Shayna Zaid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Shaina Wan Zaid, lebih dikenali sebagai Shayna Zaid ialah seorang penyanyi dan bekas personaliti televisyen yang berasal dari Malaysia. Beliau kini menetap di California, Amerika Syarikat.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Shayna merupakan anak kacukan Melayu (bapa bernama Wan Zaid) dan Amerika (ibu bernama Ginny Kime-Wan Zaid). Ketika zaman kecil, Shayna kerap dilihat menyanyi dan berlakon dalam acara persembahan atas pentas, memenangi pertandingan seni dan nyanyian serta muncul dalam iklan televisyen. Ketika usia 15 tahun, Shayna muncul dalam pertandingan menyanyi Asia Bagus dan ketika itulah beliau mendapat tawaran dari syarikat rakaman Sony Music dan EMI. Pada masa yang sama, beliau juga ditawarkan untuk menjadi pengacara di televisyen. Shaina menerima tawaran untuk menjadi pengacara rancangan Speak Up di TV3 pada tahun 1999 bersama kakaknya Sarah, lalu menjadi seorang bintang televisyen terkenal ketika itu.

Pada tahun 2000, Shaina berpindah ke Amerika Syarikat bersama ibu bapa dan empat orang adik-beradiknya dan menetap di Boston, Massachusetts. Sewaktu mencecah usia dewasa, Shayna melanjutkan pelajaran di Kolej Muzik Berklee untuk menuntut dan menguasai ilmu muzik. Bakat beliau dalam seni muzik mengagumkan rakan-rakan dan profesor di kampusnya lalu beliau ditawarkan untuk menceburi kerjaya nyanyian oleh syarikat muzik di New York.

Beliau kini menetap di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Au Fait (2008)
  • Lighthouse (2012)
  • SHAY (2019)

Single[sunting | sunting sumber]

  • It’s You

Pautan luar[sunting | sunting sumber]