Royal Dutch Shell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Shell)
Lompat ke: pandu arah, cari
Stesen minyak Shell

Royal Dutch Shell plc ataupun lebih dikenali sebagai Shell merupakan syarikat berkaitan dengan petroleum yang beroperasi di seluruh dunia. Syarikat Shell berasal dari Belanda. Syarikat ini bermula pada 1907 hasil gabungan dua syarikat kecil iaitu Royal Dutch Petroleum Company dan The "Shell" Transport and Trading Company.

Syarikat Shell telah memulakan operasi stesen minyak sejak sekian lama di Malaysia. Pada 1962, sebuah loji penapisan petroleum telah dibina di Port Dickson kerana kedudukan Port Dickson sebagai sebuah pelabuhan yang boleh dimajukan. Minyak mentah dibawa dari Timur Tengah khususnya dari Iraq , Kuwait dan Arab Saudi.

Sebelum itu, Malaysia bergantung kepada petroleum yang telah diproses di Pulau Bukom, Singapura.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]