christie. Hal ini kerana Sharnaaz sering membawa Amelia semasa mempromosikan filem Polis EVO 3. Mereka juga bersama-sama menghadiri majlis pelancaran filem tersebut dan kelihatan begitu mesra. Mereka juga sering memuat naik gambar bersama dengan caption berbaur kemesraan. Amelia juga mula rapat dan mempunyai hubungan baik dengan bekas isteri Sharnaaz, Noor Nabila serta keluarganya.

Tetapi pada tahun 2024, mereka dikhabarkan putus cinta kerana masing-masing telah mengunfollow akaun Instagram antara satu sama lain. Amelia juga telah memadam gambar-gambarnya bersama Sharnaaz. Sharnaaz telah memberikan kenyataan bahawa dia tidak pernah mengakui hubungan dia dan Amelia selama ini sedangkan kerapatan mereka selama ini dilihat begitu mesra seperti pasangan kekasih.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2011 Seru Jeff Filem pertama
2013 Juvana Lan Todak
Sembunyi: Amukan Azazil Atan
2014 Dollah Superstar Shah Dazzlee
Gila Baby Roy
2015 Darah Panas Ady
Transformers: Age of Extinction[50][51][52] Galvatron Alih suara BM
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir Lan Todak Penampilan khas
2017 Sindiket Inspektor Rudy
2019 Wangi Khuzairi
2020 Jebat Jebat
2023 Polis EVO 3 Reza
2024 Mak Filem pendek
The Original Gangster Ryan Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Tari Tirana Ali TV3 Drama pertama
2010 K.I.T.A Azali Astro Ria
Dottie Ameer
2011 Kasih Alia Qausar TV3
Kum Kum The Series Yusof Astro Ria
2012 Ariana Mikhail Ray TV9
Memberku Hawa Ghaz TV3
Bicara Hati Tengku Syahran Astro Prima
Bukan Bidadari Arif TV3
2013 Ruby Benjamin
Mira Sofea Rayyan Astro Prima
2014 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Jebat Astro Mustika HD
Setitis Kasih Darmia Khairul Amir TV9
Suamiku Encik Sotong Farish Astro Ria
Danny The Series Danny Mediacorp Suria
Mukhlis (Musim 1) Haikal TV2
2015 Babyana Ray / Rahman
Mencintaimu Hisham TV3
Abang Sado Kau Ado Sharnaaz
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Raykal Astro Mustika HD
2016 BOMBA Hero Khalid TV2
Mukhlis (Musim 2) Haikal
Awak Sangat Nakal Johan Rizqin Astro Ria
2017 Mr. Hijab Rem TV3
2018 Cinta Bukan Kristal Adrian Hilman
2019 Devoted Iskandar Viu
Dia Yang Ku Cinta Luqman TV3
Lelakimu Yang Dulu Hazrul Izzuddin
2020 Pelindung Seorang Puteri Hazril Astro Ria
Isteri Misteri Rizal Viu
2021 Cinta Ramadan & Danny Danny Astro Prima
I Promise Janji Anaqi Anaqi Astro Ria
2023 Budak Hostel Otaknya Sewel Cikgu Daniel

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Dalca Mami Georgetown Radzi Astro Prima Telefilem pertama
2010 Anak Rintih Dino
Pontianak Kampung Batu Astro Ria
2011 Ungunya Cinta Afandi
Kum Kum Yusof
Mendongak Ke Langit Hariz
Tangisan Langsuir Halim Astro Prima
2012 Rahsia Hati Rayyan TV9
Warkah Cinta Mat Rock Eddie TV3
Patah Seribu Azu Astro Ria
Di Bawah Langitmu Osman TV3
Korban Kasih Ihsan TV AlHijrah
2014 Bintang Hati Farhan TV2
Perempuan Lindungan Kaabah Fareez Astro First Eksklusif
2015 Ramadan Jangan Tinggal Kami TV3
Hidupku, Solatku, Matiku Nordin Astro Oasis
2016 Yang Terakhir Untukku Jay TV3
2017 Lukisan Cinta Khairul Astro Ria Sebagai pengarah dan penerbit
Gelap Ghazlan TV1
2018 Datangmu Ku Benci, Pergimu Ku Tangisi Ezad TV2
2019 Aku Bukan Bidadari Hisyam TV3
2020 Jam Tangan Paksu Paksu Adam TV1
2021 Aku Bukan Malaikat Hisham
Syurga Tanpa Dosa Aiman TV2
2022 Raya Talak 1 Jojo Astro Ria Sebagai penerbit
Jangan Masuk Rumahku Sebagai penerbit

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Harta Dalam Stor (Musim 2) Artis jemputan Astro Ria
2016 Gempak Superstar Pengacara Bersama Scha Al-Yahya
Maharaja Lawak Mega 2016 Chief Lawak Astro Warna Bersama Johan (Jonaz)
2017 Perang Jantina Pengacara Astro Ria Bersama Siti Elizad
2021 Maharaja Lawak Mega 2021 Juri Misteri (Sang Bara) Astro Warna Mendedahkan Identitinya Di Minggu Akhir
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Juri Jemputan Menggantikan Remy Ishak
Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) Pengacara Bersama Elly Mazlein
Melodi Pengacara undangan TV3
2022–2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Juri Tetap Astro Warna

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Produk Catatan
2016 Men's Biorè
2020 Coffee Mamu Barista
2020 Perfume Athur& Antena

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2012 Anugerah Blokbuster Pertama Hero Popular Seru Tercalon
2013 Anugerah Melodi Pertama Artis Sensasi Tercalon
Anugerah Skrin ke–17 Pelakon Lelaki Terbaik Drama Di Bawah Langit Mu Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Juvana Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Sembunyi: Amukan Azazil Tercalon
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama Pelakon Lelaki Pilihan Ruby Tercalon
Barisan Pelakon Drama Pilihan Tercalon
Hero & Heroin Drama Pilihan (bersama Siti Saleha) Tercalon
Anugerah Astro On the Go Fan Choice Favourite Fuyooo Actor Bukan Kerana Aku Tak Cinta Tercalon
Festival Filem Malaysia ke–26 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Juvana Tercalon
2015 Anugerah MeleTOP Era ke–2 Pelakon TV MeleTOP Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–3 Pelakon Lelaki Drama Pilihan Setitis Kasih Darmia Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
Hero & Heroin Pilihan (bersama Nelydia Senrose) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Artis Paling Kontroversi Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Nelydia Senrose) Tercalon
Anugerah Melodi ke–3 Artis Lelaki Pilihan Tercalon
Artis Sensasi Menang
Anugerah Lawak Warna ke–3 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Gila Baby Tercalon
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)[53] Suamiku Encik Sotong Menang
Pesta Perdana Singapura ke–12 Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Danny The Series Menang
Anugerah Skrin ke–19 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Gila Baby Menang
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Pelakon Filem Lelaki Popular Darah Panas Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Farihad Shalla Mahmud (3 Januari 2012). "Masih cari keserasian". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  2. ^ Norhadiani Baharom (27 Jun 2013). "Sanggup buat apa saja demi lakonan". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  3. ^ "Prinsip Sharnaaz Ahmad". Utusan Malaysia. 5 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2015. Dicapai pada 17 Mac 2017.
  4. ^ Hizreen Kamal (9 Februari 2011). "Sharnaaz's hooked on acting" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  5. ^ Affan Rostam (1 Januari 2023). "Mengantuk bawa watak hero romantik". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mac 2023.
  6. ^ Zaidi Mohamad (17 Julai 2011). "'Orang mula pijak kepala'". Berita Minggu. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  7. ^ "Sharnaaz Ahmad and Elfaeza Ul Haq win top honours at Pesta Perdana 13" (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. Dicapai pada 18 Julai 2017.
  8. ^ "PENJELASAN SHARNAAZ ISU LETAKKAN P.RAMLEE PADA 'ARAS KAKI'? - SENSASI MALAYSIA". Sensasi Malaysia. 22 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Februari 2017. Dicapai pada 17 Mac 2017.
  9. ^ Hellinie Sina (9 Februari 2014). "Sharnaaz mahu bersara". Metro Ahad. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  10. ^ Rozdan Mazalan (21 November 2009). "Sharnaaz pentingkan kesihatan mata". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  11. ^ "Sharnaaz sahut cabaran". Harian Metro. 21 November 2009. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  12. ^ Zaidi Mohamad (16 April 2010). "Hero baru dalam industri". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  13. ^ "Sharnaaz dalam Skuad: Pasukan Gerakan Marin". Metro Ahad. 3 Oktober 2010. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  14. ^ Zaidi Mohamad (5 Disember 2010). "Sharnaaz seronok tersenarai". Berita Minggu. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  15. ^ Zul Husni Abdul Hamid (4 Mac 2012). "Eskpresi Shila, Sharnaaz". Berita Minggu. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  16. ^ Nor Akmar Samudin (22 Februari 2012). "Tak ambil kesempatan". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  17. ^ "Bukan Kerana Aku Tak Cinta Gandingkan Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose". Sinar FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-24. Dicapai pada 22 Jun 2015.
  18. ^ Farhana Ab Rahman (14 Mac 2015). "Encik Sotong mahu watak wanita". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  19. ^ Syanty Octavia Amry (8 November 2014). "'Ramai nak tengok SHARNAAZ LEMBUT'". Harian Metro. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  20. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (24 Mei 2015). "Kunci mulut soal hati". Berita Minggu. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  21. ^ Ashraf Nasser (5 April 2016). "Sharnaaz Ahmad timba pengalaman berharga sebagai pengarah". Cinema Online. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  22. ^ Mohd Al Qayum Azizi (3 April 2016). "Bergelar Pengarah Ajar Sharnaaz Ahmad Erti Kesabaran". mStar Online. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  23. ^ Ashraf Nasser (11 Februari 2017). "Sharnaaz teruja telefilem sulung arahannya dapat sambutan". Cinema Online. Dicapai pada 20 Mac 2019.
  24. ^ "Trafficking in pain" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 17 Mac 2017. Dicapai pada 18 Julai 2017.
  25. ^ Budiey (17 Oktober 2017). "Sharnaaz Ahmad jual tudung dalam drama Mr. Hijab". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  26. ^ Budiey (13 Ogos 2018). "Erti Pengorbanan Sebenar Dalam Empat Telemovie Khas Aidiladha". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 Mac 2019.
  27. ^ Izwan Mohd Isa (29 Mac 2019). "Percubaan baharu Sharnaaz Ahmad". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2019. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  28. ^ Ashraf Nasser (1 April 2019). "Sharnaaz Ahmad teruja terlibat dengan siri asal VIU "Devoted"". Cinema Online. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  29. ^ Zaidi Che (23 September 2019). "Lelakimu Yang Dulu: Masihkah ada cinta di hati Sharnaaz Ahmad". Stail.my. Dicapai pada 1 Oktober 2019.
  30. ^ "Actor Sharnaaz Ahmad and Nelydia Senrose back together for film Jebat" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 1 September 2020. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  31. ^ "Sharnaaz Ahmad Kembali Ke VIU Dalam Siri Komedi Terbaru "Isteri Misteri"". Kakimuvee. 25 November 2020. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  32. ^ Nisa Irina (20 November 2020). "Sharnaaz Ahmad kembali ke Viu dengan siri 'original' "Isteri Misteri"". Cinema Online. Dicapai pada 8 Januari 2021.
  33. ^ Norhayati Nordin (25 Disember 2021). "Berjambang hingga tahun depan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2022.
  34. ^ Haryati Karim (7 Januari 2022). "Sharnaaz risau, Emma pula obses". Kosmo!. Dicapai pada 19 Mac 2022.
  35. ^ Kak Pora (13 November 2011). "Shila, Sharnaaz bercinta". Berita Minggu. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  36. ^ Nor Akmar Samudin (16 Februari 2012). "Tiada siapa tumpang siapa". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  37. ^ Nor Hatina Shuib (17 Januari 2012). "Shila, Sharnaaz diulit cinta". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  38. ^ "'Babak' tambahan Sharnaaz, Sheila". Berita Minggu. 15 Januari 2012. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  39. ^ Zaidi Mohamad (16 Februari 2013). "Episod lari rumah dan pertunangan rahsia". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  40. ^ Hanizam Abdullah (9 Februari 2013). "Ditelan mati emak, diluah mati bapa". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mac 2021.
  41. ^ Budiey (18 September 2014). "Sharnaaz Ahmad Berkawan Rapat Dengan Anis Al-Idrus". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  42. ^ "Sharnaaz Ahmad Belum Sedia Ulas Hubungan Cinta Anis Al Idrus Putus". Perak Today. 1 Februari 2015. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  43. ^ Farihad Shalla Mahmud (3 Ogos 2015). "'Kami putus lima bulan lalu'". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mac 2020.
  44. ^ Kemalia Othman (9 Januari 2017). "Sharnaaz Ahmad Pilih 31 Mac Nikah Noor Nabila". mStar Online. Dicapai pada 19 Mac 2021.
  45. ^ "Wedding bells for Sharnaaz - Nation" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 11 Januari 2017. Dicapai pada 18 Julai 2017.
  46. ^ "Sharnaaz Ahmad Sah Bergelar Suami Noor Nabila". My News Hub. 1 April 2017. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  47. ^ Farhana Ab Rahman (5 September 2018). "Jebat Jayden Ahmad nama pilihan". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  48. ^ Najiy Jefri (22 Julai 2020). "Sharnaaz dan Nabila sah bercerai". Harian Metro. Dicapai pada 19 Mac 2021.
  49. ^ Budiey (22 Julai 2020). "Pelakon Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sah Bercerai". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Mac 2021.
  50. ^ Farhana Ab Rahman (Jun 23, 2015). "Selebriti popular jayakan alih suara filem Transformers: Age of Extinction". Harian Metro. Dicapai pada Jun 24, 2015.
  51. ^ Gwen Manickam (July 15, 2015). "All star treat from HBO Asia with 'Transformers' in Bahasa". malaymail online. Dicapai pada July 16, 2015.
  52. ^ "Transformers versi tempatan sempena Syawal". Sinar Harian. Julai 16, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada Julai 16, 2015.
  53. ^ Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015. Astro Gempak. Ogos 22, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]