Shireen Sungkar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shireen Sungkar
Lahir Shireen Sungkar
28 Januari 1992 (21 tahun)
Indonesia Indonesia
Pekerjaan pelakon, penyanyi
Tahun aktif 2006 - kini
Pasangan Teuku Wisnu
Anugerah Pelakon Kegemaran (Panasonic Awards 2009)


Shireen Sungkar (lahir di Jakarta, 28 Januari 1992; umur 21 tahun) merupakan seorang artis Indonesia. Shireen merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Bapanya adalah Mark Sungkar, juga seorang pelakon.

Isi kandungan

Kerjaya [sunting]

Shireen memulakan kerjayanya sebagai semifinalis GADIS Sampul 2006. Meminati untuk berlakon sejak kecil, Shireen dikatakan beruntung kerana semasa menghantar ibu saudaranya berlakon di SinemArt. Tidak dinyata beliau juga dilirik. Sinetron pertamanya adalah berlakon dalam sinetron Bukan Diriku bersama Baim Wong dan Ririn Dwi Ariyanti. Namanya mula dikenali sejak membintangi sinetron Wulan bersama Dhini Aminarti. Sinetron lain yang juga pernah dibawanya antara lain, Putri Duyung dan Perempuan Teraniaya.

Selepas daripada Sinemart, Shireen berpindah ke MD Entertainment dan terus menjadi pelakon utama sebagai Fitri dalam "Cinta Fitri 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7" yang meningkatkan namanya.

Tidak hanya berlakon, Shireen juga memiliki bidang tarik suara. Bersama kakaknya, Zaskia Sungkar, beliau membentuk kumpulan dua olak The Sisters. Debut album perdana adik beradik ini yang diberi tajuk "The Journey of Love" dikeluarkan pada 25 Julai 2008.

Kehidupan Peribadi [sunting]

Sebagai wujud syukur atas kejayaannya dalam berlakon sebagai Fitri, Shireen melakukan ibadah umrah sekaligus meraikan hari raya Aidil Fitri 1428 H di tanah suci Mekah. Shireen berangkat ke sana bersama dengan kedua-dua ibu bapanya, Mark Sungkar dan Fanny Bauty, juga Zaskia, 17, kakak kandungnya, dan Yusuf, 12, adik kandungnya. Mereka berangkat sejak 6 Oktober dan kembali ke Jakarta pada hari Selasa, 16 Oktober 2007.

Dalam kehidupan peribadinya, Shireen bercinta dengan pelakon, Adly Fairuz yang juga berlakon di sinetron Cinta Fitri. Bahkan di album perdana The Sisters, Aldy turut mencipta lagu dengan tajuk "Satu". Tetapi, pada bulan Jun 2010 dikhabarkan hubungan Shireen dengan Adly telah putus. Dan kini Shireen Sungkar menjalin hubungan kekasih bersama Teuku Wisnu.

Sinetron [sunting]

  • Bukan Diriku sebagai Rhea
  • Wulan
  • Cinta Fitri (2007) sebagai Fitri Rahayu
    • Cinta Fitri Season 2 (2008)
    • Cinta Fitri Season 3 (2008)
    • Cinta Fitri Season Ramadhan/Season 4 (2009)
    • Cinta Fitri Season 5 (2009)
    • Cinta Fitri Season 6 (2010)
    • Cinta Fitri Season 7 (2011)
  • Lala

Peribadi [sunting]

Iklan [sunting]

Pautan luar [sunting]