Shaziman Abu Mansor
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
| Datuk Shaziman bin Abu Mansor | |
| Shaziman Abu Mansor |
|
|
Menteri Tenaga, Air, dan Komunikasi
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 18 Mac, 2008 |
|
| Didahului oleh | Lim Keng Yaik |
|---|---|
|
|
|
|
|
|
| Tarikh lahir | 20 Januari 1964 (49 tahun) |
| Tempat lahir | Ipoh, Perak, Malaysia |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | |
| Agama | Islam |
Dato' Shaziman Abu Mansor merupakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia dan Ahli Parlimen Tampin. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Shaziman dilahirkan di Ipoh, Negeri Perak pada 20 Januari 1964.
Isi kandungan |
Keluarga[sunting]
Shaziman adalah sepupu kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin dari sebelah bapanya. Bapanya Abu Mansor adalah adik kepada Jamaludin .Bapanya pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM). Ibu Khairy Jamaludin orang Kedah, sementara ibu Shaziman orang Negeri Sembilan. Hanya ayah mereka adik-beradik dan berasal dari Kampung Gadong, Kota, dalam daerah Rembau. Shaziman dan Khairy adalah cucu kepada Penghulu Abu Bakar. Ibu Shaziman bernama Ramlah , dari Kampung Tanah Datar, Gadong.
Shaziman dilahirkan ketika bapanya menetap di kuarters Stesen Kereta Api Ipoh, Perak. Setelah bersara , bapanya pulang ke kampung dan menetap di Taman Woon, Tampin.
Isterinya Datin Rozana Mohd. Khalid.
Pendidikan[sunting]
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin pada 1971. Kemudian, beliau meneruskan pembelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin dari 1977 hingga 1979 dan Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban dari 1980 hingga 1981.
Kemudian, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti Teknologi Malaysia dengan mendapat Diploma Kejuruteraan awam pada 1986. Setelah berjaya dengan cemerlang, beliau meneruskan pengajian beliau dalam bidang akademik ke Tri-state University, Indiana, Amerika Syarikat dengan mendapat Ijazah Kejuruteraan Awam pada 1988.
Kerjaya[sunting]
Beliau memulakan kerjayanya sebagai Eksekutif Pengurusan di Aokam Tin Berhad dan Malaysian Assurance Alliance dan kemudia dilantik sebagai Pengerusi di Inter Builders Sdn Bhd. Beliau juga pernah menduduki kerusi Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad pada tahun 2001.
Politik[sunting]
Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari 2001 hingga 2004, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan (1999), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bandar Tampin.
Pilihan raya[sunting]
Pada tahun 1999, beliau mewakili Barisan Nasional/ UMNO menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dan mempertahankan parlimen Tampin pada tahun 2004 dan 2008.Pada 1999, Shaziman menewaskan calon Pas, Abdul Razakek Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 18,084 undi.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Shaziman Bin Abu Mansor bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Tampin , negeri Negeri Sembilan. Shaziman Bin Abu Mansor telah menang dengan mendapat undi sebanyak 24022. Calon lawan ialah Abdul Razakek Bin Abdul Rahim dari PAS, mendapat 10,943 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 76.%. Undi rosak sebanyak 1115.
Lihat Juga[sunting]
| Penyandang Terdahulu | Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia 2008–Kini]] |
Penyandang Kemudian |
| ?? |
?? |